Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Monday, August 29, 2011
Salam Idulfitri
Disini daku mengambil kesempatan mengucapkan salam idulfitri kepada semua pengunjung. Jika dahulu dibulan Ramadhan kita budak-budak merasa ianya agak panjang. Ini mungkin kerana kita sangat tidak sabar-sabar menunggu ketibaan hari raya. Tambahan pula baju raya biasanya dibeli awal bulan. Jadi setiap malam sebelum tidur akan tetap setia melihat baju seluar tersebut dan sekali sekala akan mencubanya. Kemeriahan hari raya ini sebenarnya dapat dirasakan sebermula bulan Ramadhan lagi dan kemuncaknya pada hari raya pertama. Hari raya pertama dan kedua dikira meriah. Selepas dua hari tersebut kemeriahannya pun seakan berlalu pergi lagi pun sudah tiada baju baru yang hendak dipakai dan makanan utama pun sudah dihabiskan.
Monday, August 22, 2011
Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan
Tanah Perkuburan Islam ini terletak di Kampung Bagan. Kawasannya juga agak luas merangkumi lebih dari 3 ekar dan terletak tidak jauh dari tepi Sungai Kelantan. Jarak dari jalan raya kesini pula tidak sampai 1 km. Bagi penduduk Kampung Dusun Buluh pula jika ada kematian akan disemadikan di Kubur Kampung Surau Kerawang. Jadi tanah perkuburan ini bagi daku tidaklah banyak maklumat yang dapat diberikan kerana ia agak jauh dari Kampung Dusun Buluh dan tiada saudara mara yang disemadikan disini.
Monday, August 15, 2011
Kakitangan SMAS
Mereka ini adalah kakitangan selain dari tenaga pengajar Sekolah Menengah Abdul Samad (SMAS). Mereka juga bertindak sebagai kakitangan keselamatan sekolah. Masa itu kita memanggil mereka ini pakcik sahaja. Dua dari mereka ini memang dikenali dan jika berjumpa di Kedai Pulai Chondong selalu juga bertegur sapa. Tugas utama antara mereka ini ialah bekerja dan berada dikawasan sekolah pada waktu malam untuk mengawal keselamatan. Pernah juga suatu ketika daku mencuba lampu yang mereka bawa untuk berkawal yang berbentuk
empat segi warna kuning dan bila menyuluh kesesuatu arah ianya amat terang dan tajam cahaya suluhannya. Apa pun nama-nama mereka sudah tidak diingati lagi dan tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang.
empat segi warna kuning dan bila menyuluh kesesuatu arah ianya amat terang dan tajam cahaya suluhannya. Apa pun nama-nama mereka sudah tidak diingati lagi dan tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang.
Sunday, August 7, 2011
Pakcik Ya
Pakcik Yar ini berasal dari Pengkalan Kiat Kampung Dusun Buluh. Bapa beliau ialah Pak Sar atau Mustafa dan ibunya Mak Sar. Sekarang beliau tinggal menetap di Bandar Putra Mahkota Bangi Selangor lebih setahun yang lalu. Sebelum itu beliau tinggal di Keramat Kuala Lumpur. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar hujung tahun 60an. Beliau semasa di Pengkalan Kiat hanya tinggal semasa bersekolah rendah sahaja. Semasa sekolah menengah belajar di Kota Bharu kemudian di Pasir Mas dan juga Pasir Putih sekolah Kamil. Dahulu beliau mengatakan pernah bersekolah secara menumpang sahaja. Maksud menumpang ialah bersekolah disitu tapi tidak berdaftar sebagai pelajar cuma masuk kelas dan untuk ambil peperiksaan sahaja. Tapi mesti pakai pakaian seragam seperti pelajar lain. Beliau sempat menumpang belajar diketiga-tiga sekolah seperti disebutkan. Dahulu perkara ini dibenarkan terutama jika mengenali guru yang mengajar disekolah tersebut. Sekarang beliau bersama isteri Makcik Ani sudah dapat menyesesuaikan diri tinggal disana disamping ada anak-anak dan cucu-cucu yang tinggal berdekatan.
Monday, August 1, 2011
Membuat Ragi
1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi) 8. Jintan Putih 9. Cabang Bunga 10. Belaga Hendi 11. Kulit Kayu Manis 12. Adah Pedas 13. Akar kayu manis
Cara membuatnya:
Beras hendaklah ditumbuk menggunakan lesung tumbuk padi selepas itu hendaklah ditapis menggunakan penapis. Semua rempah ratus seperti dinyatakan perlu dimesin. Selepas itu masukkan air bertapis kedalam beras yang telah ditumbuk tadi dan
Ragi adalah bahan utama untuk menbuat tapai. Keunikan ragi ia tidak diperbuat dari gula tapi apabila menjadi tapai ia adalah manis. Untuk satu cupak beras hanya memerlukan sekeping lebih atau dua tiga keping ragi sahaja tapi apa yang pelik bagaimana secupak beras boleh menjadi manis. Inilah kelebihan ragi yang bahannya dari rempah ratus. Sebenarnya didalam rempah tersebut telah tersimpan bahan manis yang terdapat dalam masakan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...