Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Tuesday, July 20, 2010

Mak Cik Yam

Inilah rumah dan Makcik Yam Paknik Wil. Beliau ini pernah mengajar daku mengaji Al Quran. Dan sampai sekarang pun beliau masih mengajar budak-budak disekitarnya. Suara beliau mengaji agak nyaring. Jika dahulu beliau akan dibantu oleh Seni anaknya. Sekarang Seni seorang guru. Jika dahulu apa yang diingati kita mengaji pada waktu malam selepas waktu maghrib bersama rakan sebaya dan pergi dalam satu kumpulan.
Jika balik pula tidak menentu dan jika tertinggal dan waktu pula sudah agak lewat daku pun tidur lah dirumahnya. Masa itu adalah anak-anaknya tapi lebih berumur dari daku. Jadi dirumah ini sudah tidak asing lagi bagiku. Lagipun Paknik Wil amat sukakan budak-budak. Beliau akan melayan kita seperti anaknya sendiri. Apa yang menariknya jika berkunjung kerumahnya beliau apabila ditanya satu-satu perkara akan
bercerita penuh semangat dan bersungguh-sungguh dan Paknik Wil pula akan sentiasa ketawa apa lagi jika ada yang melucukan. Tapi sekarang Paknik Wil pun sudah tiada lagi. Makcik Yam masih sihat tapi tidak sekuat dulu. Dahulu beliau pernah menoreh di Estet Kebun Bagan. Jika dahulu semasa masih menoreh disana pagi-pagi lagi dia akan pergi dengan menaiki basikal dan lalu dihadapan rumahku dimana kadang kedengaran bunyi baldi yang dibawanya. yang mungkin
disangkut di handle basikalnya. Bunyi itu tidak asing bagiku.
Apapun jika terpandang foto ini maka teringatlah daku akan kenangan dan kebaikan beliau yang tidak akan dilupakan. Didoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan segala ilmu yang diajar hanya DIA yang mampu membalasnya..

No comments:

Post a Comment