Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Thursday, October 15, 2009

Honda Cup


Motosikal Honda 70 cc jika ditahun 70an dikira sudah memiliki kenderaan yang selesa untuk kesana kemari. Pada masa itu model ini amat popular. Jika sebelum itu ialah 50 cc. Jika di Kedai Pulai Chondong ada satu woksyop motor yang sebaris dekat dengan Tok Kong cina. Jika di Kampung Dusun Buluh pula dahulunya Pak Cik Soh ayah Fauzi baru membeli motor ini dan ia sentiasa meletak/park motor yang baru dibeli dekat kedai mee Ismail menantu Pak Mejah sebelah petang. Jadi kita orang sempatlah melihat-lihat nya dan jadi tontonan kerana baru dibeli dan masih berkilat dalam kertas. Begitu juga dengan Pak Lui ayah Ila pun ada motor ini yang digunakan untuk bekerja di sawmill Pulai


Chondong. Jika di Kedai Pulai Chondong ramai pemiliknya.

Di Surau Kerawang motor jenis ini juga ada dimilikki oleh Ustaz Mat yang mengajar diseberang mungkin sebelah Tanah Merah dan beliau selalu berulang alik melalui Penambang Pengkalan Kiat. Sekarang motor ini sudah naik harga kerana permintaannya tinggi.


Posted by PicasaPokok getah pagi ditoreh
Diatas bukit pula mendaki
Honda cup serba boleh
Berjasa dulu hingga kini

No comments:

Post a Comment