Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, July 10, 2010

Ubat Lampu


Lampu ini dibuat menggunakan dawai besi halus mengganti dawai sebenar. Dawai besi halus itu pula biasanya akan diperolehi didapor rumah. Sebab apa ada didapur kerana dahulu jika emak kita beli ikan dari penjual dawai halus ini digunakan dengan dicocok kemata ikan tersebut sebab masa tu tiada supik plastik digunakan. Lampu ini sebenarnya lebih sebagai alat permainan sahaja tapi akan digunakan pada waktu malam terutama jika pergi mengaji Al Quran. Itulah cara budak-budak dulu menggunakan kreativiti yang walaupun simple tapi dikira menyeronokkan untuk isi masa lapang. Jenama ubat lampu yang agak murah ialah cap kambing warna kuning. Kenapa dipanggil ubat lampu selain bateri mungkin macam juga kita panggil ubat nyamuk, ubat lipas dan lainnya.

2 comments:

  1. salam ziarah:
    Ambo dan lagi dgn ubat lampu cap kambing lima ekor..tp loni cap tu takdok dipasaran doh..

    orang tua dulu2 hok ggaji kayu, dia tumbuk ubat lampu ni yg sudah 'habis ubat' , dimasuk ke dalam 'sipat' sebagai ganti dakwat dan dijetak kpd kayu utk nak buat line..

    ReplyDelete
  2. yang ni kita panggil ubat lampu cap kucig. Dahulu budak2 dilarang menyuluh lampu picit terutama waktu siang. Sebab masa tu jimat cermat amat perlu. Satu cerita jika orang dulu berjalan dilorong-lorong waktu malam contohnya dikebun getah ia akan menyuluh dibatang pokok getah yang jauh didepan dalam masa yang singkat sahaja, selepas dipadam ia akan berjalan dalam gelap sebab dia sudah cam jalan tersebut. Begitulah seterusnya akan dilaku bila sampai kepokok itu disuluh lagi. Jadi sebab terlampau jimat ubat lampu tu tahan lama lah.

    ReplyDelete