Featured Post

Nukilan dari bekas penuntut Sekolah Umum Kampung Bandar @ Sekolah Kebangsaan Bandar Ybhg Haji Abdullah Ahmad. Bahagian 2

Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...

Sunday, September 25, 2022

Tumbor Nyior

Tumbor nyior ini ada didalam buah kelapa yang sudah tua. Ada yang saiz besar dan kecil ikut berapa lama buah itu telah gugur. Dahulu masa budak tumbor nyior ini dikira ada juga dalam senarai makanan walau bukan dalam kategori buahan yang jika kebetulan ada orang membelah buah nyior akan mengambil peluang memakannya. Rasanya agak manis dan isinya lembut tapi lebih keras sedikit dari span dan agak ranggup. itulah budak dulu apa yang boleh dimakan tidak memabukkan tidak jadi hal. Mungkin budak kini tidak lagi melihat dan kenal tumbor nyior ini. 

Saturday, September 3, 2022

Lagu Hindi Dari Filem Bobby

Sekitar tahun 70an disamping lagu melayu dan Indonesia, lagu hindustan turut diminati ramai.Di era itu kebanyakan lagu hindustan berasal dari sesebuah filem yang turut menjadi box office disebabkan kemerduan lagunya. Lagu-lagu ini dikumandangkan di corong-corong radio. Apa yang ingin diceritakan ialah daku mula mendengar lagu hindustan melalui piring hitam awal tahun 70an sewaktu pembinaan masjid surau kerawang sedang dibina. Waktu itu ada pekerja pembinaan itu memiliki alat pemutar piring hitam dan antara lagu yang dimainkan ialah dari filem Bobby. Sebelum itu memang sudah biasa mendengar lagu hindustan diradio pada waktu petang. Tetapi apa yang didengar waktu itu lagu lagu lama. Tapi lagu dari filem Bobby ini adalah lagu terkini. Apapun filem ini walau ditayangkan dipawagam tapi tidak berpeluang menontonnya kerana harus ke Kota Bharu atau bandar lainnya kerana filem ini tidak akan ditayangkan dipawagam Kampung Mata Ayer. Begitulah orang dahulu yang begitu teruja dengan teknologi hiburan wayang gambar dan lagu lagu dimana antara wayang gambar dan lagu tidak boleh dipisahkan yang jika lagu dalam filem itu merdu maka filem itu akan diminati.