Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, May 31, 2011

Jalan kampung Pengkalan Kiat Mata Ayer 2

Jalan ini jika dizaman budak dahulu jarang digunakan oleh kami samada berbasikal atau berjalan kaki.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 29, 2011

Jalan Kampung Pengkalan Kiat Mata Ayer

Foto menunjukkan sebatang jalan kampung dari Pengkalan Kiat ke Mata Ayer yang jaraknya kurang dari 1 KM. Biasanya jalan bawah ini dapat dilalui oleh kereta. Walaubagaimanapun kira-kira 6 bulan lepas jalan ini mengalami tanah runtuh dan hanya boleh dilalui oleh motorsikal sahaja. Ini tentunya menyukarkan kepada pengguna ditepi sungai ini.

Wednesday, May 25, 2011

Papan Tanda Penambang Pengkalan Kiat

Jarak dari simpang ini ke pengkalan tersebut lebih kurang 400 meter . Disitu juga terdapat sebuah wokaf tapi apa yang diperhatikan wokaf ini jarang ada pengguna atau yang tumpang singgah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 21, 2011

Klinik Kesihatan Pulai Chondong

Klinik  kesihatan ini terletak berhadapan dengan Pejabat Pos. Ia klinik terbesar di Mukim Pulai Chondong. Jika dahulu jika ingin mendapat khidmat kesihatan perlulah melapur dibangunan sebelah kanan iaitu jika masuk kepintu pagar terus membelok ke kanan. Tapi sekarang perlu pergi kebangunan belakang. Dahulu kita budak-budak biasanya lebih mengenali "dresar" darpada doktor mungkin doktor tiada disini. Bagi kami budak-budak biasanya tidak berapa mengambil berat tentang  klinik atau hospital ini kerana jarang berurusan. Jika sakit pun masih ramai lagi waktu itu penduduk yang menggunakan khidmat bomoh atau rawatan traditional. Jika sudah sakit sudah menjadi teruk barulah kehospital. Lagipun jika dikampung untuk kesini jaraknya dikira jauh.

Friday, May 20, 2011

Petai Belalang 2

Jika terjumpa buah petai ini bolehlah memakannya kerana mungkin ada yang belum mencubanya sebelum ini.
Posted by Picasa

Thursday, May 19, 2011

Petai Belalang


Petai ini jika dikampung banyak didapati. Bagaimanapun ia tidak dijual dipasaran mungkin belum sampai masanya. Rasanya iras-iras macam buah petai yang besar yang sedia dijual dipasar/tepi jalan. Pokok petai ini pula senang hidup tidak perlu penjagaan rapi.

Wednesday, May 18, 2011

Pohon Kkabu 3

Pohon kkabu ini tumbuh didalam kebun getah dan jika sekali pandang ia tiada beza dan seolah-olah sama seperti pokok getah yang lain terutama dari segi warna. Ini terjadi kerana mungkin ia lama disitu dan lagi pula pohon kkabu ini pandai menyesuaikan diri didalam kelompok lain yang menjadi majoriti.

Tuesday, May 17, 2011

Pohon Kkabu 2


Buah kabbu ini jika telah tua akan pecah dan sedia untuk diambil. Tapi sepanjang dikampung tidak pernah pula tengok ada orang mengusahakan membuat produk dari kkabu ini.

Monday, May 16, 2011

Pohon Kabbu 1

Disekitar perkampungan   Dusun Buluh kawasannya adalah terdiri dari kebun getah, kebun buah-buahan serta belukar. Didalam foto ini adalah sepohon pokok kekabu atau kabbu. Ianya terdapat ditepi jalan kampung berdekatan dengan rumah Mak Cik Yam Pak Nik Wil. Jika dari arah rumah Pak Melah sebelah kiri sebelum selekoh padang bola.Pokoknya dikira agak besar dan ada mengeluarkan buah.

Saturday, May 14, 2011

Basikal Tua 3

Setelah beberapa ketika berada disekitar kebun getah maka muncullah pemilik basikal tersebut. Ia seorang penoreh yang yang tinggal di Kampung Kubang terbit.Beliau berasal dari Nilam Puri Kota Bharu Kelantan. Telah berkahwin dengan Mariam atau Mek Yem Pakcik Leh yang tinggal di Kampung Kubang Terbit dan bermastautin disini sejak tahun 1971 lagi. Dikurniakan 6 orang anak. Sekarang berusia 78 tahun dan masih sihat dan dapat memotong getah lebih 200 pokok. Pak Mat ini dimasa muda seorang yang berbadan sasa. Sehingga sekarang pun masih kelihatan sasa walaupun telah hampir berumur 80 tahun.

Friday, May 13, 2011

Basikal Tua 2


Model basikal ini sekarang mungkin sudah jarang dijumpai. Jika dahulu basikal ini akan dinaiki oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak yang baru belajar basikal hingga dewasa. Banyak asoseri basikal ini telah tiada cuma yang asas sahaja yang tinggal.

Wednesday, May 11, 2011

Basikal Tua 1

Semasa merayau-rayau disuatu kebun getah tanpa diduga telah terserempak dengan sebuah basikal yang disandarkan kepokok getah yang tentunya lama sekali usianya.Tapi tidak diketahui jenamanya. Jika dahulu mungkin jenis Raleigh basikal ini.

Tuesday, May 10, 2011

Sunday, May 8, 2011

Sudu danTempurung Susu Getah

Ini satu cara tradisional atau cara lama tapi masih diperaktikkan hingga sekarang tapi cara ini tidak selamat kerana bekas atau tempurung akan senang jatuh bila terlanggar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 1, 2011

Tangga Kayu Menara Masjid Surau Kerawang

Foto tangga berpusing ini diambil dari atas tempat duduk menara tersebut. Untuk keatas agak senang dinaiki dan difahamkan belum ada yang terjatuh dari semasa menaikinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.