Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, November 9, 2015

Cikgu Talib Burok Tidak Berapa Sihat di Merlimau Melaka Pernah Mengajar di SMAS Pulai Chondong Kelantan

Saya kongsikan kisah guru saya antara guru yang sentiasa saya ingati. Sia seorang guru yang dedikasi dan ikhlas walaupun dia tak pernah mengajar saya dlm kelas akademik tetapi dia mendidik saya menjadi seorang yang berdisiplin, jgn putus asa dan sentiasa sedia tolong orang sepanjang saya berpengakap dengan beliau. Ramai pelajar joint pengakap di sekolah kerana sukakan cara beliau. Satu lagi yang saya tidak dapat lupakan bagaimana dia membentuk pasukan SOFBALL sekolah, walaupun baru masuk pertandingan kami mampu keluar sebagai Juara peringakt negeri Kelantan...kami mampu tewaskan sekolah2 elit di Kelantan pd masa tuh spt SIC, SM Sains P. Chepa dan MRSM Pengkalan Chepa yg me jadi aekolah tradisional beegelar juara. Bukannkerana kami kuat tetapi beliau beejaya tanam semangat juang dan tidak pernah kenal kalah dan putus asa.. 9 tahun dia di Kelantan sebelum balik berkhidmat di Melaka.

Semalam saya ke Melaka untuk bawa isteri dan anak2 berehat selepas anak sukong habis exam semster di Kolej Matrikukasi Banting. Ambil kesempatan, malamnya lepas solat maghrib dan jamak dgn Isya\\' saya bergerak ke Marlimau untuk ziarah Cigu Talib Burok...alangkah terkedu dan sebak saya sebaik melangkah masuk ke rumahnya, guru yg hebat dan ikhlas sekarang lumpuh sebelah badan hanya mampu menyambut saya di atas kerusi roda.

Hebatnya dan ikhlasnya beliau, dalam.keadaan begitu dia masih mengenali saya bahkan ingat satu persatu semua anak didik beliau. Sudah setahun beliau sakit tanpa saya mengetahui perkhabaranya. Mengikut Cikgu, beliau jatuh 3 hari sebelum beliau beerangkat ke Mekah utk tunaikan Umrah. Bukan kerana darah tinggi atau diabetis atau Jantung dan doktor tidak dapat sahkan puncanyaa. Kalau sesiapa ada kenal pakar perubatan alternatif boleh cadangkan untuk saya bantu cikgu saya ini.

\\'Ya Allah...sesungguhnya Cikgu Talib adalah guru yang ikhlas dan dedikasi dalam.mendidik pelajarnya maka Sembuhkanlah penyakitnya dan sampaikan hajatnya untuk Ke Tanah Suci Mu Ya Allah....\\' 

Ehsan dari ‎Md Zulaimi KJ

NOTA: Penulis‎ pernah menulis diblog ini tentang Cikgu Talib. Apa yang diingati tentang beliau semasa mengajar di SMAS menyewa rumah dihadapan kedai minyak Shell Pulai Chondong tepi jalan raya. Pernah beliau belanja penulis disebuah kedai makan dibandar Kota Bharu masa di tingkatan tiga makan berhidang. Pernah kerumah sewanya bersam rakan-rakan dan pernah berkelah dan bermalam di tepian Pantai Cahaya Bulan berkhemah dalam satu kumpulan murid-murid sekolah. Cikgu Talib seorang guru yang hebat. Walau beliau tidak mengajar dikelas penulis tapi ia mengenai penulis. Didoakan semoga beliau diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan kearah kesihatan yang lebih baik.  




Sunday, June 28, 2015

Basikal (Sikkal).

‎Walau telah keluar di posting yang terdahulu tentang tajuk basikal ini tapi disebabkan bentuk dan foto basikal ini yang agak unique dan amat seiras dengan basikal yang daku gunakan masa budak dulu maka keluar lagi tajuk posting yang sama. Basikal ini walau tidak sesuai dengan budak atau kanak-kanak tapi ianya tiada pilihan dan terpaksa digunakan juga. Hanya budak lelaki sahaja yang berupaya dan berani mengayuhnya dengan sebelah tangan memegang handle dan sebelah lagi memegang alang besi. Ini bermakna mengayuh dicelah alang basikal bukan atas alang atau berada atas pelana semasa mengayuh disebabkan saiz badan yang kecil dan rendah. Semua bahagian mekanikal basikal ini kukuh dan kuat dan tahan lama cuma yang perlu dijaga jangan biarkan ia berkarat. Yang biasa ditukar ialah tayar dan tiubnya akan ditampal. Begitu juga getah valve seperti pacat diganti jika sudah pendek. Freeway juga boleh dibaiki jika rosak dengan diganti bebola besinya. Getah brek juga ditukar kalau haus. Begitu juga jika rim bengkok boleh dibetulkan dengan tukar lidi yang bengkok, patah atau tercabut. Yang lain tukar bebola besi bahagian yang berpusing. Pendek kata selagi boleh dibaiki akan diperbaiki. Bahagian lain basikal ini jarang rosak. Basikal ini bila sudah berumur maka banyaklah bahagiannya yang akan tiada atau hilang cuma yang tinggal bahagian asas sahaja janji boleh dinaiki. Andai kata brek tiada akan digunakan pula kaki yang beralas selipar atau kasut untuk dijadikan brek dengan meletak dan menekan ketayar belakang atau depan ikut kesuaian. Berapa harga basikal ini tidak pula diketahui kerana jarang diniagakan dan ianya jarang diambil tahu oleh budak-budak. Namun jenama yang bermutu ialah Raleigh. Kegunaan dan jasa basikal ini amat banyak sekali. Sesekali kalau rajin akan dibawa disungai Pengkalan Kiat untuk dibasuh. Basikal ini jarang kedengaran ada orang yang mencurinya walau tidak berkunci. Kalau berkunci ia lagi selamat. Untuk memanjangkan jangka hayat bahagian bergeser perlulah sentiasa meminyakkan bahagian tersebut.

Saturday, March 14, 2015

Jerimbong 2

Seperti dicerita dahulu Kampung Jerimbong terletak di kawasan Kuala Balah Kelantan. Kali ini dicerita secara agak terperinci sedikit setelah mendapat maklumat dari orang lama yang pernah tinggal disana tapi bukan asal dari Kampung Dusun Buluh.
Jerimbo terletak diantara Kuala Balah dan Jeli. Dahulu disini ada penempatan yang dikelilingi kawat dawai berduri. Dibuat penempatan yang sedemikian rupa disebabkan ada ancaman pengganas komunis sejak zaman darurat. Dipenempatan berpusat ini terdapat sekolah dan lain-lain kemudahan dari ajensi kerajaan. Apa yang ingin difokuskan ialah sistem pengangkutan masa tersebut yang hanya melalui jalan sungai dan darat yang terhad.
Jika dari bandar Kuala Krai melalui jalan sungai menggunakan 'motor boat' (MB). Ianya akan melalui sungai akan ke Dabong Kuala Balah dan seterusnya ke Jerimbong. Masa perjalanan ialah dari pagi sampai kepetang. Untuk mudik masa perjalanan agak panjang berbanding perjalanan kehilir. Jika dimusim kemarau pula ada ketika MB tidak dapat melaluinya kerana air yang cetek dan memaksa penumpang bermalam dipertengahan perjalanan.
Jika melalui keretapi dari Kuala Krai pula akan ke Dabong dan seterusnya menggunakan MB pula ke Kuala Balah dan seterusnya ke Jerimbong. Begitulah cara pengangkutan penduduk sekitar kawasan pedalaman di Kelantan.
Segala hasil pertanian dari kawasan ini diangkut melalui MB. Suasana didalam MB agak sesak kerana disamping penumpang tapi dipenuhi juga dengan pelbagai jenis barangan hasil tani. Pakaian penumpang pula ada yang sekadar berkain basahan sahaja kerana jika BM terkandas di kawasan cetek senang mereka menolak MB tersebut. Penumpang perlulah membawa bekal makanan seperti nasi secukupnya kerana masa perjalanan yang panjang. Apa yang membimbangkan juga ialah keselamatan MB yang penuh muatan dan merbahaya terutama apabila melalui kawasan yang berjeram.
Bagi mereka yang bekerja seperti guru di Jerimbong jika ingin pulang kekampung seperti di Kota Bharu dan jika ada urusan memerlukan masa satu minggu untuk pergi dan balik memandangkan suasasa pengangkutan masa tersebut yang terhad.
Di Jerimbong pula kehidupan seharian penduduk adalah kebanyakannya bekerja kampung seperti sektor pertaniaan. Bagi yang bekerja seperti guru selain masa dipenuhkan dengan kerja jika hari cuti inilah masa mereka bersama penduduk lainnya mencari ikan dilubuk-lubuk sungai dan memburu binatang yang banyak kedapatan. Selain itu diadakan pentandingan persahabat sukan seperti badminton dengan lain-lain kampung.
Bagi yang menjadi ustaz disekolah akan mengajar agama dirumah-rumah penduduk yang mana mereka ini amat dahagakan ilmu agama yang dihadiri tanpa mengira usia. Anak dan ibu bapa belajar bersama dengan ustaz tersebut.
Begitulah sukarnya jenerasi ibu dan datuk nenek kita dahulu dalam mengharungi kehidupan seharian. Disebabkan suasana begitu mereka perlu tolong menolong dan bergotong royong dalam menjalani kehidupan. Ini berbeza dengan jenerasi sekarang yang dilihat membawa diri masing-masing dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat malah ada yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dahulu jika ada hiburan kebudayaan bukan sekadar berhibur tapi untuk mengeratkan persahabatan setelah penat bekerja dan bukan sebilang masa berhibur cuma sesekali. Berbeza dengan kita hari ini seolah-olah setiap hari boleh berhibur jika mahu kerana pusat hiburan berada dimana-mana. Mungkin inilah juga menyebabkan masa dalam sehari dirasakan cepat berlalu dan dirasakan singkat.

Thursday, January 29, 2015

Perkara Semua Orang Buat Masa Kecil

Perkara Semua Orang Buat Masa Kecil

Di dalam banyak-banyak perkara di bawah ini pasti kebanyakkan anda selalu buat semasa anda kecil. Kemungkinan besar anda ingat, kemungkinan besar anda lupa tetapi anda pernah buat dahulu.

Pasti anda tengah fikirkan perkara apakah yang anda buat semasa kecik dahulu yer?

Sila baca di bawah ini terdapat beberapa perkara semua orang buat masa kecil.
 

1. Berjalan masuk ke suatu bilik, tiba-tiba lupa mahu buat apa, terus keluar lagi, tiba-tiba ingat lagi. (Ini mungkin boleh dinamakan mati akal. Masa kecil fikiran cepat berubah)
2. Ketika kamu masih kecil, pernah menggambar matahari di antara dua gunung (atau matahari dibawah lautan)
3. Ketika kamu masih kecil, berfikir bahawa bentuk sebenar dari hati adalah seperti Gambar Hati (mungkin juga sebab hanya ada satu sahaja simbul hati)
4. Menutup pintu peti sejuk dengan sangat perlahan, ......... hanya untuk melihat lampunya mati (zaman penulis tiada peti sejuk tapi ada melihat dikatin Maksu cina Sekolah Kebangsaan Mata Ayer. Apa yang ingin dilihat ialah ais krim dan air batu)
5. Cuba untuk menyeimbangkan butang lampu, antara on dan off. (Pun tidak berkenaan sebab belum ada letrik cuma menyeimbangkan kecil besar sumbu pelita)
6. Mengambil satu batang lidi dari penyapu, lidi lalu mematah.matahkannya hingga berbunyi "whuks whuks". (Memang suka mematahkannya)
7. Lukis Burung dengan huruf 'V' (betul cara paling senang)
8. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah! (Masa sekolah tak buat perkara macam ini cuma bila belajar kesekolah menengah tingkatan satu. Itu pun subjek matematik)
9. Habiskan makan snack-snack, malas gerak buat ke tong sampah untuk membuang bungkusnya, selitkan di sofa atau pinggir katil. ( Sofa tiada jadi selit dicelah papan lantai. Dibawah rumah macam-macam ada)
10. Masa sekolah ada orang bagi milo, lepas habis menyamar jadi orang lain dan berbaris turun lagi (memang suka masa kereta milo datang tapi tidak ingat pula menyamar atau tidak)
11. Naik basikal kalau boleh lepas kedua-dua tangan rasa hebat (tengok jenis basikal dan saiz badan. Kalau masih kayuh dicelah bawah palang akan jadi bahaya apalagi basikal unta)
12. Naik kereta tengok bulan, dan bulan ikut kita ka ..(Ini diakui amat betul dan diberitahu jangan tengok kiri kanan nanti pening)
13. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah!(Ada juga kadang kala dikoyak bahagian yang bertulis)
14. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak dan ada sebijik rumah di tengah-tengah. Kreatif ke?(Pelajaran lukisan)
15. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.(Tiada komen sebab warna debu dalam tin percuma)

Nota:
Dipetik dari sebuah blog http://tabekpuang.blogspot.com/2012/03/jujurhampir-semua-orang-pernah.html?m=1dan diberi ulasan dalam kurungan.