Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, November 21, 2011

Dataran Kedai Pulai Chondong

Di tengah-tengah dataran ini dahulunya terletak sebuah bangunan kayu 'Local Council' atau Majlis Tempatan. Bagi penduduk tempatan mereka memanggil tempat ini dengan sebutan Inggeris sahaja. Didalamnya terdapat ruang pejabat dan ruang dewan. Pejabat yang ada ialah Pejabat Penggawa yang berhadapan dengan jalan raya. Disebabkan adanya bangunan ini menjadikan ia seperti sebuah bangunan yang berada ditengah bulatan dimana kenderan terpaksa memusingnya. Didalam dewan pula jika tiada aktiviti kemasyarakatan seperti jamuan diletakkan sebuah meja pingpong. Disebabkan tiada lagi bangunan tersebut maka tempat ini kelihatan seperti sebuah kawasan datar rata yang luas . Dihadapan Pejabat Penggawa pula terdapat beberapa keret bulat berbentuk telaga untuk diisi air bagi kegunaan pihak bomba jika berlaku kebakaran. Keret-keret itu pula ditutup dengan penutup simen bulat dan kelihatan seperti meja bulat tanpa kerusi boleh dibuat tempat tempat duduk diatasnya kelihatan meriah pada waktu malam kerana ramai yang ada duduk-duduk disitu melihat pelbagai aktiviti lalulintas kenderaan juga orang lalu lalang. Keadaan kelihatan sentiasa sibuk dan tidak jemu mata memandang berada disitu dan sekitar hadapan kedai lainnya. Pendek kata tempat ini dikira pusat aktiviti ekonomi Kedai Pulai Chondong dan menyimpan pelbagai cerita bagi warganya. Jika waktu pagi ramai yang akan ke Market hariannya dan jika malam pula dihari tertentu ada pula pasar malam.

No comments:

Post a Comment