Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, August 18, 2012

Salam Edulfitri

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya edulfitri kepada pembaca blog Kampung Dusun Buluh dengan memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan semasa mengendalikannya. Kenangan masa budak berkenaan hari raya ini yang sukar dilupakan memang banyak jika ingin diBARIkan yang semuanya indah-indah belaka. Mercun, meriam buluh, tuppat, seluar baju baru, duit raya, tengok wayang, beraya rumah kerumah, naik bas, makanan yang istimewa, bermain tikam-tikam dan lainnya. Kemeriahan hari raya bermula dibulan Ramadan lagi dan kemuncaknya diawal Syawal. Inilah hadiah dari Yang Maha Esa pada hambanya. Ramadan telah pergi meninggalkan kita dan akan kembali yang belum tentu kita akan ada kesempatan menemuinya lagi. Ramadan yang diutus olehNYA tanpa gagal mendidik kita siang dan malam akhirnya melambai tangan berlalu pergi.

2 comments:

  1. SHR dan MZB dari saya juga.. lama tak dengar perkataan 'BBARI'.. arwah nenek saya yang selalu guna dulu2..

    ReplyDelete
  2. Bbari cuma jarang disebut tapi masih difahami maknanya.SHRA dari dbuluh

    ReplyDelete