Mungkin kereta sport model inilah milik Cikgu Hamidah masa beliau mengajar di sekolah Kebangsaan Bandar diawal tahun 70an. Kereta merah ini yang dipandu beliau akan lalu diatas jalan raya yang baru siap di Kampung Dusun Buluh setiap pagi hari sekolah. Kadang-kadang beliau akan singgah beli nasi belauk/kerabu di kedai kopi Kampung Dusun Buluh. Suami beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Him (Ibrahim). Daku pernah sekali kerumahnya ditahun tersebut atas urusan apa tidak diingati lagi. Jika tidak silap rumahnya dua tingkat tepi jalan dekat klinik Pulai Chondong. Beliau ini dikira mesra dengan murid-murid kerana senang tersenyum dan tidaklah garang. Dahulu cuma ada 2 guru perempuan iaitu seorang lagi Ustazah Jah atau Ustak Jah.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
cikgu faridah tu ialah cikgu hamidah.. suaminya cikgu ibrahim..
ReplyDeletet/asih atas pembetulan, tapi model keretanya betulkan. Apa khabar cikgu Hamidah sekarang. Mungkin boleh berikan sedikit perkembangan. Cikgu hamidah seorang yang sangat baik hati dan masa pergi kerumahnya dahulu kami dilayan begitu baik sekali. Ini mesti puteri mereka berdua. Dari dsn buluh
ReplyDeletemodel kereta memang betul. MIG midget. skrg cikgu dah dan cikgu him menetap di taman guru, kota bharu.. rumah di pulai chondong telah dijual.
ReplyDeletesaya mendoakan mereka berdua sekeluarga sentiasa dirahmati Allah swt serta diberi kesihatan yg terbaik. Jasa Cikgu Hamidah sentiasa dikenang/diingati dan diucapkan terima kasih. Rumah cikgu yg saya pergi dulu berada ditepi jalan sekitar pej pos depan klinik. dibelakangnya pula kebun getah. Dari dsn buluh
ReplyDelete