Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Wednesday, November 25, 2009

Kereta Sport Cikgu Hamidah

Mungkin kereta sport model inilah milik Cikgu Hamidah masa beliau mengajar di sekolah Kebangsaan Bandar diawal tahun 70an. Kereta merah ini yang dipandu beliau akan lalu diatas jalan raya yang baru siap di Kampung Dusun Buluh setiap pagi hari sekolah. Kadang-kadang beliau akan singgah beli nasi belauk/kerabu di kedai kopi Kampung Dusun Buluh. Suami beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Him (Ibrahim). Daku pernah sekali kerumahnya ditahun tersebut atas urusan apa tidak diingati lagi. Jika tidak silap rumahnya dua tingkat tepi jalan dekat klinik Pulai Chondong. Beliau ini dikira mesra dengan murid-murid kerana senang tersenyum dan tidaklah garang. Dahulu cuma ada 2 guru perempuan iaitu seorang lagi Ustazah Jah atau Ustak Jah.
Posted by Picasa

4 comments:

  1. cikgu faridah tu ialah cikgu hamidah.. suaminya cikgu ibrahim..

    ReplyDelete
  2. t/asih atas pembetulan, tapi model keretanya betulkan. Apa khabar cikgu Hamidah sekarang. Mungkin boleh berikan sedikit perkembangan. Cikgu hamidah seorang yang sangat baik hati dan masa pergi kerumahnya dahulu kami dilayan begitu baik sekali. Ini mesti puteri mereka berdua. Dari dsn buluh

    ReplyDelete
  3. model kereta memang betul. MIG midget. skrg cikgu dah dan cikgu him menetap di taman guru, kota bharu.. rumah di pulai chondong telah dijual.

    ReplyDelete
  4. saya mendoakan mereka berdua sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt serta diberi kesihatan yg terbaik. Jasa Cikgu Hamidah sentiasa dikenang/diingati dan diucapkan terima kasih. Rumah cikgu yg saya pergi dulu berada ditepi jalan sekitar pej pos depan klinik. dibelakangnya pula kebun getah. Dari dsn buluh

    ReplyDelete