Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
Sunday, December 26, 2010
Pokok Serai Kayu
Pokok ini banyak kedapatan didalam belukar atau kebun buah-buahan. Pokoknya jika sudah besar ada mengeluarkan buah berwarna kehitaman jika sudah masak. Buahnya menjadi makanan burung dan juga boleh dimakan dan jika selepas dimakan gigi kita yang putih bertukar menjadi kehitaman kesan warnanya. Bagi pokok yang kecil dan rendah biasanya senang untuk diambil daunnya. Pucuknya atau yang belum tua boleh dibuat ulam. Jika dahulu ia menjadi bahan utama bersama daun kesum, pucuk daun mata ayam, serai batang juga kacang panjang untuk dihiris sebagai ulam. Dahulu nasi kerabu dikampung jarang digunakan taugeh juga kobis seperti sekarang. Pendek kata jika daun ini dijadikan salah satu ulam nasi kerabu nescaya menambah keaslian rasa nasi kerabu tersebut.
Tuesday, December 21, 2010
MBH Jaya Enterprise
Kedai MBH Jaya Enterprise ini terletak menghadap Simpang Pangkal Gong Kemubu. Kedai ini yang terbesar di Pekan Pangkal Gong. Menjual pelbagai barangan runcit. MBH adalah singkatan kepada Mohamad Bukhari bin Hassan iaitu tuan punya kedai yang sentiasa berada di kaunter juruwang dikedainya. Bapanya dahulu adalah tuan punya Mesin Padi yang besar terletak ditepi sawah sebelah kiri jalan menuju ke Kampung Bukit berdekatan dengan rumah arwah Haji Harun yang disebelah kanannya.. Masa tersebut Mesin Padi beliau menjadi maju kerana semua padi pesawah disekitarnya dimesin disini. Sekarang mesin ini sudah lama tiada. Daku dahulu pernahlah kesini masa bebudak untuk melihat atau menghantar serta mengambil padi dan beras yang telah dimesin sambil melihat kehebatan mesin ini beroperasi yang tingginya seolah-olah bertingkat dan bunyinya yang kuat dan disekitarnya dipenuhi sekam padi yang menimbun tinggi yang sentiasa mengeluarkan asap.
Thursday, December 16, 2010
Cikgu Ishak
Beliau ialah Cikgu yang mengajar Sains Paduan di Sekolah Menengah Abdul Samad (SMAS). Biasanya kita murid akan sentiasa kemakmal samada untuk pelajaran teori atau praktikal. Apa yang masih sangat diingati antaranya ketika ia mengajar bagaimana badan kita mengeluarkan air seperti berpeluh, membuang air besar atau kecil. Dahulu beliau menetap disebuah rumah yang terletak di tepi Jalan Bukit Buloh berdekatan padang bola. Apapun cara dan pendekatan beliau mengajar senang untuk difahami dan diminati.
Sunday, December 12, 2010
Daun Pellah
Daun Pellah atau Mempelas ini berlainan dari daun lain kerana permukaannya yang kesat seperti kertas pasir. Jadi jika dahulu jika membuat satu-satu permainan misalnya dari kayu, buluh, objek dari tanah liat yang telah kering atau lainnya maka untuk melicinkan permukaannya digunakan daun ini yang senang didapati. Walaupun ia tidak lah berapa tahan sangat seperti kertas pasir tapi bolehlah digunakan sekadar mengantikan kertas pasir oleh budak-budak.
Wednesday, December 8, 2010
Lencana SMAS

Inilah lencana (beh) sekolah daku dahulu dengan motonya Ilmu Jaminan Hidup. Jika dahulu lencana ini dipakaikan di baju seragam sekolah atas pada poket? Lencana ini pula diperbuat dari logam/besi. Rasanya logo dari dahulu hingga sekarang tidak berubah mungkin yang berubah ialah nama sekolah ditambah Kebangsaan. Adakah kita benar-benar menghayati Ilmu Jaminan Hidup dimasa tersebut. Lencana ini jika sudah berusia maka catnya akan tertanggal sedikit demi sedikit dan perlu diganti. Dahulu apa yang diperhatikan jika memakai topi misalnya maka penuhlah diatas topi tersebut dilekatkan dengan pelbagai lencana dari jabatan, organisasi, sekolah dan lainnya. Sekarang trend ini sudah tiada mungkin lencana sekarang sudah tidak diperbuat dari logam lagi.
Friday, December 3, 2010
Mesin Taip
Mula-mula mengenali mesin taip jenis lama ini ketika suatu hari dipelawa oleh Pak Nik Soh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang batu Bukit Buloh Pulai Chondong. Beliau tinggal di Kampung Kerawang. Beliau telah lama meninggal dan agak rapat dengan keluarga kami dan selalu juga datang ke Kampung Dusun Buluh dan Pulai Chondong. Memang meyeronokkan apabila menggunakan mesin ini mungkin seperti bebudak sekarang dapat menggunakan komputer. Pendek kata mesin taip ini termasuk dalam kategori mesin seperti mesin jahit, mesin kelapa, mesin getah, mesin pengisar, mesin gergaji, mesin rumput atau juga mesin padi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
1. Apa yang boleh ditulis jika melihat gambar seperti disertakan. Gambar ini mengimbau kenangan ketika belajar disekolah rendah. Apapun ga...
-
Berita lewat. Dimaklumkan Pak muda Hussin meninggal dunia diwaktu subuh (27 April 2024). Solat jenazah difahamkam telah dilakukan selepas so...
-
Dimaklumkan Ani mak yam pak cu Ali yang tinggal di batu tinggi kok Lanas telah meninggal dunia waktu maghrib (26 Mei 2024)
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...