Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Tuesday, December 29, 2009

Pelaga Buah Getah


Pelaga buah getah ialah bila datang musim buah getah. Semua kita budak yang dikampung tahu sekarang musim apa dan lepas ini musim apa pula. Walaupun tiada jadual khas sepanjang tahun tetapi sepanjang tahun jadual permainan dan aktiviti sudah penuh. Contoh jika musim bah otomatik bermain air, cari ikan dan lain yang berkaitan dengannya. Selepas musim bah pula pergi tinjau tempat kena bah pula dimana apa harta benda yang musnah dan begitu seterusnya. Jika musim tanam padi ada aktiviti cari ikan masa bergala. Jadi aktivitinya banyak dan tidak cukup 12 bulan pusingan semua penuh. Apa pun semua aktiviti ini semuanya melibatkan rakan sebaya, bersama dewasa dan jarang berseorangan. Itu yang membuat kita lebih bermain dari belajar. Tapi sekolah jarang tidak hadir kecuali sakit demam sahaja sebab disekolah pun bermain juga. Tentang belaga getah ini biasanya buah getah kulit tebal dan faktor bentuk akan
menang. Kedudukanbuah getah pula masa hendak dipelaga akan memberi kelebihan untuk menang bagi buah getah yang berada diatas dan tuan punya buah getah diatas akan memperlaga kedua-dua buah getah tersebut. Itu jika ikut tatacaranya.
Posted by Picasa

1 comment:

  1. norhayati said...

    kat kampung pulai condong tu ada tak nama samihah ahmad...kawan saya masa kat kolej islam kelang tahun 1980 - 81...dah terputus hubungan. dia kata dia orang pulai condong..dia ada sorang abang samalah masa belajar kat kolej islam tu gak...

    COMMENT INI DATANG DARI SEORANG PENGUNJUNG YANG DIBUAT DI TAJUK POKOK PALAS (BULAN JUN) PADA 21 DIS 09. JIKA ADA YANG KENAL BOLEHLAH TOLONG. DARI DUSUN BULUH.TK

    ReplyDelete