Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Friday, March 13, 2009

kampung cabang empat

kampung ini dinamakan cabang empat kerana disini terdapat jalan yang bercabang empat atau simpang empat. ia terletak ditengah-tengah diantara kampung dusun buluh dan kampung bandar dan juga kampung pasir bandar dan kampung surau kerawang. antara mereka yang tinggal disini masa sekolah rendah ialah aziz awang hamat, zulkifli dan ahmad taufik tok imam shad. yang senior pula cikgu ghoni anak paksu hamid. yang betul-betul disimpang empat ini terdapat satu kedai, satu wakaf tunggu bas, rumah pak lah dan rumah tok imam shad. jalan menuju ke masjid dinamakan jalan masjid kerawang. masa kecil dulu rumah pak lah ni pernah diadakan majlis kenduri kahwin(bekwoh) dan diadakan juga acara silat siap dipalu gendang. masa tersebut kami bebudak tidak ketinggalan memeriahkan suasana majlis yang memang sedia meriah kerana ada pertunjukkan selain menyambut pengantin. namun sekarang kedai tersebut telah tidak beroperasi lagi. dahulu berhadapan dengan rumah tok imam shad terdapat satu kedai getah. kedai ini menjalankan perniagaan membeli getah dari penduduk sekitar dan dikendalikan oleh pak muda yusuf yang anak sulongnya bernama asma. sekarang kedai ini pun sudah lama tiada. dahulu kampung ini terkenal bagi kami kerana mesti melaluinya terutama untuk ke sekolah kebangsaan bandar.


Cabang Empat tempat tinggal
Paksu Hamid dan Tok Imam Shad
Jika iman sudah tertanggal
Dineraka kekal tiada hadPosted by Picasa

3 comments:

  1. dulu cabe pat ni meriah, lo ni sunyi sepi sama seperti merkit kg bandar, merkit mata air, sudah hilang kemeriahannya. Saya rasa perubahan mula berlaku bila bas skmk melalui kg ini, drebarnya pak su haron. Semua warga kawasan ini pergi KB atau Machang, jadi lama-kelamaan pasar mata air dan pasar kg bandar pupus, pasar pulai chondong pun saya rasa macam tak mahu hidup saja

    ReplyDelete
  2. cikgu roni paksu hamid tu senior sdra?, dia tu masih saudara terdekat saya, pak su hamid tu pak sepupu mak saya. Pak su hamid masa muda terkenal dengan suara sedap, pandai berzanji. Mat Taufik anak tok imam shad tu saya kenal, sempat dengan saya, dan rasanya kawan rapat adik saya cikgu che Abdulah, mungkin sdra ni satu batch dengan adik saya.

    ReplyDelete
  3. saya seangkatan dengan ahmad taufik. pak su hamid ada juga berzanji di kampung dusun buluh bulan maulidur rasul dan ramai akan hadir.

    ReplyDelete