Restoran ini telah lama wujud sekitar tahun 1976. Ia terletak bersebelahan dengan stesyen minyak Shell Pulai Chondong. Pengusahanya pula dikenali Abang Him. Restoran ini terdiri dari rumah kedai dua tingkat yang mempunyai dua pintu kedai. Pada permulaan pembukaannya dahulu sebelah restoran ini adalah kedai perabut. Pelbagai peralatan perabut ada dijual dan dijaga sepenuh masa oleh Allahyarham Haji Rashid yang tinggal di Kampung Mata Ayer dimana sebelum itu beliau bekerja di Kantin Estet Sungai Bagan. Di restoran ini dulunya terkenal dengan masakan tomyam kerana masa dulu tomyam baru mula dikenali. Disamping itu dijual roti canai, nasi campur dan masakan panas lainnya. Dibelakang kedai ini pula terdapat sebuah surau. Dihadapan seberang jalan rumah dua tingkat Haji Hamzah(sekarang telah terbakar). Abang Him ini pula seorang peminat bola sepak dimana jika hendak menonton bola di TV restoran ini sentiasa tersedia menayangkannya.Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...
Monday, April 5, 2010
Pattani Restaurant
Restoran ini telah lama wujud sekitar tahun 1976. Ia terletak bersebelahan dengan stesyen minyak Shell Pulai Chondong. Pengusahanya pula dikenali Abang Him. Restoran ini terdiri dari rumah kedai dua tingkat yang mempunyai dua pintu kedai. Pada permulaan pembukaannya dahulu sebelah restoran ini adalah kedai perabut. Pelbagai peralatan perabut ada dijual dan dijaga sepenuh masa oleh Allahyarham Haji Rashid yang tinggal di Kampung Mata Ayer dimana sebelum itu beliau bekerja di Kantin Estet Sungai Bagan. Di restoran ini dulunya terkenal dengan masakan tomyam kerana masa dulu tomyam baru mula dikenali. Disamping itu dijual roti canai, nasi campur dan masakan panas lainnya. Dibelakang kedai ini pula terdapat sebuah surau. Dihadapan seberang jalan rumah dua tingkat Haji Hamzah(sekarang telah terbakar). Abang Him ini pula seorang peminat bola sepak dimana jika hendak menonton bola di TV restoran ini sentiasa tersedia menayangkannya.Monday, March 29, 2010
Penambang Pengkalan Kiat
Tuesday, March 23, 2010
Buah Tudung Periok
Wednesday, March 17, 2010
Kotak Rokok
Jika melihat kotak rokok maka teringat kisah disuatu ketika dahulu dimana dirumah Paknik Wil Makcik Yam Kampung Kubang Tebik. Kotak rokok tersebut berjenama cap playah iaitu ada dua satunya playah putih dan satu lagi playah merah. Kotak rokok yang telah kosong dirumah Paknik Wil tidak akan terbuang begitu sahaja akan tetapi akan disimpan dan disusun rapi didinding rumahnya. Maka penuhlah didinding rumahnya dengan hiasan kotak rokok ini. Jumlahnya pula tidak pula kita menghitungnya tetapi dalam jumlah yang banyak . Hobi menyimpan kotak rokok ini mungkin hanya terdapat dirumah Paknik Wil sahaja disekitar Kampung Dusun Buluh dan perkara ini memang tetap diingat kerana ia sesuatu yang jarang berlaku.
Tuesday, March 9, 2010
Radio
Radio adalah merupakan salah satu alat untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar. Diakhir tahun 60an dan awal 70an model radio yang seumpama ini seperti digambar hanya dimiliki oleh Abang Derih Kak Nik Esah Di Kampung Dusun Buluh yang rumahnya berhadapan dengan Balai Sah. Masa itu radio ini diletak diatas rak dikedudukan yang tinggi diruang tamu. Masa itu rumahnya masih rumah lama yang mana dihadapan rumahnya ada beberapa pokok limau yang di tut dimana ia mahir dalam bidang itu. Dimana asalnya pokok limau itu limau buah biasa tetapi bila di tut dengan cantuman mata tunas lain akan mengeluarkan buah jenis lain yang bermutu. Disebabkan radio ini daku sentiasa juga kerumahnya untuk mendengar rancangan seperti drama radio yang dahulunya yang popular dari Radio Singapura dilakunkan antaranya Jah Lelawati. Ada pula drama bersyair iaitu mula-mula dikumandangkan syair kemudian baru ceritanya. Jika di Bulan Puasa pula Musabaqqah AlQuran. Radio ini dikira penyeri dan menjadi daya penarik diruang tamu rumahnya. Abang Derih dan Kak Nik Esah ini dikira mesra dengan budak-budak seperti kami. Jika dibulan Maulud rumahnya akan sentiasa mengadakan majlis Maulud tersebut waktu malam selepas Isyak. Diawal tahun 70an rumah lamanya bertukar baru dan masa itu model rumahnya yang tercantik di Kampung Dusun Buluh.
Thursday, March 4, 2010
Silap Mata
Semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar tahun 70an inilah kali pertama daku melihat aksi silap mata. Ianya dimainkan pada waktu siang disatu kelas. Difahamkan ahli silap mata tersebut datang dari Singapura. Ia berpakaian lengkap siap berjubah hitam bertopi dan berbangsa melayu. Diatas pentas ia mempersembahkan aksi silap mata antara yang diingati ialah air susu dan kertas dimana dimasukkan air susu dalam kelongsong kertas dan dilepas kearah penonton tetapi air susu hilang. Seperti biasa burung merpati dilepaskan dari sangkar dan berada didalam topi. Menyalakan api lilin menggunakan jari. Beberapa gelungan besi bulat kemudian dicantumkan. Air susu dalam cerek. Dan lain-lain acara. Apa pun perkataan yang sentiasa diucap semasa persembahan ialah "khadam, khadam". Begitulah hebatnya persembahan tersebut yang sentiasa diingati dan tidak pasti adakah selepas itu pernah diadakan acara ini di SKB.Sunday, February 28, 2010
Kedai Runcit Mek Baru Mata Air
.jpg)
Kedai Runcit Mek Baru yang berbangsa cina ini terletak di Kedai Mata Air depan Kedai Runcit Awang yang juga kedai membaiki basikal. Didalam foto kedai dua pintu berwarna merah. Jika diawal tahun 70an kedai ini satu lokasi popular yang mesti dilawati dan daku sentiasa kesini dengan basikal. Jika waktu malam kerana ingin menonton TV kerana Mek Baru akan menyediakan ruang khas kedai sebelah kirinya. Siap akan disediakan kerusi panjang atau Kudda. Jadi kita budak-budak biasanya berdiri dikaki lima kedainya. Jika dihari lain akan kesini untuk membeli buah guli atau gurah. Antara rancangan TV yang diminati masa itu ialah Hiburan Minggu Ini dimana masa itu yang sentiasa jadi host ialah juara Bintang RTM iaitu Dhalan Zainuddin dan lainnya. Jadi malam tersebut kita akan ramai-ramailah pergi menontonnya. Mek Baru ini difahamkan tidak mempunyai anak tetapi mengambil anak angkat lelaki kalau tidak silap nama Echong dan dia berkahwin dengan anak Bungga Palla dekat Kampung Dusun Buluh dimana beliau ini jiga mempunyai kedai runcit. Mek Baru ini masih lagi ada dan telah berumur hampir 100 tahun dan tinggal dirumah anak angkatnya. Kedai Mek Baru ini didalamnya kelihatan bersih dan tersusun serta luas.
Thursday, February 25, 2010
Sebahagian Deretan Kedai Pulai Chondong Terbakar
Kejadian berlaku pada 19 Februari 2010 hari Jumaat sejurus selepas mahgrib. Kejadian telah dilaporkan oleh semua akhbar utama. Kebakaran adalah yang terbesar dalam sejarah Pulai Chondong. Pekan ini terkenal dengan jolokan pekan cowboy mungkin struktur bangunan yang lama. Ini mungkin betul jika dilihat kepada deretan kedai sebelah Klinik Hadi hingga ke Restoran Pulai Chondong dimana ada yang sudah terbiar berbanding dahulu. Jadi tidak mustahil jika yang lain pun akan menerima nasib yang sama jika tiada sesuatu usaha positif untuk memastikan ianya terus membangun. Dengan kebakaran ini juga ia seolah-olah Pekan ini berada dipersimpangan samada terus berkembang maju atau sebaliknya. Kepada yang terlibat secara langsung dalam kebakaran tentunya ianya satu ujian yang berat dan hanya kesabaran jua yang diperlukan dan InsyaAllah berjaya mengharunginya.
Friday, February 19, 2010
Hantu
Jika dizaman budak cerita dan perkara yang berkenaan dengan hantu memang menarik minat untuk didengar walaupun menakutkan. Jika pergi mengaji malam dirumah Makcik Yam masa pergi ramai-ramai tiada apa yang hendak ditakutkan. Tapi apabila balik biasanya yang balik lewat jumlahnya makin berkurang dan kadang tinggal kita seorang sahaja. Jika ini terjadi maka kita tidak akan balik dan tidur dirumahnya apalagi jika esoknya cuti sekolah. Pernah terjadi peristiwa budak kena susuk ke hantu kerana bermain diwaktu senja. Samada benar-benar ia disusuk atau tidak tidak dapat dipastikan. Apa yang berlaku malam itu ramai yang terlibat termasuk jiran-jiran mencari sekitar kawasan rumah dan tempat bermain. Riuhlah malam itu dengan tidak jemu-jemu memanggil namanya. Tapi malam itu memang tidak berjumpa budak sekitar umur 10 tahun tersebut. Walaubagaimanapun dikhuatiri budak ini telah bermalam atau bersembunyi dirumah lain kerana sesuatu sebab. Apapun budak ini sampai sekarang sihat walafiat dan mungkin jika berjumpa ingin juga bertanya kemana ia pergi malam tersebut untuk sambung cerita yang belum tamat. Inilah juga mungkin satu cara untuk menakutkan budak-budak. Tempat yang dikira menakutkan juga ialah melalui kubur Kampung Surau kerana dahulu tiada lampu jalan dan gelap. Satu lagi tempat ialah Pengkalan Kunyit jalan dari kampung Belukar ke Pangkal Gong juga di Jambatan kemubu. Begitu juga jalan menuju ke Pengkalan Kiat kerana ditepinya terdapat kubur cina. Itu cerita dulu dimana sekarang mungkin sudah tiada kerana mereka ini mungkin sudah berani. Nama hantu yang popular ialah hantu bungkus dan langsiur juga hantu raya. Itulah serba sedikit kenangan tentang hantu ini. Walaupun takutkan hantu tapi bila diada permainan seperti menora, wayang kulit, wayang publik lesen dan wayang berbayar dipanggung Mata Ayer atau disekolah-sekolah tidak pula merasa takut kepada hantu dan sebagainya kerana hantu pun barangkali cuti sementara kerana jika ditakutkan kuranglah sambutan.Saturday, February 13, 2010
Getah Pok

Getah Pok ialah susu getah yang ditadah samada menggunakan tempurung, mangkok getah dan sekarang dengan bekas plastik atau supik plastik. Jika dahulu getah pok ini dibuat atau terjadi dari lebihan susu getah hari sebelumnya dan membeku. Susu getah yang dikutip akan dijadikah getah keping dan diproses. Tapi sekarang susu getah yang ditoreh dijadikan getah pok. Jika kita dimasa budak getah pok dan getah segerap dijadikan upah kerana menolong ibu bapa mengutip susu getah. Apa pun menoreh getah sudah menjadi punca ekonomi harian kepada mana-mana yang ada kebun sendiri dan jika tiada, ada diantara mereka yang menoreh di Estet Sungai Bagan seperti Makcik Yam Paknik Wil. Apabila tiba musim kertuk biasanya pemalu dijadikan dari kayu yang hujungnya dibalut dengan getah yang telah beku dialur tempat torehan dibatang getah.
Saturday, February 6, 2010
Perahu
Perahu permainan ini dibuat dari pelepah pisang. Perahu gambar atas diletakkan getah urat dibelakangnya dan diantara getah urat tersebut pula diletakkan kipas biasanya dari kepingan buluh yang kecil dan nipis. Kipas itu pula akan di pusing kebelakang, Selepas itu perahu akan dilepaskan kedalam air samada parit dan mana-mana ada air bertakung. Gambar bawah pula perahu layar.
Foto ehsan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....
