Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Tuesday, August 18, 2009

Serkap

Serkap ini pernah digunakan untuk menangkap ikan darat seperti puyu, sepat, haruan, keli, anak butir nangka dan kadangkala belut. Acara ini apa yang diingati ialah ketika musim kemarau dimana airnya hampir kering dan airnya berada dikedalaman bawah dari paras lutut iaitu sekitar paras betis. Jika di Kampung Dusun Buluh kawasannya ialah di kawasan yang dikenali Kollam. Tempat ini berada antara Pengkalan Kiat dan Dusun Buluh iaitu sekitar perkampungan cina. Kawasan ini berada agak lembah. Tidak dapat dipastikan adakah kawasan ini masih ujud kerana amat lama tidak kesana. Apa yang diingat daku pernah menyerkap dengan Mokhtar Paknik Soh. Masa itu memang bersemangat bermandi peluh hingga kewaktu tengah hari panas terik. Hasilnya adalah sedikit dapat ikan tapi tidak berbaloi. Apa yang penting dapat merasai suasana dan musim cari ikan dengan serkap. Dan serkap ini tidak diingati milik siapa mungkin Mokhtar punya atau pinjam dengan siapa-siapa.

Menyerkap ikan kolam diredah
Airnya keruh ikan pun dapat
Dizaman budak memang indah
Apa saja dibuat tetap diingat

Airnya keruh ikan pun dapat
Ikan sepat dan ikan keli
Apa saja dibuat tetap diingat
Itulah zaman yang tak kembali

Ikan sepat dan ikan keli
Mari dibuat gulai darat
Itulah zaman yang tak kembali
Buat kenangan keakhir hayat
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment