Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, July 3, 2010

Cikgu Awang Mata Ayer

Beliau ini bekas seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mata Ayer dan sekarang telah lama pencen dan berbangsa cina. Satu ketika dahulu awal tahun 70an pernah daku berada dibahagian luar kelas yang ianya mengajar pada waktu pagi untuk mendengar apa yang diajar melalui tingkap. Apa yang diingati ia sedang mengajar atau bercerita tentang hikayat. Apa pun beliau ini amat dihormati dan dikenali penduduk sekitar samada melayu atau cina. Rumah beliau tinggal berhampiran dan menghadap Sungai Kelantan sebelah jalan dari Kedai Mata Ayer ke Pengkalan Kiat (Jalan Bawah) tidak jauh dari sekolah Mata Ayer. Beliau juga pernah menjadi penggerak atau pengerusi kepada Syarikat bas sekolah yang membawa murid-murid ke sekolah sekitar Pulai Chondong. Inilah satu-satunya syarikat bas yang ada diawal tahun 70an. Sekarang syarikat itu telah tiada dan tamat beroperasi pada tahun 90an kerana ahli-ahli syarikat tidak lagi mahu meneruskannya dan bas terakhir pun dijual. Beliau sekarang berumur lebih 70 tahun dan masih sihat. Mungkin diluar sana ramai anak-anak muridnya yang telah berjaya dipelbagai bidang tentunya menghargai sumbangan yang diberikan dan mungkin ada pelbagai cara ditunjukkan seperti datang bertanya khabar diwaktu-waktu tertentu.

No comments:

Post a Comment