Featured Post

Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025

1.   Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Sunday, January 24, 2010

Di Masjid Mata Ayer


Masjid ini terletak berhampiran selekoh tajam Mata Ayer. Foto ialah ahli kariah disuatu Solat fardhu. Selepas bersolat sempat bersembang dengan En Ahmad yang berusia hujung 50an dan seorang yang telah berpencen. Ia menyatakan bahawa pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) selama satu tahun sahaja dan selepas itu pula Kesekolah Kebangsaan Mata Ayer (SKMA). Yang seangkatan dengannya di SKB ialah Ramli anak Mah Pengkalan Kiat, Ismail Pak Muda Setapa, Halim Dusun Buluh, Mat Nor Pak Muda Hamad adik Cikgu Harun dan lainnya. Menurutnya generasi Mata Ayer dan sekitarnya sekarang boleh dibahagikan kepada 3 generasi. Pertama ialah yang berusia 70 tahun keatas, kedua 60 tahun dan ketiga 50 tahun. Golongan pertama memang mengetahui perkembangan zaman kegemilangan disekitar Mata Ayer. Golongan kedua pula dapat mengingati dengan jelas dan golongan ketiga pula juga dapat mengingati sahaja tetapi tidak pasti sangat apa yang berlaku. Bagi selain dari golongan ini terutama yang berusia 30 tahun kebawah mungkin tidak boleh berkomunikasi perihal cerita dahulu apa yang telah terjadi. Ini kerana jika dahulu dizaman Sungai Kelantan menjadi laluan pengangkutan utama hingga ke Hulu Kelantan hanya 3 golongan ini yang dapat menceritakannya. Jika dahulu mereka yang berusia 70an sekarang dapat menceritakan bagaimana mereka (kaum perempuan) akan ke Pasar Kedai Pulai Chondong hanya dengan berjalan kaki dengan menjunjung bakul membawa barangan seperti sayuran dan buahan untuk dijual dan hasilnya pula dibeli barangan lain seperti ikan dan lain keperluan. Begitu juga akan menggunakan pengakutan sungai untuk ke Bandar Pasir Mas. Pengkalan-pengkalan sungai dan penambang disetiap kampung seperti Mata Ayer dan Pengkalan Kiat serta Bandar diujudkan. Itulah keadaan dahulunya yang sekarang kesannya pun sukar dilihat. Contohnya Pengkalan dan Penambang Kedai Mata Ayer sudah sukar untuk dikesan.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment