Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Wednesday, May 31, 2023
Makteh Embong
1. Arwah Makteh Embong ialah seorang peniaga kedai runcit di Kampung Dusun Buluh. Rumahnya dan kedainya bersebelahan dengan Balai Sah Tok Lebai Husin. Suami arwah bernama Pakteh atau Abdul Latif. Arwah kembali kerahmatullah sekitar tahun 1995. Sekitar awal tahun 70an arwah menunaikan fardhu haji ke Mekah. Arwah suami Makteh Embong kembali kerahmatullah lebih awal mungkin sekitar akhir tahun 50an. Adik beradik arwah Makteh Embong seperti pakmuda hamad, mak yam, mak nab, mak sar. Anak arwah seperti Zainab, Halimah, Rahmah, Minah dan Yaakob. (31 Mei 2023) 21:21 malam
Monday, May 22, 2023
Pak Muda Hamad
1. Arwah Pak Muda Hamad tinggal di Pengkalan Kiat dan rumahnya hingga kini masih berada ditempat yang sama. Arwah dahulunya kerjanya tidak berapa pasti tetapi selepas kematian isteri sekitar hujung tahun 60an beliau mula berhijrah ketempat lain antaranya di Sungai Durian Kuala Krai. Nama isteri arwah ialah Mariam atau kalau tidak silap dipanggil Maksu Yam. Maksu Yam pernah mengajar mengaji AlQuran kami kanak-kanak dan ia guru pertama saya. Dihari kematian Maksu Yam dikala pengurusan jenazah rasanya itulah kali pertama saya menatap wajah orang yang telah meninggal dunia diusia bawah 9 tahun dan wajah itu hingga kini masih kelihatan diingatan. Suasana sayu serta agak takut untuk menatap wajah jenazah yang terbujur kaku tetap terpahat diperasaan. Adik beradik arwah antaranya ialah Zainab, Maksar, Embong, Mariam dan Ismail (jika tidak silap).
2. Anak arwah ialah Enon suaminya Abdullah di Bukit Panau. Fauziah suaminya Man. Omar, Jaya dan Zaitun. Arwah Pak Muda ini sifatnya amat baik dari segi menjalin silaturahim dengan saudara mara terutama dengan anak-anak saudara beliau. (22 Mei 2023) 10:27 malam
Friday, May 19, 2023
Pakcu Ali
1. Arwah Pakcu Ali ialah suami kepada Makyam. Beliau ialah seorang seorang pengusaha perahu penambang di Pengkalan Kiat. Adik beradik beliau yang saya diketahui ialah Mustafa suami Maksar. Anak-anak beliau seperti Mohamad (Keratong, Husin (Kg Laha) Aminah (Chekok), Zainab (Chekok), Siti (Bukit Panau, Fauziah (Laloh), Rohani (Dusun Buluh) dan Ruzmi (Dusun Buluh). Dahulu rumahnya di Pengkalan Kiat kemudian sekitar tahun 70an berpindah ke Kampung Dusun Buluh ditepi jalan utama. Beliau kembali kerahmatullah mendahului arwah Makyam. Cucu-cucu beliau antaranya Salma, Sotar dan Fauzi.
2. Itu secara ringkas tentang arwah dan pernah bersembang ketika beliau telah berpindah kerumah baru. Ketika dirumah lama rasanya tiada peluang untuk sembang santai kerana umurku masih belum baligh lagi. Apa yang disembang sudah tidak diingat lagi. (19 Mei 2023) 9:05 malam
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...