Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, October 26, 2023

Surat



1.   Dahulu jika ada apa apa kiriman melalui khidmat hantaran pos ianya hanya ada dua bentuk iaitu melalui surat dan telegram. Jika menghantar surat menggunakan sampul surat bersetem dan dimasukkan kedalam peti surat pos. Telegram pula berita dihantar secara dalam talian melalui pejabat pos, kemudian berita itu disalin atas kertas menggunakan teleprinter berbentuk typewriter dan dihantar ke alamat penerima. 
1.   Telegram biasanya untuk tindakan cepat seperti berita kematian. Surat pula dihantar melalui kenderaan dan agak lambat. Jika dizaman kami budak budak tiada keperluan untuk menghantar surat kepada sesiapa. Untuk melihat surat pun macam tidak pernah lihat. Kalau pernah lihat surat dirumah mungkin lihat surat beranak sahaja. Kadang kadang sudah hafal ayat yang terdapat didalam surat beranak tersebut. Lagi kalau ada pun berbentuk surat yang lain ialah lesen radio atau juga mungkin surat pajak gadai jika ada. 
3.   Jika surat khabar yang berbahasa melayu dan jawi pula hanya kelihatan disekolah rendah itu pun bukan yang terkini mungkin telah beberapa hari yang lalu. Yang selalu kelihatan ialah kertas surat khabar cina dibuat pembungkus. Surat khabar cina ini hanya dilihat gambar sahaja kerana tidak pandai membaca tulisan cina. 
4.  Jika sesekali ada tayangan wayang gambar maka akan ada saklar atau circular dalam bentuk surat akan dijatuhkan oleh mereka yang didalam kereta yang mempunyai pembesar suara untuk menghebahkan akan ada tayangan wayang gambar pada malam nanti. Pada hari itu suasana dikampung akan nampak meriah berbanding jari biasa. 
5.   Satu lagi panggilan untuk surat ialah Alquran muqaddam yang mengandungi surah pendek yang dipanggil surat kecil sebab kalau surat besar ialah Alquran yang besar dan tebal yang mempunyai 30 juz 114 surah. Dahulu ramai yang tidak mampu mempunyai Alquran surat kecil apalagi Alquran surat besar. Begitulah juga disamping ramai yang tidak mampu mempunyai Alquran maka ramai juga yang kurang mampu untuk membaca Alquran dengan baik. 
6.  Dahulu kedai Ustaz Husin akan jadi tempat posmen meletak  surat surat yang di pos kepada penduduk Kampung Dusun Buluh. 


No comments:

Post a Comment