Featured Post

Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025

1.   Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Monday, May 24, 2021

Kembali Kerahmatullah Penulis Hazama Harun

Kembali kerahmatullah Hazama Harun pada 03 Mei 2021 Isnin malam Selasa lebih kurang jam 11:20 malam di Hospital Kuala Krai. Beliau dari Kampung Dusun Buluh dan dilahirkan di Kuala Balah Jeli Kelantan semasa ayahnya seorang guru yang mengajar disana. Ayahnya Cikgu Harun Pak Cik Mat Mak Cik Sari berasal dari Kampung Dusun Buluh.  Allahyarhamah mempunyai dua orang anak. Terdahulu suaminya yang berasal dari Melaka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan menetap disana. Selepas kematian suami  Allahyarhamah menetap di Kelantan. Allahyarhamah seorang penulis. Kini kedua anak yatim piatu tersebut difahamkan tinggal bersama neneknya (Kak Nab) di Kampung Dusun Buluh. Ketika meninggal usianya lebih kurang lima puluh tahun. Semoga Allahyarhamah diampuni semua dosa dosanya. 
foto ehsan IG Haslina Ibrahim

No comments:

Post a Comment