Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Friday, December 19, 2014

Kenduri

Kenduri yang dimaksudkan disini ialah kenduri kahwin. Semasa penulis dizaman budak dahulu jika diadakan kenduri kahwin di kampung biasanya akan diketahui kerana ia dikira acara besar. Antara yang diingati siapa yang melangsungkan majlis itu antaranya ialah pasangan Abdullah dan Enon Pak Muda Hamat. Cik Bidah Maksar dan Abd Rahman. Halim Mek Nab dan Esah Makcik Sari. Suhaimi Paknik Wil dan Shamsiah Cik Limah. Jika di Kampung Pangkal Gong pula antara Wan Najib dan Najmi Ustaz Man dan Jawahir Harun yang mengajar AlQuran di Balai Sah(penulis rasanya tidak hadir perkahwinan Jawahir hanya mendengar berita sahaja). Pernah juga menghadir perkahwinan anak Pak Lah di Kampung Chabang Empat yang rumahnya menghadap rumah Tok Iman Sat. Jika dikampung Kubang Tebik ialah Anak sulong perempuan Pak Da Soh Da Timah yang berkahwin dengan oeang sebelah Kota Bharu. Yang lain ialah Ismail menantu Pak Mejah. Di Pulai Chondong pula Mat Zin anak Tok Lebai Nor dan di Kampung Jenereh Bongkok Abang Mat Tok Lebai Nor Kak Jarah. Yang lain dari yang disebutkan mungkin tidak berapa diingati lagi atau penulis telah berhijrah ketempat lain. Mereka yang disebutkan tadi memang penulis menghadirinya secara langsung. Apa yang diperhatikan semasa acara belarak kerumah pengantin perempuan akan jelas kedengaran suara bersalawat. Dahulu juga jika selepas semuanya selesai akhirnya akan diadakan upacara santapan pengantin. Makanan mereka akan dihidangkan didalam bilik pengantin perempuan. Ini penulis perhatikan diupacara yang dibuat dirumah Enon Pak Muda Hamat. Ini bermakna acara diadakan secara tertutup tidak seperti sekarang yang ada kalanya dibuar secara terbuka. Selain daripada itu ada juga diselitkan dengan acara bersilat untuk lebih memeriahkan suasana majlis. Para jemputan pula jika dimajlis Cik Bidah akan dijemput juga yang berbangsa cina disekitarnya. Pernah juga disuatu ketika menjadi wakil kepada ibunda supaya menghadiri majlis kenduri di Bukit Panau dirumah Cikgu Nawi dimana anaknya berkahwin dengan berjalan kaki. Masih diingat membawa wang RM2 untuk dihadiahkan kepada bapa pengantin. Ini dikira satu tugas berat juga menunaikan amanah yang diberi.

Saturday, November 29, 2014

Jerimbong 1

Suatu ketika dahulu masa berada dirumah Mak Cik Yam Pak Nik Wil semasa Pak Leh datang kerumahnya, Pak Leh ini adalah abang kepada Pak Nik Wil juga Mak Tengah Jenab. Pak Leh ini tinggal disuatu tempat di Kuala Balah. Nama kampung pula ialah Jerimbong. Itulah nama yang pernah didengar dan sampai sekarang nama itu tidak pernah didengar lagi. Apakah betul nama kampung itu ujud atau salah daku mendengarnya. Diceritakan juga jika hendak kesana akan menaiki motor sangkut atau perahu kuasa injin sangkut. Diceritakan juga jika musim kemarau airnya cetek jadi akan turun dari perahu berjalan kaki didalam sungai. Tidak pula diketahui masa itu pergi melalui sungai yang mana satu maklumlah ilmu peta geografi tidak diketahui. Yang diketahui hanyalah peta Malaysia sahaja. Diberitakan juga disana banyak kedapatan buah PERAH. Sentiasa juga Pak Leh ini berkunjung kerumah Pak Nik Wil. Seperkara lagi diberitakan Kuala Balah ini pernah dilanda banjir besar ditahun 70an. Ramailah yang dipindahkan. Sekarang semua orang tahu Kuala Balah sudah berkembang maju dan berhampiran dangan Dabong.

Saturday, November 8, 2014

Air Oren

Teringat sewaktu dulu akan air oren ini. Air ini akan dihidangkan kepada tetamu yang agak istimewa apabila datang kerumah. Air oren ini akan dituang kedalam cawan berpiring bukannya gelas dari botol oren yang jika dahulu botolnya berwarna koko gelap yang cap jenamanya dari kertas empat segi ditempal dibotol air. Air ini tidak sejuk kerana bukan diambIl dari peti ais dan dihidang pun juga tanpa ais. Maklumlah dahulu mana ada peti ais dan air batu pun tiada. Apabila tetamu beredar balik kita bebudak yang sejak dari tadi memerhati akan air oren tersebut akan terus mencapai lebihan air dari botol tersebut untuk dihabiskan dan jika ada didalam cawan yang masih berbaki akan juga menghabiskannya. Ini disebabkan rasa air bergas ini hingga sekarang masih diingati akan keenakannya. Apa yang perlu diingati jika sendawa mulut perlu dibuka untuk mengelak gas keluar melalui hidung. Jika ini berlaku gas ini membuat rasa tidak selesa kepada hidung. Itulah sedikit kenangan tentang air ini yang jarang-jarang sekali dapat meminumnya.

Tuesday, October 28, 2014

Pia dan Lian

Sewaktu penulis menghadiri suatu majlis perkahwinan sebulan yang lepas di Kampung Dusun Buluh mendapat satu berita dari anak lelakinya bahawa ayahnya Pia yang berbangsa cina telah meninggal dunia baru-baru ini. Mendiang tinggal berhampiran dengan Pengkalan Kiat. Mendiang semasa hayatnya seorang yang giat mengusahakan produk pertanian dan pengusaha kedai kopi. Diberitakan juga anaknya Lian juga telah meninggal dunia lima tahun yang lepas ketika berumur hujung 40an yang bermastautin di Gua Musang. Untuk maklumat seorang anak perempuan beliau (Pia) telah lama memeluk Islam disekitar tahun 70an lagi ketika dialam persekolahan menengah. Pia ini dikalangan orang cina dikampaung boleh dikatakan seorang yang disegani mungkin atas ketokohannya yang ada mempunyai ciri-ciri pemimpin dan pendapatnya didengari. Penulis masih ingat sewaktu lama dahulu ketika diadakan majlis 'ngatib' atau tahlil arwah dirumah Pak Lui beliau (Pia) ikut menghadirinya. Perkara ini tidak menghairankan kerana perhubungan erat sesama penduduk kampung. Sekarang mungkin perkara ini sukar untuk berlaku lagi disebabkan perubahan cara bersosial masyarakat mengikut peredaran masa. Isteri Pia juga telah lama meninggal lebih dari 20 tahun yang lalu. Apa yang diingati isterinya susuk badannya agak besar dan seorang yang peramah. Apapun nampaknya generasi orang lama yang berbangsa cina disekitar Kampung Dusun Buluh makin berkurang dan diganti dengan generasi baru yang berfikiran baru. (B2014KDB01)

Sunday, October 12, 2014

Memohon Sumbangan Derma Baik Pulih Madrasah (Surau) Dusun Buluh 16600 Pulai Chondong Kelantan bolehlah menghubungi dan menyalurkannya kepada Haji Lah 0139216058 dan Ustaz Hamdhan 0192406658 atau Bank Islam Malaysia Berhad 03045010034627




Pada penderma yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi dan menyalurkannya kepada Haji Lah 0139216058 dan Ustaz Hamdhan 0192406658 atau Bank Islam Malaysia Berhad 03045010034627 Sebarang sumbangan sudah pasti mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt.Kepada penderma terutama warga Kampung Dusun Buluh samada berada dikampung atau diperantauan inilah peluang keemasan membantu mana yang termampu dari lebihan rezeki yang diberi olehNYA. Jika diperhatikan madrasah adalah juga menjadi mercu tanda kepada sesuatu kampung tersebut tambahan pula ia berada ditepi jalan yang mudah dapat dilihat. Sebarang usaha murni yang digerakkan oleh individu tertentu untuk membaik pulih madrasah ini amat disanjung tinggi. Sedikit latar belakang madrasah ini yang jika disorot pada posting terdahulu http://dsnbuluh.blogspot.com/2009/06/balai-sah-madrasah-kampung-dusun-buluh.html dan http://dsnbuluh.blogspot.com/2010/04/di-balai-sah-kampung-dusun-buluh.html

Friday, August 29, 2014

Bukit Putih

Yang nampak seakan-akan satu lembaga manusia sedang terbaring dibaluti kain putih didalam bukit itu ialah tempat kuari batu. Ia amat ketara nampak dari kejauhan. Bagi penduduk sekitar ia adalah pemandangan biasa mungkin sudah lebih 50 tahun yang lalu.

Thursday, August 14, 2014

Tin Biskut

Tin biskut dari dulu sampai sekarang sama bentuknya yang berubah cuma dulu cerminnya dari kaca dan sekarang dari plastik. Dulu tin ini diisi dengan biskut yang popularnya ialah biskut lenga, meri, tawar besar dan kecil, biskut masin (yang bentuknya bulat kecil dari biskut meri) dan juga biskut 'kapit'? Biasanya yang membeli biskut dalam tin ini ialah tuan punya kedai runcit dikampung-kampung. Tin ini juga sesuai diisi dengan keropok keping goreng oleh penjual colek keropok.

Tuesday, August 5, 2014

Pemakan Rumput

Jika bebudak memelihara lembu walau bukan sepenuh masa tapi tugasnya agak berat juga. Antaranya diwaktu pagi hendaklah membawa keluar dari bawah rumah (kandang) kekawasan berumput. Hendaklahlah dialih beberapa kali dan diberi minum. Jika perlu diberi makan batang pisang atau mencerut rumput. Kalau perlu dimandikan jika berdekatan dengan sungai. Biasanya yang memandikan lembu didalam sungai ialah penternak berbangsa cina yang terkenal rajin. bila semua sudah selesai dekat malam dibawa masuk balik kebawah rumah. Inilah tugas budak-budak sebagai membantu ibu bapa dari segi ekonomi yang tidak terniat pun minta dibalas dengan wang ringgit yang mana kadang-kadang tidak tahu atau tidak ambil tahu pun samada lembu itu dijual atau disembelih dibuat korban hari raya. Apa yang penting tugas telah dilaksanakan walaupun tidak memuaskan hati ibu bapa. Jika difikir-fikirkan balik banyak juga sumbangan budak-budak ini kepada ibu bapa mereka walau kadang kala mereka tidak menyedarinya. Itu belum lagi dengan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa kesemasa atau tugas itu memang telah ditetapkan.Mungkin kehidupan mereka dulu berbeza dengan budak generasi sekarang yang berlaian gajet yang mereka miliki atau mainkan.

Wednesday, April 30, 2014

Masjid Al Amin Mukim Kerawang 16600 Pulai Chondong Kelantan

Mungkin ada antara kita yang tidak tahu nama masjid ini terutama kepada yang telah tidak lagi bermukim disini. Lagi pun masa dulu mungkin belum diberi nama atau memang kita tidak ambil tahu. Atau juga kerana mungkin dahulu tiada papan tanda depan masjid atau memang kita terlepas pandang tidak melihatnya atau lihat tapi tidak fokus. Apapun ianya jarang disebut nama tersebut atau memang bukan cara kita menyebut dengan namanya. Apa yang pasti disebut Masjid Kerawang atau Masjid Kampung Surau Kerawang. Kerana biasanya orang kita akan sebut masjid dan kampung sebab kampung lah yang membezakan nama antara satu masjid dengan masjid yang. Contohnya Masjid Kampung Laut, Masjid Sungai Durian dan lainnya.

Saturday, March 1, 2014

Takziah Dan AlFatihah

Dengan sedih diberitakan Pakcu Soh Kampung Dusun Buluh telah kembali kerahmatullah tiga empat hari yang lepas. Salam takziah kepada ahli keluarga allahyarham. Ceritanya ada juga ditulis didalam blog ini walaupun tidak berapa lengkap. Allahyarham ini berbesan dengan Pak Da Lah ayah Abang Deraman. Pak Da Lah pula saudara dekat dengan Mak Teh Embong Pak Latif. Itu sebab Pakcu Soh erat dengan keluarga Mak Teh Embong. Jadi anak-anak Pak Man Cek Yoh juga bersaudara dengan anak cucu Mak Teh Embong. Sebenarnya hampir semua warga Kampung Dusun Buluh itu bersaudara antara satu sama lain cuma generasi muda tidak atau kurang mengetahuinya. Oleh itu cuba-cubalah tanya pada orang yang lebih tua salasilah masing-masing agar tahu serba sedikit asal usul agar semakin erat silaturahim, lebih mesra dan timbul rasa hormat menghormati antara satu sama lain serta lebih mengenali. Didoakan semoga Roh Allahyarham ditempatkan oleh Allah di Syurga Almaawa. Aamiin

Saturday, February 1, 2014

Sarang Burung

Rasanya ini anak burung yang dipanggil burung caknik, Suatu masa dulu adalah juga berminat memelihara anak burung seperti ini. Mula-mula kenalah berusaha mencarinya disekeliling belukar dalam kampung kalau perlu memanjat pokok kenalah panjat. Bila sudah mendapat biasanya akan dibawa balik dan dibuat seakan sarang burung asli dan dimasukkan dalam sangkar burung, Seterusnya akan diberi makan beras dicampur air atau pun belalang. Bila sudah agak boleh terbang akan dilepaskan terbang dan akan dipanggil dan akan datang balik. Apa yang agak menyedihkan apabila ia sudah mahir terbang dan sudah besar dan sudah dapat kawan baru maka akan pergi begitu saja dan tidak balik lagi.