.jpg)
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Saturday, April 25, 2009
kedai cik su-kampung sungai keladi
.jpg)
Sunday, April 19, 2009
sempadan kampung mata air
.jpg)
kampung ini dulunya dieja dengan mata ayer. dalam foto ini menunjukkan jalan dari kemubu ke pangkal gong. ini adalah sempadan antara kampung dusun buluh dan kampung mata air. permulaan kampung ditepi jalan ini terdapat dahulunya rumah kedai Palla(cina) dan isterinya Bunga yang mana anaknya kahwin dengan anak Mek Baru yang bernama Echung. selepas itu rumah Awang cina yang dulunya adanya ada pickup datsun. rumah inilah tempat kita orang menonton TV. ini kerana hanya tempat ini yang ada TV dengan menggunakan generator terutama waktu malam lepas maghrib. apa lagi jika malam sabtu ada cerita melayu maka ramailah penontonnya disekitar laman rumahnya. ada yang datang sejauh dari kampung kerawang. tempat dan rumah ini ketika itu memang meriah tambahan ada kedai Palla disebelah. tapi bagi kita budak-budak ada satu cabaran melalui tempat ini kerana akan diganggu dengan salakkan anjing dan ada masa pula akan dikejarnya. itu pun jika disalak kita cuba lari. itu berlaku terutama jika seorang diri. jadi untuk lalu seorang diri kena fikir dua tiga kali. jika dalam kumpulan ramai selesai masalah. maklumlah masa tu mana ada lampu jalan dan lainnya. dan kedai Palla ada menjual pelbagai barang runcit. kedai ini makin meriah bagi budak-budak bila datangnya hari raya. ini kerana akan disediakan pelbagai jenis permainan tikam menikam. kadang-kadang kita pun siap beli dengan dia satu dua papan dan cari pelanggan sendiri. hadiahnya macam-macam seperti jam loceng, pistol air juga pistol yang meletup menggunakan gulungan/lingkaran berwarna merah, itu yang berbentuk barangan. jika hadiah yang berbentuk wang ada yang seringgit, 50 sen dan lainnya. satu tikaman 5 sen, kat sini kadang-kadang ada kelam kabut sikit tambahan ada masing-masing mengatakan nombor dia kena. jadi Palla kena cekap mengawal keadaan dan cuba elakkan dari berlaku penipuan. jadi nampaknya kadang-kadang duit raya kita habis kat penikam ini. juga yang tinggal kat sempadan ini ialah cik limah cina. masih diingat Palla ni asal dia dari negara cina dan sentiasa membaca surat khabar cina. dan bila kekedainya akan sentiasa menunjukkan gambar-gambar yang terdapat didalamnya dengan cuba menterjemahkannya. satu hari yang menyedihkan baginya ialah semasa Mao Tze Tong meninggal dunia dengan menunjukkkan surat khabar yang banyak menyiarkan gambar beliau. jadi sedikit sebanyak dapatlah kita berkongsi berita dengan beliau. sekarang ini itu semua sudah tiada, awang pun tiada, palla dan bunga pun tiada. cik limah pun sudah tua.
Wednesday, April 15, 2009
bandar baru jaya gading kuantan
.jpg)
pekan ini terletak depan kem batu 10 kuantan
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Saturday, April 11, 2009
pengkalan kiat
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Saturday, April 4, 2009
foto depan rumah pak nik wil kampung kubang tebit.
.jpg)
jika ditahun 60an dan awal 70an dikawasan ini meriah kerana pelbagai aktiviti dijalankan. tempat ini adalah sawah padi dan jika musim tanam padi ada aktiviti mengail ikan puyu, haruan, keli dan sepat. bila ada kesempatan bila pergi memancing dalam bendang dan bila asyik sangat maka kadangkadang kita masuk dalam bendang dan ini sedikit sebanyak akan merosakkan tanaman padi. ini yang membuatkan tuan bendang kurang senang. tempat ini juga digunakan setahun sekali sebagai tempat mengadakan perhimpunan ramai-ramai dengan masing-masing membawa pulut telur dalam pinggan dan dikumpulkan, lepas itu diadakan pula solat hajat dipadang ini. selepas solat kita budak-budak pun menjamu selera makan mana yang ada tapi dengan syarat tidak boleh dibawa balik makanan tersebut. apa yang kontra dengan memohon kepada Allah swt ada juga amalan tidak baik seperti 'jammu' kepada makhluk halus. persiapan jammu diadakan satu 'acak' disangkut pada pokok. dalam acak ada patung binatang dibuat dari tepung diuli dan ada darah ayam. tapi acak tujuannya untuk diletak dikawasan tertentu bagi menjamu makhluk halus. jadi kita budak-budak tahu perkara ini berlaku dan menganggap ia perkara biasa amalan orang dulu-dulu. sekarang kawasan ini seperti tidak lagi ditanam padi tapi jadi kawasan lapang. jadi mungkin untuk menghilangkan acara jammu ini maka tok-tok lebai kita dikampung cuba mengubah amalan syirik ini dengan mengadakan solat hajat di kawasan ini. dan ini satu pendekatan yang berhemah bagi membetulkan akidah.
.jpg)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...