Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, April 4, 2009

foto depan rumah pak nik wil kampung kubang tebit.


jika ditahun 60an dan awal 70an dikawasan ini meriah kerana pelbagai aktiviti dijalankan. tempat ini adalah sawah padi dan jika musim tanam padi ada aktiviti mengail ikan puyu, haruan, keli dan sepat. bila ada kesempatan bila pergi memancing dalam bendang dan bila asyik sangat maka kadangkadang kita masuk dalam bendang dan ini sedikit sebanyak  akan merosakkan  tanaman padi. ini yang membuatkan tuan bendang kurang senang.  tempat ini juga digunakan setahun sekali sebagai tempat mengadakan perhimpunan ramai-ramai dengan masing-masing membawa pulut telur dalam pinggan dan dikumpulkan, lepas itu diadakan  pula solat hajat dipadang ini. selepas solat kita budak-budak pun menjamu selera makan mana yang ada tapi dengan syarat tidak boleh dibawa balik makanan tersebut. apa yang kontra dengan memohon kepada Allah swt ada juga amalan tidak baik seperti 'jammu' kepada makhluk halus. persiapan jammu diadakan satu 'acak' disangkut pada pokok. dalam acak ada patung binatang dibuat dari tepung diuli dan ada darah ayam. tapi acak tujuannya untuk diletak dikawasan tertentu bagi menjamu makhluk halus. jadi kita budak-budak tahu perkara ini berlaku dan menganggap ia  perkara biasa amalan orang dulu-dulu. sekarang kawasan ini  seperti tidak lagi ditanam padi tapi jadi kawasan lapang. jadi mungkin untuk menghilangkan acara  jammu ini maka tok-tok lebai kita dikampung cuba mengubah amalan syirik ini dengan mengadakan solat hajat di kawasan ini. dan ini satu pendekatan  yang berhemah bagi membetulkan akidah.
Kubang Tebit kampung dikenali
Suasan meriah pagi dan petang
Hidup didunia hanya sekali
Sediakan bekalan untuk dibentangPosted by Picasa

No comments:

Post a Comment