Featured Post

#260924m kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood cucu kepada arwah pakcu ali dan mak yam kampung dusun buluh

Kembali kerahmatullah pn salmah che mahmood. Beliau telah kembali kpd Allah kelmarin 26 sept jam 1.47ptg di hospital upm serdang krn canser....

Wednesday, July 23, 2008

ayam laga

masa aku dikampung dulu berlaga ayam adalah salah satu aktiviti biasa bagi penggemar2 laga ayam.berlaga ayam dan dituruti dengan berjudi memang salah disisi undang2.oleh itu untuk berlaga ayam kena diadakan ditempat tertutup spt didalam hutan belakang kampung.ayam yg kuat dikenali dengan nama 'ayam baik'.ayam ini dipelihara dari kecil lagi dan mendapat bakanya dari selatan thailand.harga pun mahal beratus ringgit masa tu.ayam kena dijaga dgn memandikannya setiap hari dan diberi makanan berkhasiat.jadi bila tengok orang dewasa berlaga ayam maka aku pun pelihara lah juga ayam.bila besar ayam itu dicuba buar berlaga tapi bila berlaga kadang2 dia lari dan lepas itu melawan balik.orang kata itulah ayam jawi namanya.sebab tak sanggup mati bila bertarung.tapi kalau ayam baik dia akan berlawan sampai mati tak akan lari punya.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment