Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Thursday, November 15, 2012
Kelas Bahasa Inggeris
Semasa mula masuk ke tingkatan satu di SMAS mata pelajaran yang paling tidak diminati dan seperti ditakuti kerana ia memberi stress yang tiada kesudahan ialah Bahasa Inggeris. Gurunya pula ialah Cikgu Mariam. Sebagai permulaan kelas ialah pelajaran membilang. Caranya dengan dimulakan dari murid yang berada dimeja kiri depan sekali kebelakang hingga murid yang terakhir belakang sekali kanan. Bagi yang nombor "one to twelve" kira senang tapi selepas itu ramai yang dikira tidak tahu. Inilah kelemahan yang ketara walaupun sudah enam tahun kita belajar bahasa tersebut disekolah rendah pun masih gagal membilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekarang BI masih ditakuti kah? :-)
ReplyDeleteMungkin masih tidak disukai oleh pelajar sek rendah tapi agak berkurangan skrg maklumlah banyak akses yg boleh didapati utk mengatasinya berbanding dulu yg serba kurang malah ada yg tiada. Dahulu jika sudah pandai membaca pun sudah dikira ok dah. kalau faham BI sudah dikira luar biasa murid tsb.dsn buluh.
ReplyDelete