Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Tuesday, July 26, 2011

Ragi

Ragi ialah bahan utama untuk membuat tapai samada ubi atau beras dan  juga untuk buat air tapai. Ragi ini dibuat secara tradisional dan perlu dipelajari dan memerlukan kemahiran tinggi tidak seperti membuat kuih. Ini kerana jika membuat kuih bila diadun dan dibakar ia akan tetap menjadi kuih apa yang membeza samada ia sedap atau tidak atau mungkin ia menjadi 100 peratus atau mungkin menjadi 70 peratus sahaja dari standard yang dikehendaki. Tapi bagi membuat ragi ia lagi rumit kerana jika campuran bahan ragi tidak betul maka tapai tidak akan menjadi walaupun cara membuat tapai sudah betul. Jadi setiap kali ragi dibuat pembuat akan mencuba dulu ragi tersebut dengan membuat tapai dan bila ia menjadi barulah boleh ragi dijual. Di Kelantan tidak ramai yang mengusahakan membuat ragi secara kecilan dirumah. Mungkin di posting akan datang akan dimuatkan cara-cara membuat ragi.

2 comments:

  1. salam drpd kito ore kg bandar.. terjumpo blog ni, stedi2.

    ReplyDelete
  2. wssalam kpd ore kg bandar semoga semuanya stedi sokmo. dsnbuluh

    ReplyDelete