Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Tuesday, July 26, 2011
Ragi
Ragi ialah bahan utama untuk membuat tapai samada ubi atau beras dan juga untuk buat air tapai. Ragi ini dibuat secara tradisional dan perlu dipelajari dan memerlukan kemahiran tinggi tidak seperti membuat kuih. Ini kerana jika membuat kuih bila diadun dan dibakar ia akan tetap menjadi kuih apa yang membeza samada ia sedap atau tidak atau mungkin ia menjadi 100 peratus atau mungkin menjadi 70 peratus sahaja dari standard yang dikehendaki. Tapi bagi membuat ragi ia lagi rumit kerana jika campuran bahan ragi tidak betul maka tapai tidak akan menjadi walaupun cara membuat tapai sudah betul. Jadi setiap kali ragi dibuat pembuat akan mencuba dulu ragi tersebut dengan membuat tapai dan bila ia menjadi barulah boleh ragi dijual. Di Kelantan tidak ramai yang mengusahakan membuat ragi secara kecilan dirumah. Mungkin di posting akan datang akan dimuatkan cara-cara membuat ragi.
Monday, July 18, 2011
Jasa Ibu
Jasa Ibu
Ketika berusia setahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuhrasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucapterima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkanterima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : Tak nak ! Taknak !
Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja.. kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "Itu bukan urusan ibu".
Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu ".
Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut "ibu , tooooolongglah"
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden.."
Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"
Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak. Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu?
Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.Ya Allah...hindari aku dari menjadi anak derhaka, ampunkan aku Ya Allah, beri aku kekuatan kelapangan dan peluang untuk menjaga ayahbondaku, sesungguhnya Ya Allah aku amat menyayangi mereka, Ya Allah jangan kau ambik merekan tatkala ingin ku layarkn sekuntum kucupan didahi mereka....jangan kau ambil mereka tatkala ikatan pelukan ku semakin erat..aku menyintai mereka Ya Allah..kekalkanlah setiap denyutan nadiku dalam keredahaan mereka Ya Allah....kerana ku tahu keredhaan mereka adalah keredhaan Mu.....
Ya Allah jangan kau ambil mereka ya Allah..aku masih memerlukan mereka ,Ya Allah, aku masih mengemis kasih dan doa mereka, Ya Allah kau layarkan lah segenap barakah mu dilangit dan dibumi untuk ibu dan ayah tercinta Ya Allah aksihani mereka Ya Allah, sesugguhnya tempatkan mereka bersama para solihin di Jannatul Firdaus Ya Allah..

Nota: Bahan tulisan diambil dari http://emafa.blogspot.com/
dan foto adalah gambar hiasan.
Monday, July 11, 2011
Murid Perempuan Sekolah Kebangsaan Bandar (SKB) Pulai Chondong.
Foto yang dipaparkan diblog ini kali ini begitu berharga sekali bagi sesiapa yang pernah belajar di SKB sekitar tahun 70an apalagi pada mereka yang sedarjah dengan mereka yang berada didalam foto ini. Walaupun rakan lain yang sekelas dengannya tiada dalam foto ini tapi sudah cukup mereka ini mewakili kami buat kenang-kenangan dizaman bebudak yang terindah di SKB. Wajah mereka ini masih diingati cuma ada yang namanya sudah tidak diingati. Mungkin penjenguk blog ini ada yang masih ingat nama mereka. Berdiri dari kiri kekanan ialah Normah, Kartini, xxxx, Norma, xxxx dan yang duduk kiri kekanan ialah xxxx, xxxx, Zaharah Che Lah, xxxx. Norma berasal dari Kampung Dusun Buluh dan dikira bertuah ketika itu dan kami pun turut berbangga kerana beliau pernah mewakili pasukan bola jaring untuk bertanding dluar dari negeri Kelantan. Terima Kasih juga kepada Haslina Puteri Cikgu Dah yang sudi berkongsi foto ini dengan kita semua.
Wednesday, July 6, 2011
Monday, July 4, 2011
Rumah Mat Rih Pengkalan Kiat
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)