Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, April 26, 2010

Kera Awang



Semasa dahulu kita budak-budak jika disebut ada kera atau beruk terlepas maka ia sedikit sebanyak akan menjejaskan beberapa aktiviti seharian. Terutama jika ia hari cuti sekolah. Sebabnya dibimbangi beruk itu akan menganggu aktiviti dibelukar dan hutan seperti mencari burung dan sebagainya. Walaubagaimana pun nama beruk lebih dikenali dari nama kera tapi rasa-rasanya ia specis yang sama. Jika dikampung masa itu yang memelihara beruk ialah Rodi anak Pak Husin dimana rumahnya berjiran dengan Pak Nik Wil Mak Cik Yam. Beruk ini diikat dengan rantai dilehernya dan diletak dibatang buluh yang dicondongkan dan diletak disebatang pokok dimana beruk itu dapat naik kepokok dan dalam masa yang sama dapat turun kebawah dengan mudah melalui satu gelungan besi. Beruk ini jika diberi nasi pun ia akan makan. Juga teringat asal usul nama Kampung Kerawang disebabkan pada satu masa dahulu seseorang yang bernama Awang yang memelihara seekor Kera dan mereka memanggil kera itu dengan panggilan kera Awang dan disingkatkan menjadi kerawang. Begitulah lebih kurang cerita masa budak-budak. Apa pun beruk ini amat berguna untuk menjatuhkan buah kelapa dan untuk pergi kesesuatu distinasi biasanya menaiki basikal dan duduk atas alang basikal bahagian depan.

No comments:

Post a Comment