Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
Tuesday, December 29, 2009
Pelaga Buah Getah
Friday, December 25, 2009
Ubat Gigi


Jika masa budak dulu jarang-jarang kita menggosok gigi. Jika tiba hari raya pula setelah mendapat ubat dan berus gigi percuma disekolah maka keraplah kita menggosok gigi sehingga ubat gigi pun dimakan kerana jarang-jarang berjumpa. Begitulah berbeza dengan budak-budak sekarang. Jadi untuk memutihkan gigi yang berwarna kuning atau berkarat kerana lama tidak digosok timbul kreativiti dengan cara ditumbuk halus arang kayu dengan garam buku dan digosok dengan jari. Jadi nampaklah sedikit putih dari sebelumnya. Tapi tidak dilakukan setiap hari cuma sekali sekala sahaja. Arang biasanya diambil dari atas dapur kayu dirumah.
Monday, December 21, 2009
Pacat dan Tembakau
Jika dikampung pacat ada dimana-mana kawasan bersemak terutama musim hujan. Pacat ini akan mencari darah mangsa samada manusia atau lembu. Jika lembu biasanya dicelah kuku kaki. Dahulu jarang penduduk kampung ada tandas khas. Jadi jika ingin membuang air besar akan ke dalam belukar/ghok dibelakang rumah dan masa ini pacat akan mengganggu. Tembakau darat pula jika dibasahkan dengan air dan disapu ketempat pacat menggigit akan senang ditanggalkan. Tapi jika pacat sudah kenyang ia akan
jatuh sendiri. Juga seeloknya disapu dahulu kebahagian kaki/betis maka pacat tidak akan menggigit. Apa pun kita budak-budak memang sudah biasa dengan pacat dan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan di kampung. Kadang-kadang untuk menghapus pacat ini bermacam cara dilakukan seperti membakarnya ke pelita minyak gah dan akan menggelembung terus meletup pacat tersebut. Itulah kreativiti yang ada masa tersebut semuanya jadi permainan dan hiburan. Ada juga yang mengatakan secara teorinya pacat boleh dibuat valve tiub basikal tapi tidak pernah pula daku melihatnya.Thursday, December 17, 2009
Rumah Kayu Lama Guru Sekolah Kebangsaan Bandar
Saturday, December 12, 2009
Sisa
Tuesday, December 8, 2009
Cacing Liar
Wednesday, December 2, 2009
Kedai Jahit Esik Mata Ayer Pulai Chondong
-1.jpg)
Beliau(Esik) ialah seorang tukang jahit berbangsa cina seawal tahun 60an berdekatan dengan Kedai Mata Ayer ditepi jalan sebelum balai Polis sebelah kiri jika datang dari Kemubu. Mula menjahit tahun 1961 dan membuka kedai jahit tahun 1965 . Sekarang berumur 68 tahun dan mempunyai 5 orang anak . Jika dahulu awal tahun 70an daku pernahlah menempah seluar pendek biru sekolah dengan beliau dikedai ini. Hati punya seronok tidak terkira kerana dapat seluar baru.Jika dulu kita panggil seluar potong jika kita menempahnya dikedai jahit. Tapi baju pula kita tidak menempahnya demi menjimat kos jadi cukup dengan membeli yang sudah siap. Jika kita beli yang sudah siap dimasa itu mutunya kurang berbanding yang ditempah dimana senang koyak ditempat jahitan (bekah) tapi harganya murah. Jadi jika kesekolah dengan memakai yang ditempah kira satu kebanggaan dan bersemangat lebih. Sekarang beliau masih menjahit dengan membuat alter.
Wednesday, November 25, 2009
Kereta Sport Cikgu Hamidah
Mungkin kereta sport model inilah milik Cikgu Hamidah masa beliau mengajar di sekolah Kebangsaan Bandar diawal tahun 70an. Kereta merah ini yang dipandu beliau akan lalu diatas jalan raya yang baru siap di Kampung Dusun Buluh setiap pagi hari sekolah. Kadang-kadang beliau akan singgah beli nasi belauk/kerabu di kedai kopi Kampung Dusun Buluh. Suami beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Him (Ibrahim). Daku pernah sekali kerumahnya ditahun tersebut atas urusan apa tidak diingati lagi. Jika tidak silap rumahnya dua tingkat tepi jalan dekat klinik Pulai Chondong. Beliau ini dikira mesra dengan murid-murid kerana senang tersenyum dan tidaklah garang. Dahulu cuma ada 2 guru perempuan iaitu seorang lagi Ustazah Jah atau Ustak Jah. Saturday, November 21, 2009
Cerita Kombat
The Combat TV show was a 60 minute war action series on ABC about the actions of the U.S. Army's second platoon of King's Company during World War II. The TV show's storyline began immediately following "D-Day" and realistically explored the day-to-day fighting necessary release Europe from Nazi control.
Combat TV Show Cast:
Vic Morrow ......... Sergeant Chip SaundersRick Jason ......... Lieutenant Gil Hanley
William Bryant ..... McCall
Tom Lowell ......... Billy Nelson
Jack Hogan ......... William G. Kirby
Dick Peabody ....... Little John
Steven Rogers ...... Doc (1962-1963)
Conlan Carter ...... Doc (1963-1967)
Pierre Jalbert ..... Paul "Caje" Lemay
Shecky Greene ...... Braddock
Combat Trivia: Rick Jason and Vic Morrow's contracts guaranteed that each would receive equal equal top billings in Combat's opening credits. By the end of the Combat, each had been listed first 76 times.
Pierre Jalbert played the role of PFC Paul "Caje" Lemay on Combat. In the pilot episode, however, his character's name was Caddy Cadron. It's unclear why the name was changed.
Shecky Greene appeared on only eight Combat episodes and he got captured by the Germans on two of those!
It was pretty common for the writers to do "Capture and Escape" scripts. Lieutenant Hanley was actually captured three times in episode #7, "Escape to Nowhere"!
The Combat TV show's cast was actually sent to one week of "Boot Camp" training before filming began so that they would be more familiar with military procedures.
There were some really terrific bloopers that survived the cutting room floor! Here are three of the best. In episode #44, “Ambush,” a dead German is lying face down in the water ... until he lifts his head to take a breath that is! In another shot, one of the crew members can be seen walking behind a piece of German artillery. In episode #58, “What Are the Bugles Blowin' For - Part II” when Saunders is saying goodbye to the young French boy, modern-day cars and trucks can be seen in the upper right-hand corner of the screen. In episode #74 “The Impostor,” Rick Jason says “Peabody, take the point.” Dick Peabody is the real-life name of the actor that plays "Little John". He should have said, "Little John, take the point."
Lieutenant Hanley and Sergeant Saunders lost 118 men under their commands in combat during Combat's run. Film sequences of real-life battle films were included in some of the episodes.
Passings
Vic Morrow died in 1982 as a result of a helicopter crash on the set of "Twilight Zone:The Movie," Dick Peabody in 1999 of prostrate cancer and Rick Jason in 2000 of self-inflicted gunshot wound.Nota: Siri TV ini masa di kampung ditonton samada di rumah Liew Bee Awang juga dikedai Awang Mata Ayer waktu malam lepas mahgrib. Cerita ini mesti Kombat yang menang lawan Jerman. Kita bebudak kira tidak miss menonton siri ini.
Monday, November 16, 2009
Pulau Raya

Pulau Raya ini terletak di Kampung Bagan Mata Ayer. Jika dahulu tahun 60an ke 70an terkenal sebagai pengeluar buah timun cina (tembikai). Bila tiba musimnya jika satu guni gula hanya RM2 sahaja. Sekarang sudah tiada lagi ditanam buah ini yang terdapat disekitarnya ditanam jagung. Disungainya pula didapati aktiviti menyedut pasir.
Wednesday, November 11, 2009
Honda Cub 70cc Klasik
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

