Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Wednesday, July 26, 2023
Pasar Pulai Chondong, Zuliza cafe Kampung Dusun Buluh char kuey tiew
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
Saturday, July 22, 2023
#220723m Nasi Belauk Paling Sedap
1. Ketika pembukaan Rumah Pam Kemubu awal tahun 70an oleh Sultan kelantan kami budak sekolah rendah diarah berada disana dengan tugas berada dikiri kanan jalan dengan mengibar bendera kecil semasa kereta sultan tiba.
2. Dalam acara itu apa yang berlaku kurang diingati tapi yang ingati cuma mengibar bendera dan lagi yang paling diingati ialah selepas habis acara kami diberi sebungkus nasi belauk lauk daging yang didalamnya ada sambal lada. Itulah nasi belauk yang paling sedap dimakan kenapa dikatakan paling sedap kerana ia masih diingati kesedapannya hingga kini dan ia memang sedap. (22 Julai 2023)
Thursday, July 20, 2023
#200723m makan timun batang dengan nissan
1. Kenangan hari ini sewaktu saya masih kecil mungkin darjah satu ialah mengikut ibu saya kebelakang rumah dimana disitu ada ditanam sayuran timun batang.
2. Buah timun itu masih kecil lagi sebesar ibu jari tangan dan disebabkan ingin makan makan maka walau belum besar dipetik juga dan diperhati oleh ibu saya dan dalam masa yang sama sudah ada sedikit nissan yang dibawa dan mungkin telah dirancang dari awal.
3. Apa yang pasti timun yang masih kecil itu rangup dan bila dimakan bersama nissan ia sedap dan diingati hingga kini. (20 Jul 2023)
Sunday, July 2, 2023
Cerita sekolah rendah 1965-1970
#Cerita sekolah rendah 1965-1970:
Masa mula2 masuk sekolah rendah dulu amber pernah terdengar kata2 orang kampung ( tapi tidak semua ) yg mengatakan ibubapa yg hantar anak sekolah adalah "bodoh" katanya lebih baik suruh pero lembu ataupun ggalo tanam padi ada jugok hasilnya.
Gemuloh ayah kata dia hantar anak sekolah untuk amber boleh baca dan kenal nombor bas jah bukan untuk makan gaji pun.
Itulah mentaliti sesetengah orang kampung waktu itu.
Umur 7 tahun arwah ayah hantar masuk sekolah rendah darjah 1. Masa tu xdok buku guna papan 'loh' jah. Sekolah pun sekolah atap tiang btg pokok, duduk atah kkuda panjang. Kipas jauh sekali ada. Masa cg ngajar mata dok tengok alah ke luar, sbb dinding sekolah xde.
Guru kelas masa tu namanya Cikgu Mad 'gemuk' kita panggil, seorang guru yg sangat baik. Tahun 1 hingga 6 hanya ada 6 kelas je..
Sekolah takdok kerani..yg ada 1 org GB ( hk amber ingat gemuloh Cikgu Hussin ) dan seorang tukang kebun iaitu
Pakcik Omar merangkap tukang "gelek" stensil dan mcm2 lg.
Tahun berikutnya amber masuk kelas 2, cg Naimah guru kelas. Selalu kena ketuk kepala dgn bekal pensel. Sakit woo.
Jangan main2, naik darjah 5 ada penilaian darjah 5 amber dpt markah tinggi. GB masa tu gemuloh cg Loh (Abdullah Yasok) pilih amber utk masuk ujian ke asrama penuh bersama2 dgn arwah Dato Zahari Hassan, Zainab Kg Sg Keladi, Wan Esah dan Noraini Yusof.
Amber ni pesen kuat main guroh, pelago buah getah, main wau, cokok, tahan tauk; tak ccaro mno bab ngaji nih sbb tu amber gagal peperiksaan tu utk ke sekolah asrama penuh. 3 sahabat perempuan dpt sambung belajar ke SMK Kamil, P.Putih. Amber dan arwah Dato Zahari hnya ke SMAS shj.
Masa sekolah rendah tu api letrik takdok lg. Air paip jauh sekali takdok hanya ada sebuah perigi untuk minum air selepas main bola waktu rehat.
Pakat berunggar gi telaga kerana dahaga yg amat berebut timba kadang2 sampai bertumbuk.kes berebut timba...paling seronok togok air kok timba hak tembus tu mcm air paip lak.
Manisnya "togok" air telaga waktu itu,sungguh nikmat rasanya. Paling manis masa rehat gi rungkas pohon ccupu atas bukit dekat sekolah. Ccupu merah meme lazat boh. Atau pun kdg2 masa rehat dam lagi pelago buah getah dan main guroh. Peristiwa yg tak dpt dilupa pernah dipulas telinga oleh cg Hasyim sbb cabut kemucut kail semut dan pelaga semut itam...kihkih.
Masuk kelas selepas rehat dgn muka supo udang kena rebus kepanasan dan pakaian yg kotor, koyak dan mcm2 lg.
Bab bau tak payah ceritalah mengalahkan kan bau kambing nerok, busuk kohong hapak bangar supo 14 hari tak mandi.
Naik kelas 4, baca pun belum pandai, pilih jadual pun tak reti lagi, guru kelas 4 pulok sangat bekeng supo singo, pernah kena pulas hingga berbirat sebab tak pandai menyebut satu hingga sepuluh dlm Bahasa Inggeris.
Amber boleh setakat tiga je
One
Two
Three
Dok ulang hok tu berkali2, Four tak mari2 pahko sut, apalagi terus dipulasnya perut hingga terangkat2 kaki, sakit wei hingga tubik airmata macho ku.
Tu la masa di rumah ralik dok main mugo lain padahal cikgu dah beri masa 2 hari dah
Tak beritahu arwah ayah pun takut dapat tamboh satu kali lagi, tak pasal2 boleh pulok.
Gemuloh ayah la yg bersusah payah tolong bawa semua buku ke sekolah atar pintu pagar sbb berat nk pikul. Darjah 4 tak pandai lg utk pilih jadual. Sbb tu ayah pikul ke sekolah dan berjalan kaki atau naik 'bas tunjar' sejauh 1 km ke sekolah. Jalan ke sekolah pulok berdebu pada musim panas dan berselut pada musim hujan. Masuk Darjah 6 baru jln tar cucur ada.
Heran apa amber, salah satu murid yg berbadan sado ( Mat Hussin ) waktu itu, hari2 bertumbuk je kerjanya dgn amber bawah bingok Tok Pok Soh Pasir Bandar. Saksinya ustaz Kamil Poksu Sohok. Terpaling xleh ingat, bergochoh nge Che Hasyim Tok Awg hingga gelumpas siku di rembas olehnya. Hi hi hi...
Naik darjah 4 baru boleh baca sikit2 tapi baca jawi dah lancar sbb dah "mengenal" Al Quran, ngaji dgn gemuloh ayah sendiri. Sbb tu tak berapa pandai al quran. Sbb ayh penat bekerja jarang2 ajar quran. Kdg2 kita sendiri buat moyok malas ngaji. Tak seperti kawan2 lain gi ngaji rumah Pakdo Him. Puok tu pandai lako meh2 qari nnalik molep bacaannya.
Klu ngaji nge ayah tiko rajin tu, 2 kali sehari ngaji Quran, iaitu selepas balik sekolah dan sebelah malam.
Kadang2 pernah kena hambat dgn parang oleh gemuloh ayah gara2 malas ngaji Quran.
Mujur juga hasil ajaran muloh ayah dan berkatnya bulih la amber baca quran tu hudoh2 loni walaupun tidak sehebat sahabat2 yg lain...Allahuaklam bswt.😅😅
#cerita hampir 60 tahun dulu.
Catatan: cerita dan coretan copy paste dari Cikgu Abd Ghani Paksu Hamid Kampung Chabang Empat Pasir Bandar
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...