Wednesday, December 31, 2008

foto sekolah kebangsaan bandar pulai chondong

inilah sekolah aku yang kedua selepas sekolah kebangsaan penambang kota bharu. aku belajar disini tahun 1968 hingga 1974. disini banyaklah kenangannya. antara guru yang masih diingat ialah cikgu husin iaitu guru besar. lagi ialah cikgu nor (jurulatih sepak raga), cikgu awang (bola dan hoki), cikgu faridah (kereta merah), ustazah khadijah, cikgu yusuf (ayah kartini), ustaz mat (naik basikal dari pangkal gong) dan tukang kebun pula en. arshad dan en. omar. penjual kantin pula en.yusuf (ayah azmi basikal kecil). kawan-kawan sekelas pula rahim hk mohamad ( meninggal), shukri (pakai selipar jepun), afendi ibrahim(budak pandai), .kamil ahmad(hoki),
saiful (bola), ghazali hamzah (kg dusun buluh), azmi yusuf(basikal kecil), azman, hamzah (bagi pinjam seluar jeans), ahmad taufik arshad (anak tok imam sad), tajuddin omar (hoki dan bola), normah (sepupu), normah yusuf (kg dusun buloh), norma abdullah(kg dusun buloh), bakri arshad(anak en.arshad), idi (kg surau), che harun (kg kerawang), azmi ali (kg pengkalan kiat), mohamad, zulkifli(chik li), aziz awang hamad, zulkifli (dekat rumah aziz), fatah, kartini,zaleha che lah, halim yusuf aka suha (kg dusun buloh), che hashim che harun dan lain-lain lagi dah tak ingat. masa cik gu awang yang pakai volkswagon sokan hoki amat cemerlang kerana pagi petang asyik berlatih hingga ditegur oleh guru besar kerana masa pagi berlatih termakan masa pelajaran dalam kelas. mereka yang bersekolah disini dari kampung bandar, kampung surau kerawang, kampung dusun buluh, kampung pasir bandar, kampung laha, kampung kemubu dan juga kampung kerawang.
Posted by Picasa

5 comments:

  1. Teringat masa saya belajar di sini dulu. Ketika itu cik gu besar ialah cikgu Wil, ustaz pula uztaz Mat Kg Bukit.....mereka telah pergi tinggalkan kita semua. Al-Fatihah.....

    ReplyDelete
  2. ust mat ni datang mengajar dari kg bukit dengan basikal. masih ingat dia ajar sembahyang anak murid darjah satu atas meja yang di satukan. masa tu kita berbadan kecil sahaja. dia meninggal lebih dari 20 tahun dulu setelah beberapa tahun lumpuh akibat stoke. dia juga imam surau kg bukit. dia juga seorang yang mesra pada anak murid dan tidak garang. ust mat ni juga bapa saudara kepada yb husam musa tim men besar kelantan dimana ayah kepada yb tersebut adalah abang kepada ust mat.

    ReplyDelete
  3. pembetulan, yb husam musa naib presiden pas.

    ReplyDelete
  4. pembetulan, yb husam musa bukan tim men besar tapi naib pres pas. dulu pernah menjawat pemangku men besar.

    ReplyDelete
  5. sy pun lepasan sekolah kebangsaan bandar.. rindu zaman dulu2.. :)

    ReplyDelete