Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Sunday, March 22, 2009

Kedai Pulai Chondong


Foto ini menunjukkan imej Kedai Pulai Chondong dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai. Kedai Pulai Chondong ini adalah antara pekan terbesar bagi Mukim Pulai Chondong. Disini terdapat deretan kedai sebelah kiri dan kanan. Jika dahulu kedai ini amat sibuk dengan lalu lintas kerana ia menjadi laluan utama sebelum terdapat jalan lencungan. Masa dahulu sentiasa berlaku kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti pasar harian, pelbagai kedai, sekolah, pejabat pos, klinik, balai polis, stesen minyak, surau, tok kong kuil (ketik) dan lainnya. Semasa daku tinggal disini sekitar tahun 1973 tempat mengaji alquran ialah di Surau Tok Lebai Nor bersama Rokman dan lainnya. Sentiasa juga ke Restoran Alias, Pak Him, Kadir depan klinik dan Jaafar makan nasi belauk dan roti canai. Kedai runcit pula antaranya ialah Kedai Yaakob, Rashid dan Haji Omar. Selalu juga lihat ada budak nakal hisap panadol dengan straw yang dibakar dalam sudu dibelakang sekolah Poey Sit. Dulu disini ada Local Council- majlis tempatan yang terdapat pejabat tok penggawa. disini juga disediakan permainan ping pong. Jika di market hari besarnya pada hari khamis. Pendak kata Kedai Pulai Chondong dulunya adalah nadi ekonomi kampung sekitarnya malah orang Pekan Kok Lanas dan sebelah Labok pun datang kesini. Tetapi setelah kem tentera dibuka di Kok Lanas maka makin berkembang pekan tersebut dan sekarang nampaknya ia lebih maju. Semasa daku tinggal diKampung Pangkal Gong tahun 1972 selalu hantar Sadiman ke Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong dengan basikal. Jadi selama lebih kurang dua tahun tinggal di pekan ini termasuk satu tahun di Kampung Pangkal Gong sudah tidak asing lagi dan sudah agak biasa dengan sesetengah penduduk disini. Pada setiap pagi hari Jumaat juga diadakan majlis ilmu di Masjid Galang dan ramai yang datang termasuk nenek daku yang tinggal di Kampung Pangkal Gong dengan berjalan kaki. Sekarang pekan ini sudah tidak dilalui lagi bagi orang luar semenjak siap jalan lencungan lebih 10 tahun lalu. apa pun pekan ini juga pernah mengajar daku erti sebuah kehidupan ala bandar yang agak sibuk dan mempunyai pelbagai kemudahan serta sempat bergaul dengan penduduk pelbagai taraf sosio ekonomi seseorang berbanding dikampung yang agak kekurangan.


Kedai Pulai Chondong terkenallah sudah
Tempat peniagaan dekad berdekad
Jangan condong yang tiada faedah
Sentiasalah ingat kuatkan tekad
Posted by Picasa

6 comments:

  1. Sepatutnya ada usaha dari kerajaan negeri dan DUN Pulai Chondong memajukan Kedai Pulai Chondong ni. Walaupun sudah ada jalan terus ke KB tanpa melalui kedai PC tetapi jika ada attraction PC masih boleh maju. Kena adakan semula fungsi Local Council supaya ada pihak bertanggung jawab kepada kemajuan Pekan ini.

    ReplyDelete
  2. YB Zul tak boleh pandang sebelah mata, kena tengok-tengok hal hal pekan PC ni. Takut jadi macam kedai Kg bandar dan Kedai Mata Air hilang sejarah

    ReplyDelete
  3. kedai pulai chondong ini masih jadi tumpuan penduduk tempatan buat masa ini, tapi masa akan datang wallahuallam. cuma jika kita bermastautin diluar kelantan dan orang luar tanya kita berasal dari mana dan kita balas pulai chondong atau machang maka susahlah mereka nak membayangkannya kerana kedua-dua pekan dan bandar ini tidak dilalui lagi.

    ReplyDelete
  4. dan adun pulai chondong patutnye memperbaharui jalan di sekitar pulai chondong tuh..dah buruk benor...jgn hanya muncul di pulai chondong 4@ 5 tahun sekali..kebajikan rakyat diabaikan..
    jalan da teruk sgt dah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,
    leh sy amik gambar2 kat atas. nak masuk dlm blog buat kenangan. sekarang dah terbakar dah bangunan bersejarah ni. thanks...

    ReplyDelete
  6. Silakan.Dusun buluh

    ReplyDelete