Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Monday, November 26, 2012

Kelas Bahasa Inggeris 2

Jika diperingkat sekolah rendah pembelajaran Bahasa Inggeris dahulunya memang diajar didalam kelas tetapi peringkat pemahaman dan pencapaian amat rendah sekali dan jika tidak dibantu oleh gambar mungkin tidak faham langsung. Jadi bila diumum keputusan peperiksaan penilaian darjah 5 maka yang lulus hanya seorang dua sahaja dalam satu kelas. Tetapi disebabkan hampir semua tidak lulus maka ia tidaklah membuat kita merasa tidak pandai dan merasa rendah diri. Mungkin ada banyak juga perkataan nama-nama yang kita ketahui tapi kelemahan yang ketara ialah tidak mampu membuat ayat yang lengkap. Memang apabila sampai kesekolah menengah ingin sekali memperbaiki pencapaian Bahasa Inggeris tetapi apakan daya semangat dan tekad yang kuat tidak bertahan lama atau memang tiada bakat untuk pandai menguasai bahasa ini. Jika pandai bahasa ini mungkin kita semua sudah menjadi seseorang yang lebih cemerlang dikemudian hari.

Thursday, November 15, 2012

Kelas Bahasa Inggeris

Semasa mula masuk ke tingkatan satu di SMAS mata pelajaran yang paling tidak diminati dan seperti ditakuti kerana ia memberi stress yang tiada kesudahan ialah Bahasa Inggeris. Gurunya pula ialah Cikgu Mariam. Sebagai permulaan kelas ialah pelajaran membilang. Caranya dengan dimulakan dari murid yang berada dimeja kiri depan sekali kebelakang hingga murid yang terakhir belakang sekali kanan. Bagi yang nombor "one to twelve" kira senang tapi selepas itu ramai yang dikira tidak tahu. Inilah kelemahan yang ketara walaupun sudah enam tahun kita belajar bahasa tersebut disekolah rendah pun masih gagal membilang.

Sunday, November 11, 2012

Bekas Celak

Bekas celak ini juga menjadi ole-ole untuk dibawa pulang bagi orang yang baru balik mengerjakan fardu haji dari Mekah. Biasanya budak perempuanlah yang akan menggunakannya. Sekarang rasanya jarang ianya dibawa balik.