Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Wednesday, March 21, 2012
Pin Rambut
Pin rambut ini digunakan untuk disepit pada rambut untuk kelihatan rapi dan kemas serta cantik bagi golongan wanita. Jika dahulu sepit rambut ini hanya berwarna hitam. Ianya mudah ditemui diatas rumah dan dikira selalu diguna seperti alat lain iaitu kacing baju semat, jarum serta jarum peniti, pengorek telinga juga ketip kuku. Apa yang istimewanya pin rambut ini ialah ia digunakan sebagai pengganti alat pengorek telinga kerana dianggap kurang bahaya dari alat pengorek telinga yang sebenar yang diperbuat dari logam yang agak tajam dihujungnya. Walaubagaimanapun fungsinya sebagai alat pengorek telinga suatu ketika dulu telah berakhir kini disebabkan ia agak merbahaya dan diganti dengan yang lebih selamat dan lembut seperti sekarang yang diperbuat dari kapas.
Friday, March 9, 2012
Kapal Haji
Dahulu sebelum tahun 80an jika ke Mekah mengerjakan ibadah haji bakal-bakal haji akan menaiki kapal laut. Apa yang diingati nama kapal tersebut ialah Kapal Malaysia Raya. Diceritakan kononnya kapal ini hadiah dari kerajaan Jepun sebagai hadiah pampasan atas penjajahannya keatas Tanah Melayu masa Peperangan Dunia Ke 2. Bakal-bakal haji khasnya dari Kelantan akan menaiki kapal ini di Pelabuhan Pulau Pinang. Jadi mereka akan pergi ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi samada melalui Thailand atau melalui Gemas biasanya dengan diiringi pengiring seperti anak yang agak dewasa. Mereka akan ke Mekah selama tiga bulan dimana diatas kapal sahaja pergi dan balik selama satu bulan. Apa yang dibawa bersama ialah beras serta lauk seperti ikan kering serta peralatan memasak seperti dapur minyak semawar. Diberita kapal tersebut didalamnya ada tujuh tingkat. Semasa diatas kapal bakal haji masa diperuntukkan untuk mempertingkatkan pengajian mengerjakan ibadah haji. Dahulu didalam satu kampung mungkin ada seorang atau tiada yang akan menunaikan haji. Masa awal 70an kos menunaikan haji ialan lebih kurang RM1300. Semasa menghantar bakal haji samada dikapal atau stesen keretapi suasana agak kesedihan kerana akan berpisah untuk tempoh yang lama dan mungkin tidak akan dapat berjumpa lagi. Apabila pulang ke tanah air buah tangan seperti buah kurma, buah tin(ara) air zam zam, celak, kamera dan lainnya dibawa bersama. Bahan-bahan tadi pula dimasukkan kedalam periok besar dan periok itu pula dibungkus dengan jaring atau jala supaya tudungnya tertutup ketat tidak tertanggal. Mungkin disebabkan banyaknya halangan dan pengorbanan dan jarang orang yang dapat mengerjakan haji maka mereka ini diberikan gelaran Haji atau AlHaj.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...