Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Tuesday, September 13, 2011

Foto Murid Sekolah Kebangsaan Bandar

Semua yang berada didalam foto ini masih dapat dikenali cuma ada nama yang sudah tidak diingati. Antara yang diingati nama adalah yang berasal dari Kampung Dusun Buluh iaitu Zaitun Ismail dan rasanya Fauziah Abdullah. Zaitun ialah puteri kepada Ismail dan Hawa. Fauziah pula puteri kepada Abdullah dan
kakak kepada Suriano. Foto ini juga hampir berusia 40 tahun. Zaitun dan Fauziah pula meneruskan persekolahan peringkat menengah di SMAS sekolah yang sama dengan daku. Zaitun pernah juga menjadi ketua darjah dan adakalanya pernah menegur
apa-apa kesalahan yang daku lakukan semasa dalam kelas. Murid yang lain tidak pernah dijumpai lagi dan dimana mereka sekarang. Lagi sekali diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada puteri kepada Cikgu Hamidah atas kesudian beliau berkongsi foto ini.

2 comments:

  1. dulu ada banyak jugak gambar2 tentang sk bandar tapi byk yg dah rosak sebab kami banyak berpindah randah dulu mengikut ayah saya bertukar sekolah. 1998 baru lah dia org balik kelantan semula selepas ayah saya pencen.

    ReplyDelete
  2. t kasih atas foto yg dihantar. dsn buluh

    ReplyDelete