Featured Post

(Berita Lewat) Kembali kerahmatullah Ramli Mohamed pada 25 Sep 2025

Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. semasa saya masih budak pernah bermain main disekitar rumahnya yang...

Monday, June 28, 2010

Peti Sejuk Minyak Tanah


Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer. Mak Su ini berbangsa cina dan peramah orangnya dan berbadan agak gempal. Kantin beliau ini berada sebelah alik ulu sekolah dibahagian luar pagar ditepi jalan raya. Dengan peti sejuk ini beliau membuat ais krim dalam plastik yang menjadi kegemaran budak sekolah.Begitu juga untuk dibuat air batu. Makanan samada nasi dan kueh biasanya akan dijual yang siap dibungkus yang dihantar oleh orang lain. Sekarang tapak dan kantin tersebut sudah tiada lagi. Ditahun tersebut kemudahan letrik masih tiada. Jadi inilah satu-satunya mungkin tempat yang ada memiliki peti sejuk jenis ini disekitar kawasan ini.

Tuesday, June 22, 2010

Kolam



Kolam ini adalah nama tempat berhampiran Pengkalan Kiat dikawasan perkampungan cina. Dahulunya Kollam ini banyak terdapat ikan darat seperti puyu,haruan, keli, belut dan sepat. Masa paling sesuai ialah bila musim kemarau dan air mulai kering maka ramai yang mencari ikan disini. Masa tersebut Kollam ini tidaklah seperti sekarang yang mana hanya terdapat satu sahaja kolam yang luas dan besar dimana kini dibuat banyak kolam-kolam yang kecil. Rumah yang berhampiran dengan Kollam ini ialah seperti Pok Wat, Cik Husin, Pak Yong dan lainnya. Cara popular menangkap ikan ialah dengan menggunakan serkap.

Thursday, June 17, 2010

Teh Susu Tin


Susu pekat manis dalam tin adalah bahan untuk membuat kopi atau teh terutama dikedai kopi. Setiap satu cawan teh cukup dengan 3 sudu teh tapi tidak berapa manis. Apabila susu dalam tin ini hampir habis maka ada pelanggan yang akan booking untuk dibawa balik. Dulu mana ada dibawa balik dengan menggunakan bekas plastik seperti sekarang. Tapi masa meminumnya jika menggunakan tin kena berhati-hati dibimbangi akan melukakan bibir kerana tepinya yang tajam. Tapi meminum melalui tin ini ada kelebihan tersendiri kerana disamping ada cabaran kemungkinan luka ialah rasanya yang sentiasa manis kerana ada baki susu dibingkai tin tersebut. Jenama popular susu dalam kopi ialah cap buah kocok (3 buah dadu), cap junjung (tidak sesuai buat teh kerana harga mahal tapi sesuai untuk diberi minum kepada bayi).

Saturday, June 12, 2010

Tepuk Daun


Pucuk daun hutan ini boleh dibuat permainan juga. Nama Specis pokok tidak diketahui. Daunnya lebar warna maroon. Cara menepuknya ialah diletak daun tersebut seperti digambar diatas tangan kanan. Selepas itu ditepuk dengan tapak tangan kiri. Maka ia akan mengeluarkan satu bunyi tidaklah berapa kuat tapi jika salah cara tidak ada bunyi. Daun itu akan pecah ditengahnya selepas ditepuk. Tapi tidak boleh dibuat pada daun yang sudah tua. Permainan ini dilakukan apabila terjumpa daun ini semasa merayau-rayau dalam ghok untul mencari sarang burung dan sebagainya.

Monday, June 7, 2010

Ustaz Man


Pertengahan tahun 70an beliau dikira popular bagi pelajar kelas petang Sekolah Menengah Abdul Samad Pulai Chondong sebagai guru disiplin. Masih diingat jika ada pelajar yang berambut panjang maka akan dipanggil dan difahamkan akan digunting rambutnya. Beliau tinggal di Kampung Surau Pulai Chondong. Ayah beliau Haji Hamzah juga seorang peniaga di Market Pulai Chondong. Kelebihan beliau ialah beliau kenal anak muridnya walaupun lama tidak berjumpa dan akan cepat mesra dan akan bertanya khabar apa perkembangan.

Wednesday, June 2, 2010

Teka Teki


Antara teka teki yang popular dizaman budak ialah- apakah binatang tulangnya satu. Kenapa dikira popular kerana ia masih diingat hingga sekarang. Teka teki atau tekka dikira popular dan menjadi salah satu topik semasa berinteraksi bersama rakan.

Saturday, May 29, 2010

P Ramlee

Beliau telah meninggal pada 29 Mei 73. Semasa beliau meninggal telah diumumkan melalui radio seawal pagi. Kita budak-budak masa tersebut dikira mengenalinya kerana beliau selalu keluar di TV. Acara yang masih diingati ialah apabila beliau menjadi juri/pengadil dalam rancangan jika tidak silap Bakat TV. Penampilan beliau di TV dalam rancangan itu adalah secara langsung dan kelihatan beliau agak gempal badannya. Sejurus berita kematiannya apa yang daku ingat telah pergi kerumah Pak Nik Wil Makcik Yam dan juga disitu berjumpa dengan anaknya Suhaimi untuk memberi tahu berita kematiannya. Tentunya berita kematiannya mengejutkan. Namun sebelum kematiannya beliau pada pandangan kita sebagai kanak-kanak, beliau (P Ramle) adalah dikenali sama seperti lain-lain pelakon yang sezaman dengannya. Ini terjadi mungkin kita masih kanak-kanak tidak berapa tahu menilai kehebatan seseorang seperti orang dewasa. Filem-filem lakonannya banyak memberi pengajaran dan melangkaui zaman. Bagi kita yang sentiasa menonton filemnya dari dulu sampai sekarang dan sebagai orang Islam marilah menghadiahkan Surah Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Monday, May 24, 2010

Memecah Telor Ayam

Masa bebudak dahulu permainan ini kira biasa dilakukan bila ada telor ayam kampung. Caranya seperti difoto. Perlu diingat tentukan telor yang akan diletak didalam tapak tangan tersebut mestilah hujung ke hujung telur atau bucu kebucu telor menyentuh kedua-dua tapak tangan. Selepas itu cuba tekan sekuatnya tapi jangan pula mengepit dengan paha sebagai membantu menguatkan lagi tekanan. Biasanya telor tersebut tidak akan pecah. Bolehlah mencuba dengan telor mentah. Jika tidak pecah bolehlah cuba dengan telor yang telah dimasak pula.

Wednesday, May 19, 2010

Tampal Tiub

Tampal tiub basikal masa dahulu akan dilakukan dikedai membaiki basikal. Sekarang aktiviti menampal tiub ini sudah lama tidak diamalkan dimana sekarang jika bocor akan terus ditukar dengan yang baru. Cara menampal seperti difoto dikira cara generasi pertama. Selepas itu untuk cara generasi kedua pula penampal tiub sudah siap dengan hanya membuka plastik dan terus ditampal ketiub tempat yang bocor. Cara generasi ketika ialah dengan terus tukar tiub
baru. Cara generasi pertama biasanya tiub akan digosok dengan benda krasak seperti kertas pasir atau batu atau besi seperti kikir berbentuk bulat panjang macam ulu parang. Selepas itu disapu dengan gam. Ianya dibiarkan sebentar supaya gam agak kering. Sesudah agak kering makan penampal akan dilekatkan ketempat tiub yang bocor dengan digosok sambil menekan supaya ianya betul-betul melekat. Itulah teknologi cara dulu. Kedai Awang Mata Ayer adalah kedai basikal popular dari dulu lagi.

Friday, May 14, 2010

Ikan Segar Tok Bali/K.Besut

Jika ingin mendapatkan ikan segar silalah kesini iaitu digerai berhampiran simpang masuk ke Pengkalan Kiat. Difahamkan ianya dijual oleh anak Allahyarham Abang Lui. Dahulunya dibelakang rumah ini ada sebuah mesin padi juga difahamkan kepunyaan Mak Lui. Mesin ini pula dikendalikan oleh Halim(jika salah nama betulkan)anak Mak Lui. Halim ini meninggal ketika umur masih muda lagi. Daku selalulah pergi masuk kedalam rumah mesin ini dan setelah selesai kerja memesin akan membuka bahagian bawah mesin yang ada sebuah pintu kecil yang hanya muat untuk memasukkan tangan kedalamnya. Didalamnya ada sedikit baki beras yang agak hancur dipanggil Nukkut. Lokasi mesin padi ini menjadi tempat yang mesti dilawati ketika itu. Itu semua kini sudah menjadi sejarah.
Posted by Picasa

Sunday, May 9, 2010

Musim Mengetam


Musim mengetam atau memukul padi adalah jika dahulu hanya satu musim sahaja. Pengalaman memukul padi ialah disawah padi dihadapan rumah Pak Da Hassan. Dia tinggal berseorang dipondoknya dan dikira miskin dan kadang-kadang ada yang akan memberi zakat samada fitrah dan harta setiap tahun.




Daku pergi kerumahnya jika disuruh untuk membeli ayam untuk disembelih. Dihadapan rumahnya terbentang sawah padi dan akan meriah jika dimusim bergala lagi. Rumah yang paling dekat dengan sawah ini ialah rumah Abang Hassan Tok Awang. Apa pun kita bebudak yang meriah masa bergala dimana masa itu kita dibenarkan berada diatas gerrap dimana ia akan ditarik oleh kerbau. Masa bergala ini pun sudah terdapat ikan-ikan darat seperti puyu, haruan dan keli. Bahasa untuk mengawal kerbau ini yang masih diingat ialah cau, cau, cau. Apa makna hanya kerbau itu yang faham. Tapi cau ini mungkin juga bermakna beredar dari sini jika apa yang difahami orang sekarang. Jika dimusim menuai ada yang



menggunakan ketam terutama jika padi itu padi huma atau padi tugal.
Padi tugal boleh ditanam ditanah tidak berair seperti dikebun-kebun yang baru dibersihkan. Mungkin sekarang yang masih mengusahakan padi tugal mungkin di Sabah/Sarawak kawasan pedalaman atau jika di Semenanjung oleh Orang Asal dengan membuka kawasan baru. Musim memukul padi dikira meriah kerana dapat berkumpul bersama keluarga seperti berkelah disamping dapat menikmati hidangan nasi belauk, kuih muih, roti dan lainnya disamping air teh/kopi O. Disamping itu dari batang jerami dapat dibuat serunai. Selepas musim memukul diwaktu malam pula


kita beramai selepas maghrib akan
mencari belalang terutama di Kerawang kerana kawasannya luas. Kemeriahan mencari belalang diwaktu malam secara beramai-ramai dengan bercahayakan lampu pelita yang samada diletak di dalam tin atau dibuat dari upih didalam beberapa kumpulan sukar dilupakan.