Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Friday, July 9, 2021

Menulis surat suatu masa dahulu


   Disuatu masa dahulu saya mula mula menulis surat ketika di tingkatan satu. Waktu itu saya terpaksa menulis kerana nenek ku menyatakan ada seorang cucu perempuannya ada tinggal di Kuantan Pahang. Mungkin cucunya itu bila datang kerumah neneknya dia meninggalkan alamat. Walau bagaimana pun saya tidak ingat lagi apa isi surat yang ditulis. Apa pun saya merasa amat teruja bila dia membalas surat tersebut namun. Kamu berutus surat mungkin dua tiga kali sahaja kerana selepas itu saya berpindah kerumah tempat tinggal. Selepas berpindah tiada lagi menerima atau mengirim surat kerana tiada saudara mara yang tinggal berjauhan. Setelah saya sendiri yang bersekolah jauh luar dari negeri sendiri maka bermula menulis surat walau tidak kerap cuma sekali sekali memberitahu perkembangan diri. Apa yang diingati ialah rasanya amat susah untuk menulis sepucuk surat dan jika menulis pun tidak sampai satu muka surat. Ini terjadi kerana jika menulis perkara pertama selepas menulis alamat sendiri dan alamat penerima ialah pendahuluan surat. Pendahuluan serat seperti "kehadapan bonda/kekanda/ yang sentiasa diingati dan dikasihi ....." . Perkara pendahuluan ini dirasakan janggal ditulis kerana masih membahasakan bonda, ayahanda atau kekanda dan sebagainya sedangkan dalam kehidupan seharian tidak disebut sedemikian. Ini terjadi mungkin terbawa bawa bila diajar didalam kelas. Jadi kesimpulannya menulis surat hanya apabila perlu sahaja dan jarang jarang dilakukan. Tambahan pula dizaman itu banyak perlu dibuat seperti perlu menulis, kertas, setem dan perlu dihantar kepejat pos. Apalagi dimasa itu mungkin bukan budaya atau kebiasaan budak budak menulis surat kepada ibu bapa saudara mara. Maklum sahaja budak kampung yang kurang pendedahan. 

Catatan: foto hiasan dari google

No comments:

Post a Comment