Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, February 28, 2009

foto cikgu hamdan sekolah menengah teknik terengganu

ini foto diambil dari tetra. foto ini tahun 77/78. semasa aku bersekolah disana tahun 1977 cikgu hamdan memang tidak dapat dilupakan kerana beliau guru disiplin. beliau pernah memberi khidmat kaunseling pada aku semasa minggu orientasi. ini kerana semasa minggu tersebut agak mencabar dan masih diingat disuatu acara unggun api dikawasan sekolah aku enggan menghadirinya. dan sebelum itu pun aku sudah mula menunjukkan ketidakaktifan dalam aktiviti orientasi. satu dari sebabnya mungkin ketiadaan kawan-kawan dari sekolah lama . dan aku akui semasa melapur kesana tiada siapa yang dikenali seolah-olah sebatang karah. jadi aku lebih banyak menyendiri terutama ketika waktu petang hampir maghrib berada di belakang kelas . lagi pun masa itu mula teringat kampung halaman. dan kita dari budak kampung dan kena ikut pelbagai peraturan juga menjadi punca. jadi cikgu hamdan dan headboy telah dapat mengesan dan memberi motivasi dan langkah ini berjaya menguatkan semangat. nama headboy sudah tidak diingat lagi tapi ia kelas perdagangan. antara langkah yang diambil oleh headboy ialah mengajak bermain badminton bersama-sama pelajar lain. sebenarnya ia juga satu kejutan budaya.


Cikgu hamdan guru disiplin
Dihormati murid putera dan puteri
Ikatan persahabatan sedia terjalin
Kemana pergi sentiasa diingati

Posted by Picasa

2 comments:

  1. Dengar cerita Cikgu Hamdan sakit teruk. Beliau minta simpati dari bekas2 pelajarnya. Cuba usaha hubungi beliau.....
    drp: cikgu Din ( http://kemahiran.wordpress.com)

    ReplyDelete
  2. salah satu usaha dengan memohon doa dan solat hajat moga-moga diringankan beban oleh Allah swt.insyaAllah semboh.

    ReplyDelete