Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, January 31, 2009

guru dan staf sekolah menengah abdul samad tahun 1978

ada dalam foto ini yang masih dikenal kerana daku telah keluar tahun 1976. antara mereka cikgu halim-ilmu alam, mariam-english, rahman-agama-akan potong rambut jika panjang, lutfi-off boy-motor vespa, siva-english, talib-tinggal kat rumah sewa pulai chondong depan shell, a samad-guru besar, abdullah, tuan lah-mathematics moden, ali-english, faridah, isteri chikgu ramli, ishak-sains paduan, idris. masa tu fesyen seluar bell bottom kain petak-petak dan kasut tinggi dan mungkin ikat pinggang lebar dan buckel besar.

yang pakai tie besar zaman tu cikgu. rambut memang panjang lah zaman tu. tapi mereka ni nampak hebat-hebat belaka dengan setengahnya misai tebal. yang perempuan pula berskaf. ramai mereka yang telah pencen dan cikgu lah telah lama meninggal. cikgu siva daku jumpa dia mengajar disekolah kawasan linggi negeri sembilan.

3 comments:

  1. saya tak berapa kenal warga Dusun Buluh selepas tahun 1968 termasuk sdr Sangkala,kerana telah berhijrah ke Kg Alor Melaka Pulai Chondong dan bersekolah diSekolah Shamsul Maarif, 1973 ke Maahad Muhammadi KB lepas tu ke Kolej Islam Klang dan tak balik-balik ke kampong kecuali hari raya hingga lo ni. Saya menetap di Bandar Baru Bangi. Prof Dr Mat Rofa rakan baik sekelas di Sekolah Kebangsaan Bandar tinggal di Teras Jernang, Bangi juga. Beliau pensyarah Matematik di UPM, kawan baik saya seorang lagi Wan Sofian Sori Wan Abdullah, Kg Surau Kerawang

    ReplyDelete
  2. sdr razmij, jika yg di kg s kerawang yang seangkatan dengan saya ialah allahyarham abd rahim hj mohamad(adik nakman), saifullah abdullah(kahwin dgn orang pahang), che li, idi(meninggal?), ahmad taufik arshad(anak tok imam sad). wan sofian pula saya agak mungkin cikgu sofian kat masjid lama. kami selalu pergi kerumahnya sebab tinggal dekat rumah abd rahim. saya jika balik kampung bila cuti sekolah rumah rahim tempat kami lepak-lepak dan tempat jumpa kawan sepeti disebut diatas. tapi sekarang dukacita juga sebab suasana tersebut sudah tiada lagi. jika dulu jarak antara satu kg dgn kg agak jauh kerana bentuk rupa bumi dan kita pun masih budak2. sekarang semuanya spt dekat dan cepat dan kita pun makin sibuk dan hendak jumpa kawan pun macam tiada masa pula. jadi untuk hiburkan hati kita pun berblog semoga terubat dgn nostalgia lama. yang tinggal di kg dusun buluh yang seangkatan dgn sdr mungkin mohamad bin ali, upi. pak muda hamad pula ayah amran adik cikgu zawawi.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, jumpa kat blog pun tak pe. Kalau ke bangi boleh singgah rumah saya di depan Petronas Seksyen 4, Bandar Baru bangi, sebelah surau AlKauthar. Pak muda Muhamad tu ayah Meran tu kira pak saudara. Adik Meran Zainudin Pengarah ILP Muar Johor. (razmij.blogspot.com)

    ReplyDelete