Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, June 28, 2011

Menoreh Di Pengkalan Kiat


Beliau yang dikenali Pakcu Kotai tinggal berhampiran Pengkalan Kiat dan dikenali sekitar Kampung Dusun Buluh kerana seorang yang peramah dan mempunyai suara yang nyaring bila bercakap. Beliau dahulu jika hendak kemana-mana akan sentiasa berbasikal . Dahulu juga jika dimusim durian beliau akan lebih sibuk membawa buah durian untuk dipasarkan atau diedarkan kepada peraih durian dengan menggunakan basikalnya. Disepanjang jalan bawah dari Pengkalan Kiat ke Mata Ayer memang terdapat kebun durian dan pergilah kesana jika kebetulan musim durimya kerana harganya murah. Walaupun telah berumur lebih 70an beliau masih sihat menoreh dikebunnya. Difahamkan beberapa tahun dahulu beliau terlibat dengan kemalangan dan dilanggar semasa sedang berbasikal dan sekarang kembali sihat.

Friday, June 24, 2011

Padang Bola Kampung Kubang Tebit

Jika diposting yang terdahulu padang yang menghadap rumah Makcik Yam Paknik Wil ini tiada tiang gol. Tapi sekarang nampaknya padang ini terjaga dengan rumputnya yang pendek. Jika dahulu padang ini bukan padang bola tapi rasanya tempat ditanam padi dan ada kalanya setahun sekali tempat sembahyang hajat menolak bala lepas musim mengetam padi. Dalam masa yang sama diusung pula acak untuk dijamu kepada makhluk halus atau jin kesuatu kawasan semak. Kita bebudak jika disediakan makanan seperti pulut kuning telur dan apa lagi ada ayam panggang tidak melepaskan peluang akan hadir. Dahulu juga terdapat juga padang bola berdekatan dengan rumah Mak Johari lebih kurang 350 meter alik ilir padang ini yang agak kecil berbanding padang ini.

Sunday, June 19, 2011

Masjid Bagan Mata Ayer

Masjid ini terletak berhampiran selekoh tajam bagan Mata Ayer. Ianya sederhana besar dan mencukupi untuk memuatkan jemaah ketika solat Jumaat. Inilah satu-satunya masjid yang terletak ditepi jalan raya sepanjang jalan dari Kemubu ke Pangkal Gong. Masjid lain seperti Laha, Surau Kerawang, Pangkal Nering semuanya berada didalam kawasan perkampungan masing-masing. Inilah antara keistimewaan masjid ini selain bentuknya yang menarik yang tentunya antara mercu tanda kampung ini.
Posted by Picasa

Tuesday, June 14, 2011

Mesin Getah Kampung Pangkal Gong

Mesin getah ini terletak ditepi jalan kampung menuju ke Kampung Bukit Pangkal Gong berhampiran simpang ke Masjid Pauh Lima. Apa yang ada sekarang cuma bekas tinggalan dan tidak digunakan lagi. Jika dahulu tahun 70an tempat ini sentiasa sibuk sebagai tempat memesin getah keping. Difahamkan dahulu ianya kepunyaan syarikat atau mungkin juga koperasi. Mungkin pada generasi sekarang jika melihat mesin ini ianya tidak dapat menggambarkan apa yang pernah berlaku pada mesin dan tempat ini. Apa pun daku pernah kesini menolong nenek memusingkan mesin ini.

Saturday, June 4, 2011

Air Botol

Botol air saksi ini sejak dari dulu popular. Yang masih diingat suatu masa lama dahulu kisah air ini ialah ada seorang tetamu yang dikira dihormati telah datang kerumah maka air dari jenis dalam botol ini telah dihidang kepadanya. Air ini pula dihidang menggunakan cawan dan piring. Cuma waktu itu bukan air saksi tapi air oren warna kuning. Selepas tetamu beredar maka ada lebihan dalam botol maka daku sempat meminumnya. Alangkah enaknya air oren tersebut sehingga sekarang masih diingati.
Posted by Picasa