Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, December 29, 2009

Pelaga Buah Getah


Pelaga buah getah ialah bila datang musim buah getah. Semua kita budak yang dikampung tahu sekarang musim apa dan lepas ini musim apa pula. Walaupun tiada jadual khas sepanjang tahun tetapi sepanjang tahun jadual permainan dan aktiviti sudah penuh. Contoh jika musim bah otomatik bermain air, cari ikan dan lain yang berkaitan dengannya. Selepas musim bah pula pergi tinjau tempat kena bah pula dimana apa harta benda yang musnah dan begitu seterusnya. Jika musim tanam padi ada aktiviti cari ikan masa bergala. Jadi aktivitinya banyak dan tidak cukup 12 bulan pusingan semua penuh. Apa pun semua aktiviti ini semuanya melibatkan rakan sebaya, bersama dewasa dan jarang berseorangan. Itu yang membuat kita lebih bermain dari belajar. Tapi sekolah jarang tidak hadir kecuali sakit demam sahaja sebab disekolah pun bermain juga. Tentang belaga getah ini biasanya buah getah kulit tebal dan faktor bentuk akan
menang. Kedudukanbuah getah pula masa hendak dipelaga akan memberi kelebihan untuk menang bagi buah getah yang berada diatas dan tuan punya buah getah diatas akan memperlaga kedua-dua buah getah tersebut. Itu jika ikut tatacaranya.
Posted by Picasa

Friday, December 25, 2009

Ubat Gigi



Jika masa budak dulu jarang-jarang kita menggosok gigi. Jika tiba hari raya pula setelah mendapat ubat dan berus gigi percuma disekolah maka keraplah kita menggosok gigi sehingga ubat gigi pun dimakan kerana jarang-jarang berjumpa. Begitulah berbeza dengan budak-budak sekarang. Jadi untuk memutihkan gigi yang berwarna kuning atau berkarat kerana lama tidak digosok timbul kreativiti dengan cara ditumbuk halus arang kayu dengan garam buku dan digosok dengan jari. Jadi nampaklah sedikit putih dari sebelumnya. Tapi tidak dilakukan setiap hari cuma sekali sekala sahaja. Arang biasanya diambil dari atas dapur kayu dirumah.
Posted by Picasa

Monday, December 21, 2009

Pacat dan Tembakau

Jika dikampung pacat ada dimana-mana kawasan bersemak terutama musim hujan. Pacat ini akan mencari darah mangsa samada manusia atau lembu. Jika lembu biasanya dicelah kuku kaki. Dahulu jarang penduduk kampung ada tandas khas. Jadi jika ingin membuang air besar akan ke dalam belukar/ghok dibelakang rumah dan masa ini pacat akan mengganggu. Tembakau darat pula jika dibasahkan dengan air dan disapu ketempat pacat menggigit akan senang ditanggalkan. Tapi jika pacat sudah kenyang ia akan
jatuh sendiri. Juga seeloknya disapu dahulu kebahagian kaki/betis maka pacat tidak akan menggigit. Apa pun kita budak-budak memang sudah biasa dengan pacat dan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan di kampung. Kadang-kadang untuk menghapus pacat ini bermacam cara dilakukan seperti membakarnya ke pelita minyak gah dan akan menggelembung terus meletup pacat tersebut. Itulah kreativiti yang ada masa tersebut semuanya jadi permainan dan hiburan. Ada juga yang mengatakan secara teorinya pacat boleh dibuat valve tiub basikal tapi tidak pernah pula daku melihatnya.
Posted by Picasa

Thursday, December 17, 2009

Rumah Kayu Lama Guru Sekolah Kebangsaan Bandar

Rumah guru ini sekarang telah dipenuhi semak samun dan tidak didiami lagi. Terdapat 2 buah rumah kayu semuanya. Jika dahulu kawasan ini bersih dari semak samun. Disekitar kawasan ini dahulu pernah diadakan perlawanan kertuk antara tim Dusun Buluh melawan Beta Hulu atau mungkin Pangkal Kerdas Labok. Dikawasan ini juga masa darjah satu atau dua ada terdapat sebuah kantin bangunan kayu. Juga murid diajar menanam sayuran diatas batas seperti sawi/lobak waktu petang dikawasan sebelah kantin tersebut.
Posted by Picasa

Saturday, December 12, 2009

Sisa

Sisa ialah pemberian buah tangan semasa menghadiri majlis kenduri perkahwinan. Jika dahulu jika hendak kemajlis tersebut biasanya kaum ibu akan membawa bahan seperti gula dan dimasukkan kedalam pinggan dan dibungkus dengan kain seperti sapu tangan. Biasanya sebagai balasan akan diletakkan dalam pinggan tersebut biskut meri dan akan dibawa pulang. Kita budak-budak macam biasa sedia menunggu sisa ini.
Posted by Picasa

Tuesday, December 8, 2009

Cacing Liar

Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar. Kenapa kita panggil dia cacing liar mungkin bila menggali dengan cak cangkul dan terputus dua maka ia akan melompat-lompat dan kelihatan liar.

Wednesday, December 2, 2009

Kedai Jahit Esik Mata Ayer Pulai Chondong



Beliau(Esik) ialah seorang tukang jahit berbangsa cina seawal tahun 60an berdekatan dengan Kedai Mata Ayer ditepi jalan sebelum balai Polis sebelah kiri jika datang dari Kemubu. Mula menjahit tahun 1961 dan membuka kedai jahit tahun 1965 . Sekarang berumur 68 tahun dan mempunyai 5 orang anak . Jika dahulu awal tahun 70an daku pernahlah menempah seluar pendek biru sekolah dengan beliau dikedai ini. Hati punya seronok tidak terkira kerana dapat seluar baru.Jika dulu kita panggil seluar potong jika kita menempahnya dikedai jahit. Tapi baju pula kita tidak menempahnya demi menjimat kos jadi cukup dengan membeli yang sudah siap. Jika kita beli yang sudah siap dimasa itu mutunya kurang berbanding yang ditempah dimana senang koyak ditempat jahitan (bekah) tapi harganya murah. Jadi jika kesekolah dengan memakai yang ditempah kira satu kebanggaan dan bersemangat lebih. Sekarang beliau masih menjahit dengan membuat alter.
Posted by Picasa