Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Monday, July 11, 2011
Murid Perempuan Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) Pulai Chondong.
Foto yang dipaparkan diblog ini kali ini begitu berharga sekali bagi sesiapa yang pernah belajar di SKB sekitar tahun 70an apalagi pada mereka yang sedarjah dengan mereka yang berada didalam foto ini. Walaupun rakan lain yang sekelas dengannya tiada dalam foto ini tapi sudah cukup mereka ini mewakili kami buat kenang-kenangan dizaman bebudak yang terindah di SKB. Wajah mereka ini masih diingati cuma ada yang namanya sudah tidak diingati. Mungkin penjenguk blog ini ada yang masih ingat nama mereka. Berdiri dari kiri kekanan ialah Normah, Kartini, xxxx, Norma, xxxx dan yang duduk kiri kekanan ialah xxxx, xxxx, Zaharah Che Lah, xxxx. Norma berasal dari Kampung Dusun Buluh dan dikira bertuah ketika itu dan kami pun turut berbangga kerana beliau pernah mewakili pasukan bola jaring untuk bertanding dluar dari negeri Kelantan. Terima Kasih juga kepada Haslina Puteri Cikgu Dah yang sudi berkongsi foto ini dengan kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...
-
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
-
Restoran Alias di Kedai Pulau Chondong ini ada menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular ialah roti canai. Kedudukan restoran ini pun st...
-
Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

No comments:
Post a Comment