Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, April 11, 2009

pengkalan kiat

pengkalan kiat ini  dulunya amat meriah dengan pelbagai aktiviti tidak kira budak atau yang dewasa. aktivitinya tentulah penambangnya. jika dulu pengkalan ini digunakan seperti pelabuhan sungai kerana banyak digunakan oleh peraih-peraih seperti peraih garam dan budu. kerana dulu budu datangnya dari sebelah hilir seperti pasir mas dan kota bharu. jadi peraih ini mendapat laba yang lumayan hasil aktiviti perniagaan. jika tahun 60an dan 70an dipenambang ini menggunakan perahu sahaja dan dikayuh dengan tangan menggunakan dayung. pengendalinya penambang masa itu ialah pakcu ali dengan dibantu oleh isterinya mak yam. jadi yang dapat naik hanya orang dan basikal sahaja. tetapi selepas itu barulah ada perahu berbumbung yang agah besar dan panjang  menggunakan injin dan dapat membawa motorsikal dibelakangnya. itu era pakcu ali. dan selepas itu tugas ini diambil alih oleh orang lain dengan tender kerana pakcu ali pun sudah berumur dan pindah dari pengkalan kiat ke tepi jalan besar dan membina rumah disitu . penambang ini menghubungkan mereka yang berulang alik dari seberangnya seperti tanah merah, bukit panau dan sekitarnya yang ingin bekerja sebelah sini seperti dikem desa pahlawan dan juga melawat saudara mara. jika dulu pengkalan ini juga digunakan untuk mereka yang ingin ke bandar pasir mas dengan menaiki kapal. jika pergi pagi baliknya petang. barang yang dibeli seperti ikan masin, beras, kueh kering, jeruk kelubi/buah jabit, nissan, gula dan lainnya dengan harga yang murah. masa dulu daku pernah menaiki kapal ini bersama mek ke pasir mas. selain aktiviti penambang ini lain aktiviti bagi budak-budak ialah bermain disungai. aktivitinya seperti berenang, cari etok, cari udang dalam lubang batang buluh, menyeberang sungai dengan berenang dengan batang buluh, memancing ikan belukung dan lampan dan sesekali dapat naik kapal. sebab ianya meriah kerana ramai yang datang. bagi yang dewasa pengkalan ini tempat mandi terutama waktu petang. jika dulu air ini bersih dan jadi sumber minuman tanpa perlu dimasak. dan keadaan disungai ini pun masa itu bersih tidak seperti sekarang yang bersemak samun dan sudah terbiar. jika musim banjir pengkalan ini paling meriah seolah tempat menyukat banjir tidak resmi bagi kami. kesimpulanya kampung dusun buluh dulu meriah dan dikenali kerana dua produknya iaitu pengkalan kiat dan pasukan kertuknya yang disegani. tapi sekarang itu semua tinggal kenangan kerana  aktiviti pun kurang lagi kerana kapal penambang pun kurang kelihatan dan rakit pengkalan pun lengang. mungkin masa akan datang hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah. 

Pengkalan Kiat tempat penambang
Menjadi tumpuan tua dan muda
Jika kemajuan tidak berkembang
Lama kelamaan dilupa pulaPosted by Picasa

2 comments:

  1. The easiest way to Pasir Mas, using boats, Pengkalang Kiat was sentimental value for me in 1960s. Dunia berubah, segala tempat yang menjadi keriuhan dahulu jadi bahan sejarah. Generasi lo ni dah tak tahu kehebatan Pengkalan Kiat, Mata Air, Pengalan Bandar dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. dulu bila kita berada sini banyak kapal dan rakit dari hulu sungai yang lalu lalang. jika rakit ada yang bawa pisang dan hasil pertanian. ada satu kapal nama dia 'kapal beda' iaitu satu kapal besar dan dibelakangnya ia menunda 5 ke 6 kapal kecil. apa yang dia bawa kita tak tahu.

    ReplyDelete