Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, July 4, 2011

Rumah Mat Rih Pengkalan Kiat

Rumah ini terletak ditepi jalan berhampiran penambang Pengkalan Kiat dan sekarang telah tidak berpenghuni. Ianya juga telah ditinggalkan kosong tapi keadaannya tidaklah bersemak sangat mungkin sekali sekala dibersihkan. Reka bentuk rumah ini bentuk lama kebanyakannya sama dengan rumah bangsa cina lainnya disini. Jika dahulu semasa Mat Rih masih hidup dan daku masih bebudak selalu berjumpa beliau mandi disungai dan begitu juga yang lain terutama pada waktu petang. Sekarang Mat Rih telah meninggal. Mat Rih ini adalah anak kepada Tok Kiat. Sekali sekala jika lalu dihadapan dan meninjau kerumah ini sentiasa akan bertemu dengan Umar Pak Muda Hamat yang dikira menjadi penghuni sementara diwaktu petang sambil berehat berseorangan. Sambil meninjau kerumah ini tidak pula tergerak hati untuk naik kerumah dan masuk kedalam bilik-bilik yang sentiasa tertutup.

2 comments:

  1. Nostalgia tgk rumah ni, pernah duduk tumpang hujan reda di bahagian depan rumah setelah menyeberang. ada sorang cina tua tak berbaju ...x ingat namanya mungkin Mat Rih la kot

    ReplyDelete
  2. Mat Rih dikira femes kat kg dusun buluh dari budak sampai yg dewasa berbanding yg lain. ini mungkin lokasi rumahnya ditepi jalan dekat penambang menjadi tepat lalu lalang. Juga masa bebudak kita amat jarang berinteraksi spt bercakap dgnnya walaupun berjumpa mungkin dia ni seorang yg tidak seperamah Pakcu Kotai atau lainnya. dari Dusun buluh

    ReplyDelete