Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Tuesday, October 28, 2014
Pia dan Lian
Sewaktu penulis menghadiri suatu majlis perkahwinan sebulan yang lepas di Kampung Dusun Buluh mendapat satu berita dari anak lelakinya bahawa ayahnya Pia yang berbangsa cina telah meninggal dunia baru-baru ini. Mendiang tinggal berhampiran dengan Pengkalan Kiat. Mendiang semasa hayatnya seorang yang giat mengusahakan produk pertanian dan pengusaha kedai kopi. Diberitakan juga anaknya Lian juga telah meninggal dunia lima tahun yang lepas ketika berumur hujung 40an yang bermastautin di Gua Musang. Untuk maklumat seorang anak perempuan beliau (Pia) telah lama memeluk Islam disekitar tahun 70an lagi ketika dialam persekolahan menengah. Pia ini dikalangan orang cina dikampaung boleh dikatakan seorang yang disegani mungkin atas ketokohannya yang ada mempunyai ciri-ciri pemimpin dan pendapatnya didengari. Penulis masih ingat sewaktu lama dahulu ketika diadakan majlis 'ngatib' atau tahlil arwah dirumah Pak Lui beliau (Pia) ikut menghadirinya. Perkara ini tidak menghairankan kerana perhubungan erat sesama penduduk kampung. Sekarang mungkin perkara ini sukar untuk berlaku lagi disebabkan perubahan cara bersosial masyarakat mengikut peredaran masa. Isteri Pia juga telah lama meninggal lebih dari 20 tahun yang lalu. Apa yang diingati isterinya susuk badannya agak besar dan seorang yang peramah. Apapun nampaknya generasi orang lama yang berbangsa cina disekitar Kampung Dusun Buluh makin berkurang dan diganti dengan generasi baru yang berfikiran baru. (B2014KDB01)
Sunday, October 12, 2014
Memohon Sumbangan Derma Baik Pulih Madrasah (Surau) Dusun Buluh 16600 Pulai Chondong Kelantan bolehlah menghubungi dan menyalurkannya kepada Haji Lah 0139216058 dan Ustaz Hamdhan 0192406658 atau Bank Islam Malaysia Berhad 03045010034627

Pada penderma yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi dan menyalurkannya kepada Haji Lah 0139216058 dan Ustaz Hamdhan 0192406658 atau Bank Islam Malaysia Berhad 03045010034627 Sebarang sumbangan sudah pasti mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt.Kepada penderma terutama warga Kampung Dusun Buluh samada berada dikampung atau diperantauan inilah peluang keemasan membantu mana yang termampu dari lebihan rezeki yang diberi olehNYA. Jika diperhatikan madrasah adalah juga menjadi mercu tanda kepada sesuatu kampung tersebut tambahan pula ia berada ditepi jalan yang mudah dapat dilihat. Sebarang usaha murni yang digerakkan oleh individu tertentu untuk membaik pulih madrasah ini amat disanjung tinggi. Sedikit latar belakang madrasah ini yang jika disorot pada posting terdahulu http://dsnbuluh.blogspot.com/2009/06/balai-sah-madrasah-kampung-dusun-buluh.html dan http://dsnbuluh.blogspot.com/2010/04/di-balai-sah-kampung-dusun-buluh.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...