Tuesday, August 5, 2014

Pemakan Rumput

Jika bebudak memelihara lembu walau bukan sepenuh masa tapi tugasnya agak berat juga. Antaranya diwaktu pagi hendaklah membawa keluar dari bawah rumah (kandang) kekawasan berumput. Hendaklahlah dialih beberapa kali dan diberi minum. Jika perlu diberi makan batang pisang atau mencerut rumput. Kalau perlu dimandikan jika berdekatan dengan sungai. Biasanya yang memandikan lembu didalam sungai ialah penternak berbangsa cina yang terkenal rajin. bila semua sudah selesai dekat malam dibawa masuk balik kebawah rumah. Inilah tugas budak-budak sebagai membantu ibu bapa dari segi ekonomi yang tidak terniat pun minta dibalas dengan wang ringgit yang mana kadang-kadang tidak tahu atau tidak ambil tahu pun samada lembu itu dijual atau disembelih dibuat korban hari raya. Apa yang penting tugas telah dilaksanakan walaupun tidak memuaskan hati ibu bapa. Jika difikir-fikirkan balik banyak juga sumbangan budak-budak ini kepada ibu bapa mereka walau kadang kala mereka tidak menyedarinya. Itu belum lagi dengan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa atau tugas itu memang telah ditetapkan.Mungkin kehidupan mereka dulu berbeza dengan budak generasi sekarang yang berlaian gajet yang mereka miliki atau mainkan.

No comments:

Post a Comment