Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, November 14, 2017

Kelantan Match Factory

Tidak dapat dipastikan tahun berapa kilang mancis api mula membuat pengeluaran produknya. Apa yang pasti selepas itu keluar pula mancis cap lada. ‎Kilang mancis ini terletak dipinggir bandar Kota Bharu jalan menghala ke Pantai Semut Api. Pemilik kilang ini difahamkan bernama Beremba tapi tidak dapat dipastikan sangat. 



Monday, August 21, 2017

Pasar tani pelancungan Kelantan

*Assalamualaikum dan salam sejahtera*,
Penduduk setempat dan sekitar serta pelancong dijemput ke pasar tani perlancongan pada setiap hari *Sabtu jam 8 pagi hingga 2 petang bermula pada *9 September 2017* bertempat di *perkarangan restoran terapung Kota Pengkalan Datu Resort / Cerana Villa Resort , Jalan Raja Sakti, Kampung Pengkalan Datu, Sering, Kota Bharu.*
5 produk utama ....
*Pasar tani di daratan*
*Pasar terapung*
*Persembahan seni dan budaya*
*Menyusuri sungai( river cruise)*
*Melawat ke lokasi warisan sejarah, seni dan budaya*
-
-7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
- 10km dari Kota Bharu menghala ke Pantai Senok melalui kota jembal (Kedai Lalat )
 Dan kawasan perindustrian Pengkalan  Chepa( Padang Tembak)
Anjuran bersama:-
*Persatuan WASPADA, FAMA, MPKB, TOURISM MALAYSIA DAN UMK.*
Keterangan lanjut sila hubungi urus setia 09 7659697/ 09 7646677
*Asri-0192695744*
*Sabari - 012955469*
*Che Kasma - 0179406726*
*Pa Nasir 0179421009*
Facebook :- warisan sungai pengkalan datu
Website :- kotapengkalandaturesort.com
💥💥💥💥💥💥💥💥

Tuesday, August 15, 2017

Kakak Wan Sufian Sori Surau Kerawan kembali kerahmatullah (150817) Selasa

As salam dukacita dimaklumkan kakak ambo Hjh Wan Azah bt Wan Abdullah telah meninggal dunia pukul 1.30 pagi 15/8/1017 di rumahnya di belakang Pej Pos Pulai Chondong...Al Fatihah

Monday, August 7, 2017

Pakaian sekolah

1.   Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun gambar ini mungkin diambil ditahun 60an dan tidak diketahui disekolah mana hanya terjumpa dimedia sisial. 
2. Jika diimbau pernah penulis semasa hendak kesekolah memang menggunakan beg raga seperti digambar tersebut. Didalam beg raga buku yang diisi tidak banyak dan tidak berat. Ia cuma beberapa buah buku latihan sahaja. Dahulu tiada banyak buka bacaan dan adalah sebuah dua. Kalau hendak membaca kena pergi keperpustaan biasanya dan disana pun tidak banyak buku. Bukunya pula banyak buku cerita yang nipis-nipis sahaja. Buku cerita rakyat dan kisah binatang dan kisah nabi-nabi. 
3.   Baju seperti digambar biasanya dibeli di bandar Pasir Mas dan jumlahnya tidak lebih dua helai atau satu helai sahaja itu pun dibeli baru biasanya sebelum hari raya tiba. Masih diingat lagi jenamanya ialah cap udang dan kain kapas dan mutunya kain dan jahitan agak rendah berbanding yang ditempah yang biasanya dikenali kain 'dekron'. Baju yang ditempah 'dabar'nya atau kolarnya agak tebal dan keras berbanding yang dibeli nipis. Baju ini jarang berjumpa dengan nila dan berwarna sedikit kekuningan. ‎Baju itu juga tidak berjumpa dengan seterika kerana seterika pun tiada. Jadi baju sentiasa berkedut. Tapi itu tidak menjadi satu kesalahan sangat kerana sesuailah dengan zaman dan suasana masa tersebut dimana apa yang penting berpakaian seragam sekolah yang lengkap walau tiada bersetokin. 
4.    Seluar pendek pula adalah serbaguna‎ dimana itulah seluar sekolah dan itu juga seluar kegunaan hari lainnya. Jumlah seluar pun tidak banyak mungkin sehelai mungkin dua helai sahaja. Seluar itu akan digunakan semaksima mungkin dan jika haus dan koyak dibahagian punggung selagi boleh ditampal akan ditampal. Jadi tiada pernah berlaku pembaziran penggunaan. Jadi kalau dibeli masa baru akan dipastikan beli saiz yang agak besar supaya dapat dipakai lama dan tidak ketat. Seluar pendek sekolah tiada penggunaan ikat pinggang. Tapi kadang-kadang jika dibeli ada disertakan fesyen yang ada pacat maka biasanya akan berangan-angan bila ada peluang dapat membeli tali pinggang. Pernah diingati pernah beli ikat pinggang di kedai Mek Bari Mata Ayer dan rasanya serasa bergaya sakan masa tersebut. Apa yang tidak menariknya perkara itu diketahui oleh Mek (ibu) dimana ia bertanya beli dimana dan berapa harganya. Mek tidak berapa merestui pembelian tersebut kerana maklumlah dengan duit tersebut dapat digunakan untuk beli benda lain yang lebih berfaedah. Dan ada juga Mek sarankan supaya pulangkan balik ikat pinggang tersebut kekedai dan ambil balik duitnya. Tapi saranan tersebut tidak dipenuhi dan beberapa hari kemudian mek pun lupa perkara tersebut kerana ia tidak bertanya lagi. Dan memang mek ada melarang beli tapi mek bukan jenis seorang yang suka beleber (leter). Jarang dan tidak pernah mek berleter mungkin dia tidak pandai berleter macam orang sekarang atau beliau tiada masa untuk berleter kerana masanya penuh dengan kerja. Tapi mek akan berkomuniksi apabila ada sesuatu yang hendak disuruh sahaja. Apa yang disuruhnya seperti pergi ambil air ditelaga, kutip daun ulam untuk jualan nasi kerabu, pergi ambil daun pisang dirumah Pak Kob, pergi alih lembu, pergi hantar nasi kuih kesekolah, pergi mengaji alquran, pergi tolong masak memasak kuih muih untuk jualan, pergi kutip susu getah yang siap ditoreh, pergi kesungai Pengkalan Kiat ambil barang-barang yang dibeli di Pasir Mas, pergi jual kuih ditempat sekian-sekian, pergi ambil kayu api, pergi tolong pegang ayam hendak disembelih, pergi curahkan air panas kebadan ayam yang baru disembelih, pergi mesin kelapa dikedai Awang Mata Ayer dan ada lagi suruhan-suruhan lain. Biasanya kalau suruhan yang sudah jadi rutin harian akan dibuat tanpa banyak soalan kerana sudah biasa. Jadi rasanya banyak sudah suruhan-suruhan mek telah dilakukan walau mungkin ada yang kurang memuaskan hati beliau maklumlah apalah sangat kualiti yang dihasilkan oleh seorang budak. 
5. Apapun setiap suruhan atau kerja yang dibuat banyak melibatkan yang diluar rumah. Biasanya kerja yang diluar rumah seronok dilakukan. Tapi jika yang melibatkan suruhan didalam rumah agak membosankan dan tidak digemari. 
6. Itulah serba sedikit kisah pakaian sekolah‎ dimasa budak hingga berlarutan kisah kepada hal-hal lain yang tiada kaitan dengan pakaian. Semua itu sudah jadi kenangan abadi. Jika difikir dan dikenang walaupun kita seorang budak yang serba kekurangan tapi adalah juga sumbangan bakti kita kepada ibu bapa dalam membantu mereka dalam kerja seharian mencari rezeki dan kita merasakan mereka pun mungkin bersyukur juga atau sumbangan tersebut. Dan kita pun memang tidak dapat membalas jasa mereka membesarkan kita sesuai dengan zaman dan masa tersebut. 

Sunday, July 30, 2017

Daun Besar

1.   Daun besar ini jika dizaman bebudak ada juga kegunaannya. ‎Jika diketika musim ada permainan wayang kulit berbayar yang pernah diadakan berhadapan dekat rumah Pakcu Soh dikawasan yang ada kawasan lapang seluas kurang dari setengah padang bola maka ramai lah bebudah yang pergi menontonnya. Apa yang menariknya masa tersebut awal tahun tujuh puluhan wayang kulit amat diminati dan Tok Dalang masa itu ialah Dollah baju merah. Walau ada panggung wayang moden di Mata Ayer tapi wayang kulit hanya sekali sekala dimainkan. Sedangkan cerita filem wayang moden kerap diadakan dan berjadual. 
2.   Apa yang hendak diceritakan ialah selepas tamat permainan wayang kulit itu maka pengaruh kepada budak-budak amat dirasai. ‎Antaranya ialah akan cuba melakonkan balik adengan yang diingati. Caranya ketika waktu malam akan dicari batang pisang dan kain kelir iaitu kain putih. Biasanya kain kelir dari kain selimut. Lampunya pula hanyalah pelita. 
3.   Untuk persiapan perlu dibuat wayang kulit biasanya dari plastik sahaja kenudian diwarnakan. Watak utama ialah Wok Yoh Samad Eteng dan Pok Dogol. 
4.   Watak atau objek lain seperti hanuman tapi jarang dibuat kerana agak rumit. Objek gunung juga penting kerana ia ada peranan seperti jika ingin pergi bertapa biasanya objek gunung digunakan. Atau juga sebelum permainan dimulakan objek gunung ini akan ditayangkan.
5.   Jadi cara paling senang untuk objek gunung ialah daun besar seperti digambar atas akan digunakan. Daun itu untuk kelihatan kuat akan dikepit dengan perangan buluh untuk senang dicucuk dibatang pisang. Dan ada juga disedia sebuah alat yang apabila ditekan dengan paha semasa Tok Dalang menjalankan aksi akan berbunyi kuat. Ia dibuat dari kayu. Ia perlukan kemahiran untuk berbunyi kuat seperti yang diharapkan. Biasanya alat ini dibunyikan jika ada aksi pergaduhan samada dalam bentuk tikaman atau tumbukan atau tamparan atau panahan. Tidak dapat dipasti apakah nama alat tersebut. Begitulah permainan budak dahulu yang sudah jauh berbeza dengan budak sekarang dan jalan pemikiran dan citarasa yang jauh berbeza. 


Saturday, July 8, 2017

1. Jika melihat buah ini dimana-mana tempat akan teringat semasa di Sekolah Kebangsaan Bandar kedapatan pokok buah tar ini. Biasanya buah ini jatuh dengan sendiri macam buah kelapa dibawah pokok. Masa itu ada lebih kurang tiga empat pokok tar yang terletak berhampiran pinggir Bukit Tok Bidan. Disitu juga terletak gelanggang sepak raga/takraw juga ada kantin sekolah dan berhampiran pagar ada beberapa buah tandas. 
2. Kawasan sekitar pokok tar nampak bersih dan kemas. Pokok tar ini nampak subur dan sudah tinggi walau agak rendah sedikit dari pokok kelapa yg sudah tinggi dan batangnya lebih besar dari kelapa sawit. Pelepahnya tidak panjang macam kelapa dan kelapa sawit.  Jika hampir pertandingan‎ sepak takraw peringkan zon maka tempat ini akan jadi sibuk kerana pemain berlatih pada waktu petang. Selepas berlatih akan dapat pula makan bubur kacang merah dicampur dengan susu cair yang dimasak dalam periuk seperti kawah menggunakan kayu api.
3. Jika ada akativiti lain seperti petang dan malam hari tempat ini akan didirikan pondok/khemah tempat untuk be‎rmalam atau berkumpul waktu malam. 
4. Buah tar ini bila gugur tiada siapa yang peduli sebab tiada apa yang boleh dibuat dengannya untuk dijadikan bahan makanan atau minuman. Lagi pun tidak pernah melihat ada orang memanjat pokok ini untuk mengambil setandan dua buahnya. Ini bermakna buah ini tiada nilai komersil pada masa tersebut. 
5. Ada juga kadang-kadang jika terdengar iklan diradio berkenaan kegunaan minyak kelapa laut afrika ‎maka akan teringat buah ini yang terdapat disekolah tersebut‎. Jika kemana-mana kalau terjumpa minuman buah ini akan cuba untuk membelinya kerana keenakan rasanya. 

Tuesday, June 27, 2017

Cupak

‎1.   Cupak digunakan sebagai penyukat sesuatu barang biasanya makanan yang berbentuk bijirin seperti beras, kacang, jagung dan lainnya. Kalau empat cupak sama dengan satu gantang. Juga jika satu leng? atau kopi sama dengan satu cupak. Jika menyukat beras maka dimasukkan cupak kedalam guni beras dan bila ada lebihan beras bahagian atas cupak maka akan diratakan menggunakan kayu pangjang bentuk bulat. Bagi peniaga ia tidak akan memendapkan beras dalam cupak dengan menghentakkan cupak yang berisi beras tadi kerana ini akan memendapkan lagi beras. 
2.   Etak juga disukat menggunakan cupak. Begitu juga dengan budu tempayan dan kulat sisir. Begitu juga dengan petai dan buah perah jeruk. Kenapa makanna tersebut tidak dijual dengan timbangan kati mungkin alat timbangan kati muncul selepas cupak atau juga bagi mempercepatkan proses jual beli yang kalau ditimbang akan memakan masa sebab akan menambah atau mengurang bahan bagi cukupkan timbangan. Bagaimanapun ada ketikanya beras akan ditimbang yang beratnya enam kati bagi satu gantang beras tapi apabila muncul alat timbang kati moden yang menggantikan alat timbang kati lama berbertuk batang kayu yang panjang pula digunakan.
3.   Walaubagaimanapun cupak telah tidak digunakan lagi sekarang sebagai alat penyukat yang suatu ketika dulu amat popular. 

Saturday, May 6, 2017

Kak Mah Abang Lah kembali kerahmatullah. Alfatihah

Kak Mah isteri kepada Abang Lah Kampung Dusun Buluh telah meninggal dunia malam ini (03 MEI 17) hari Rabu malam Khamis di HRPZ.
Akan di semadikan pada 04 MEI 17 (Khamis) jam 11pagi di tanah perkuburan Surau Kerawang. Abang Lah adalah anak saudara Maksu Munah Paksu Isa. Abang Lah sepupu Allahyarham Derus paksu Isa yang telah kembali kerahmatullah pada 17 Jan 17 lepas di Kemubu. Kak Mah difaham berasal dari Selatan Thailand. Rumah Abang Lah berhadapan dengan rumah Paksu Isa. Pernah Abang Lah membuka kedai kopi disimpang Pengkalan Kiat dahulunya. Difahamkan juga mereka mempunyai tiga anak. Alfatihah dan salam takziah.

Sunday, February 19, 2017

Apakah punca penyu tidak lagi mendarat dan bertelur di Rantau Abang


Kosmo! Online - Rencana Utama

Rantau Abang disumpah batu penyu?

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN

Kehadiran penyu bertelur di pantai Rantau Abang, Terengganu dikatakan ada kaitan dengan batu berbentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.

PAK NOR percaya penyu mendarat di pantai Rantau Abang kerana kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa.


KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Mohamad Salleh, 64, atau lebih dikenali sebagai Pak Nor, boleh memungut lebih 9,000 biji telur penyu setiap malam di sekitar pantai Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Ketika itu biasanya dari bulan Jun hingga Oktober, rutin Pak Nor ialah berjaga hingga ke subuh menanti kehadiran penyu. Adakalanya jumlah penyu yang naik untuk bertelur mencecah 200 ekor setiap malam.

Hari ini, Rantau Abang hanyalah sebuah perkampungan biasa yang sunyi. Kadangkala pemandu yang melalui kawasan tersebut hampir terlupa ia pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu.

Bagi bekas pemungut telur penyu seperti Pak Nor, pendaratan penyu selama ini kononnya dikaitkan dengan kewujudan sebuah batu menyerupai bentuk penyu di atas Bukit Cik Hawa di situ.

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, cakap-cakap mengenai 'hubungan' batu itu dengan kehadiran penyu tidak pernah dinafikan oleh golongan tua di kampung berkenaan.

Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, seekor penyu gergasi datang dari laut dan naik ke atas bukit tersebut. Ia akhirnya bertukar menjadi batu.

Penyu jantan dalam sungai

"Sejak kecil lagi saya dah dengar cerita mengenai batu itu. Orang kata, selama ini penyu datang bertelur di Rantau Abang kerana ada 'ibu penyu' di atas bukit itu," katanya membuka cerita.

Namun, sehingga kini tidak ada siapa tahu bila dan siapa yang menemui batu sepanjang kira-kira 3.5 meter tersebut.

Menurut Pak Nor, tahun 70-an dan 80-an dianggap sebagai kemuncak pendaratan pelbagai spesies penyu seperti agar, belimbing dan lipas di kawasan pantai berkenaan.

Calet dan rumah tumpangan penuh sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Mereka ghairah untuk melihat sendiri pelbagai jenis penyu merangkak naik ke pantai dan kemudian membuat lubang untuk bertelur.

"Waktu itu memang meriah, saya sendiri kerja sampingan mengutip telur penyu dengan upah RM100 setiap bulan selain kerja tetap sebagai nelayan," katanya.

Namun, kerancakan Pak Nor bercerita mengenai penyu terhenti seketika apabila ditanya mengapa kini kehadiran haiwan itu sekadar jadi kenangan di Rantau Abang.

"Ada orang percaya batu penyu itu sudah 'mati' dan rosak sebab dulu ramai yang datang melihat dan menyentuhnya. Sesetengah orang menganggap itulah punca penyu sudah tak datang lagi," katanya.

Ujarnya, sebelum ini batu tersebut berbentuk seakan-akan seekor penyu, namun lama-kelamaan ia mula hilang bentuk ekoran batunya mulai pecah dan diambil orang.

Menurut Pak Nor, sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang. Satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke Bukit Cik Hawa tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Ujarnya, walaupun ada usaha pihak tertentu mencari dan menaikkan batu tersebut, sehingga kini ia tidak berhasil, malah lokasi sebenarnya juga menjadi tanda tanya.

"Menurut cerita, batu penyu di dalam sungai itu adalah penyu jantan. Pasangannya ialah batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina," katanya.

Pelancong buat maksiat

Selain teori kewujudan batu penyu tersebut, ada juga yang percaya 'kekotoran' yang dibawa oleh pelancong ke kawasan itu satu ketika dahulu mengundang padah kepada Rantau Abang.

‎GENERASI kini semakin sukar melihat penyu mendarat di Rantau Abang.

Menurut seorang penduduk, Hanatrah Seman, 35, sesetengah penduduk percaya penyu enggan menjejakkan kaki ke kawasan itu kerana banyak aktiviti maksiat dan tidak sihat di kawasan itu pada masa itu.

"Dulu ada yang datang berpasangan dan minum arak semasa menginap di kawasan ini. Orang tua ada yang menyalahkan perbuatan tersebut punca kemunduran kawasan ini," kata pengusaha Kedai Makan Suhana ini.

Ujar Hanatrah, penyu pernah memberi kesenangan kepada keluarganya apabila kedai makan mereka mendapat keuntungan besar berikutan kehadiran pelancong pada musim penyu bertelur.

"Dulu kedai kami dibuka dari pukul 6 pagi sampai 5 pagi keesokannya sebab ramai yang datang untuk melihat penyu bertelur.

"Pada masa itu memang tak menang tangan melayan pelanggan dan boleh dapat sampai RM1,000 sehari. Bayangkan RM1,000 pada masa itu, memang besar nilainya," katanya.

Menurut Hanatrah yang mewarisi kedai itu daripada orang tuanya, pada masa ini bukan sahaja penyu sudah tidak kelihatan malah sukar untuk mendapat RM100 sehari walaupun berniaga sehari suntuk.

Bagaimanapun, sebagai generasi muda, Hanatrah mempunyai pandangan tersendiri mengenai kemerosotan jumlah penyu dan ia bukan semata-mata akibat 'sumpahan' batu penyu.

Baginya pencemaran dan penggunaan pukat oleh nelayan secara berleluasa adalah punca yang menyumbang kepupusan haiwan ter

Kosmo! Online - Rencana Utama
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm


Monday, January 2, 2017

Yuran Tahunan Sekolah

Ini adalah contoh yuran tahunan sebuah sekolah diera tahun 70an. Masih diingati ketika belajar disebuah sekolah teknik yurannya ialah sebulan RM22 lebih kurang setiap bulan termasuk makan minum. Itu belum lagi perbelanjaan lain juga soal tambang balik kekampung serta pembelian pakaian. Memandangkan tanggapan itu semua akan membebankan penjaga maka setelah dapat tawaran belajar kesekolah lain yang menawarkan secara percuma dan dapat lagi wang saku maka penulis berpindah sekolah kesana. ‎Itu lah dikatakan hidup ini ada lah membuat keputusan dan pilihan.