Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Ikan
Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...
Friday, July 31, 2009
Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan tempat berkelah
Dulunya dikenali Pantai Cinta Berahi
Dulu ilmu dicari penat dan lelah
Kini ilmu bakti diberi dan dicurahi
Pantai Semut Api juga dikenali
Bersama kawan tempat mandi
Apa dikenang yang terjadi
Sudah tersurat tetap abadi
Ditepi pantai khemah didiri
Untuk berkelah beberapa hari
Dulunya pantai cantik berseri
Sekarang berubah batu dipagari
Thursday, July 23, 2009
Buah Kkiat (Cekiat)
Kadang-kadang disebut cekiat.
Rasanya agak masam dan isi berwarna kekuningan dan kulit jika masak warna kemerahan. Buahnya agak kecil dan bijinya besar berbanding dengan isinya yang nipis. Sesuai dimakan buat nyicah seperti kicap dengan gula dan boleh juga dengan budu. Semasa dikampung Dusun Buluh pokok ini banyak terdapat diantara rumah Che Noh dan Pak Muda Dellah.Apa pun sekarang tidak dijumpai lagi pokok ini.
Keriat dimakan dengan penyicah
Penyicah dari kicap dan gula
Berkat hidup jangan berpecah
Pantang berpecah berpadu pula.
Thursday, July 16, 2009
Buah Berangan
Buah ini jika sekarang boleh didapati dikedai siap dimasak terutama dibandar-bandar dan biasanya oleh peniaga kaum cina. Jadi bila bersua dengan buah ini maka teringatlah satu masa dulu di Sekolah Kebangsaan Bandar diluar kawasan pagar kawasan hutan menghala kesungai dimana didalam hutan itu terdapat pokok ini. Jika kena dengan musimnya adalah buahnya tapi tidaklah besar macam dikedai. Kawasan hutan ini jarang kita kesitu kerana agak tebal.
Buah berangan ditepi sekolah
Sekolah Kebangsaan Bandar diberi nama
Jika hidup berbuat salah
Perbetul haluan itu yang utama
Buah berangan ditepi sekolah
Sekolah Kebangsaan Bandar diberi nama
Jika hidup berbuat salah
Perbetul haluan itu yang utama
Sunday, July 12, 2009
Cepening Pelita
Satu masa dulu pelita jenis ini sudah dikira special apalagi jika yang jenis lagi besar daripada ini. Biasanya pelita yang ada dirumah kita telah di improvise atau modified iaitu diperbuat dari tin kosong dan tempat pemegang sumbu dari kepala tiub motosikal atau basikal. Ianya bila sudah malap ditarik menggunakan jari tangan. Sekarang pun pelita jenis ini ada dijual bila tiba bulan Ramadhan malam 7 likur. Cermin kaca yang berbentuk tabung itu kita panggil cepening saja. Jika dulu sudah menjadi tugas mencuci cermin supaya bersih dari jelaga warna hitam.
Pelita minyak menerangi rumah
Dikala malam gelap gelita
Jika bergaul penuh hemah
Dirai orang setiap ketika.
Monday, July 6, 2009
Buluh
Apa yang ingin diceritakan ialah berkenaan dengan buluh. Ini bersesuian dengan nama Kampung Dusun Buluh yang mana tentunya dari buluh. Apa pun yang akan diceritakan adalah dari perspektif masa budak-budak dulu. Apa yang diingat masa itu ada 4 jenis buluh iaitu buluh betung, buluh minyak, buluh duri dan buluh peleting. Buluh betung yang paling lurus, besar dan tinggi. Kegunaan untuk buat wau jenis besar tetapi susah untuk tebang oleh budak-budak. Buluh duri pula ianya keras dan berwarna hijau dan sesuai juga dibuat wau tapi susah juga ditebang kerana disamping keras dan berduri juga batangnya duduk rapat-rapat. Juga sesuai dibuat bedil buluh. Buluh minyak pula berwarna kuning dan nipis kulitnya dan ringan. Jadi buluh ini sesuai dibuat rakit tempat mandi tepi sungai dan jika budak-budak satu batang puluh yang sederhana panjang dan besarnya sudah memadai untuk dibuat berenang. Buluh peleting pula yang paling kecil dan sesuai dibuat permainan bedil ngocoh iaitu sejenis macam pistol yang pelurunya dari buah tudung puyuk dan jika tiada boleh gunakan kertas yang dibasahkan sebagai pelurunya. Bunyinya pun agak kuat juga bila saiz buah bersesuain dengan lubang buluh dan pergi jauh. Lain-lain kegunaan buluh seperti buat kandaran untuk angkat kelapa dan barang-barang. Boleh juga dibuat caggok rumput. Dibuat chasis kereta yang bertayar dua dari kelontong nyior yang bila berjalan atas jalan raya akan berbunyi kuat. Selain itu boleh juga dibuat belira kertuk dari buluh duri yang keras. Selain itu macam biasalah buat tauk, buat batang kail. Kadang-kadang boleh juga dibuat garisan gelanggang badminton dan tiangnya lampu kalimantan. Kalau kreatif sikit boleh dibuat tabung/celing simpan duit. Lainnya seperti buat sakok ayam.
Buluh duri ditepi sungai
Warna hijau tegak berdiri
Jika hidup baik perangai
Rezeki berkat sentiasa diberi
Buluh duri ditepi sungai
Warna hijau tegak berdiri
Jika hidup baik perangai
Rezeki berkat sentiasa diberi
Wednesday, July 1, 2009
Sungai Pasir Bandar
Pasir Bandar ialah satu kampung yang terletak ditepi Sungai Kelantan. Kampung ini mungkin dinamakan demilkian kerana terdapat banyak pasir. Sehingga sekarang pun pasirnya masih banyak walaupun sentiasa diangkut keluar. Kawasan ini bersempadan dengan Pengkalan Kiat yang dibelah alik ulu. Disebelah alik ilir pula bahagian Kampung Bandar. Biasanya bila kita bebudak setelah puas bermandi manda di Pengkalan Kiat akan ubah haluan ke sini pula. Keistimewaan yang terdapat disini seperti dinyatakan ia terdapat
kawasan pasir seluas mata memandang. Lagi pula sesuai untuk mandi kerana airnya tohor. Didalam sungai ditengahnya pula ada satu batu besar yang yang timbul seolah-olah sebagai satu mercu tanda bagi kawasan ini. Masa dulu-dulu batu besar ini sentiasa kami lawati dan bermain diatasnya ketika musim kemarau kerana air cetek. Sehingga sekarang batu itu tetap megah disitu. Lagi pula disini terdapat etak yang bermutu tinggi dimana kulitnya berwarna kuning seakan-akan berwarna pasir
dan bersih dengan jumlah yang banyak kerana hidup didalam pasir yang tidak berlumpur. Itu ketika masa budak-budak. Jika sudah bersekolah menengah keatas sesekali bersama kawan-kawan lama ada juga kesini berehat waktu petang sambil membakar ayam ala BBQ.
Dari Bukit Panau ke Pasir Bandar
Singgah sebentar di Pengkalan Kiat
Sudah tersilap cepatlah sedar
Tentulah dirahmati lagi afiat
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....