Kembali kerahmatullah Mohamad Mat Ali pada 05 Dis 2021 di Felda Keratong Pahang. Allahyarham berasal dari kampung Dusun Buluh. Baru beberapa minggu lepas adiknya Ruzmi meninggal dunia. Ayahnya dikenali Pakcu Ali yang dulunya mengusahakan perahu penambang Pengkalan Kiat - Bukit Panau. Takziah kepada ahli keluarga allahyarham semoga diampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah pada 17 April 2025
1. Kembali kerahmatullah Cikgu Hamidah jam 10.14 pagi di HRPZ2. Jenazah telah dimandikan & dikafan di hospital berkenaan. Jenazah sela...

Sunday, December 5, 2021
Wednesday, November 24, 2021
#241121m Kembali kerahmatullah Ruzmi Mat Ali kampung dusun buluh
Kembali kerahmatullah Ruzmi Mat Ali Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong pada 24 November 2021. Semoga diampuni segala dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Ayah Allahyarham dikenali sebagai Pakcu Ali yang dulunya pernah mengusahakan perahu penambang pengkalan Kiat - bukit panau.
Wednesday, August 11, 2021
Spanar hidup
Inilah rupa spanar yang paling popular semasa saya budak budak dahulu. Spanar ini ada terdapat di kedai basikal yang jika di Kampung Mata Ayer kedai Awang. Jika di Kampung Dusun Buluh kedai basikal pertama kali dibuka oleh Yaakub. Spanar ini mungkin dipanggil demikian mungkin kerana ia boleh diubah ukurannya. Apapun kini rasanya bentuk spanar jenis ini seperti sudah tiada mungkin kerana muncul spanar yang boleh diubah yang berbentuk baru yang lebih berkesan.
Monday, August 2, 2021
Safety Pin (Kacing baju smart)
Monday, July 19, 2021
Siput Gondang
Siput ini mungkin species yang terbesar antara siput yang ada Ia hidup didalam air.Bentuknya kebulat bulatan dan berwarna hitam pekat. Semenjak dizaman budak saya tidak pernah berjumpa lagi dengan siput gondang samada di sawah padi atau dibaruh. Cuma yang biasa jumpa jenis yang kecil yang bukan dipanggil gondang seperti siput sedut. Walau bagaimana pun saya pernah melihat dan memakan siput gondang yang besarnya lebih besar dari bola pingpong tapi lebih kecil dari bola tenis atau bola "awal". Tapi ia memang besar. Ketika dirumah Mak Cik Yam Pak Cu Ali di Pengkalan Kiat disuatu hari di bulan Muharram kebetulan ketika mereka sedang membuat bubur sura itu saya melihat beberapa biji siput gondang ini yang katanya datang dari seberang sungai kelantan mungkin disekitar Bukit Panau. Selepas itu mereka menyiang dan dipotong kecil kecil dan menggorengnya. Lalu makan lah saya buat kali pertama dalam hidup siput gondang ini dan dapat merasanya betapa sedapnya dan selepas itu tidak memakannya lagi hingga kehari ini. Mungkin ini terjadi mungkin saya tidak cuba mencarinya dan terlihat dipasar pasar atau tiada yang menghidangnya lagi. Mungkin disuatu masa jika berpeluang akan cuba mendapatkannya.
Friday, July 9, 2021
Menulis surat suatu masa dahulu
Disuatu masa dahulu saya mula mula menulis surat ketika di tingkatan satu. Waktu itu saya terpaksa menulis kerana nenek ku menyatakan ada seorang cucu perempuannya ada tinggal di Kuantan Pahang. Mungkin cucunya itu bila datang kerumah neneknya dia meninggalkan alamat. Walau bagaimana pun saya tidak ingat lagi apa isi surat yang ditulis. Apa pun saya merasa amat teruja bila dia membalas surat tersebut namun. Kamu berutus surat mungkin dua tiga kali sahaja kerana selepas itu saya berpindah kerumah tempat tinggal. Selepas berpindah tiada lagi menerima atau mengirim surat kerana tiada saudara mara yang tinggal berjauhan. Setelah saya sendiri yang bersekolah jauh luar dari negeri sendiri maka bermula menulis surat walau tidak kerap cuma sekali sekali memberitahu perkembangan diri. Apa yang diingati ialah rasanya amat susah untuk menulis sepucuk surat dan jika menulis pun tidak sampai satu muka surat. Ini terjadi kerana jika menulis perkara pertama selepas menulis alamat sendiri dan alamat penerima ialah pendahuluan surat. Pendahuluan serat seperti "kehadapan bonda/kekanda/ yang sentiasa diingati dan dikasihi ....." . Perkara pendahuluan ini dirasakan janggal ditulis kerana masih membahasakan bonda, ayahanda atau kekanda dan sebagainya sedangkan dalam kehidupan seharian tidak disebut sedemikian. Ini terjadi mungkin terbawa bawa bila diajar didalam kelas. Jadi kesimpulannya menulis surat hanya apabila perlu sahaja dan jarang jarang dilakukan. Tambahan pula dizaman itu banyak perlu dibuat seperti perlu menulis, kertas, setem dan perlu dihantar kepejat pos. Apalagi dimasa itu mungkin bukan budaya atau kebiasaan budak budak menulis surat kepada ibu bapa saudara mara. Maklum sahaja budak kampung yang kurang pendedahan.
Catatan: foto hiasan dari google
Sunday, July 4, 2021
Piala piring
Monday, June 28, 2021
Kain pelikat budak
Sunday, June 27, 2021
Friday, June 25, 2021
Buah Kurma Guni
Wednesday, June 23, 2021
Thursday, June 17, 2021
Tudung Periuk

Monday, June 14, 2021
Genjak Baulu
Genjak ini digunakan semasa membuat adunan baulu. Sebelum baulu dibakar dalam acuan perlu yang masih dalam bentuk cecair berwarna kekuningan diadun dari bahan tepung, telur, sumber/pewarna dan gula maka akan digunakan genjak ini. Biasanya adunan dimasukkan dalam baldi. tujuan digenjak supaya baulu bila dibakar dalam acuan akan naik/kembang. Sudah jadi kebiasaan bila mek daku membuat baulu menjadi tugas mengenjak adunan tadi didalam baldi. Tugas ini walau tidak mengguna tenaga yang banyak tapi agak memenatkan kerana tidak ada minat dan menjadi sedikit terhibur bila sampai kepenghujung membakar baulu kerana kerja akan tamat dan dapat makan baulu yang agak pejal sebab yang terakhir dibakar hanya kurang kandungan telur yang banyak ialah tepung dan gula sahaja. Apapun berbaloi kerana dapat makan dalam kuantiti yang banyak dan boleh mengenyangkan perut.
Jika diperhati genjak ini mungkin tidak ujud lagi dimasa kini dan dikira pupus setelah berlalunya masa yang serba canggih.
Monday, June 7, 2021
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
Pemandangan sekitar sekolah daku ini dibahagian varendah depan kelas dan di kantin sekitar tahun 2018.
Sunday, June 6, 2021
Siti Nur Esah Junoh (Mak Do) dari Kampung Surau Kerawang Pulai Chondong perlukan bantuan
Moga Makdo cepat sembuh
atau boleh menghubungi mereka ditalian 011 6437 4398
SUMBER: foto dan maklumat ehsan dari grup FB WPC warga pulai chondong
Pulai Chondong -
Makdo atau nama sebenarnya Siti Nur Esah Junoh 54, dari Kampung Surau Kerawang disahkan menghidap kanser payudara sejak November 2019 dan telah menjalani beberapa rawatan termasuk pembedahan serta sessi kimoterapi di HUSM.
"abih doh makdo wat kimo , tapi gak keno gi lagi spital sbule skali" - katanya dengan nada lemah.
Menurutnya walaupun sessi kimoterapi telah selesai namun beliau masih perlu ke hospital sebulan sekali untuk rawatan susulan selain perlu minum susu untuk menambah tenaga.
"raso terbeban jugok lah denge kos ule alik g spita dan susu , sebab Pakdo (suami) pun uzur tokleh gi noreh doh loni" - katanya lagi merujuk kepada kos yang perlu ditanggung.
Beliau kini dijaga oleh suaminya Ibrahim @ Mustapa Mat 73 dan anak lelakinya yang tinggal bersama.
Makdo sebelum ini pernah menerima kunjungan Ahli Parlimen Machang Dato Jazlan Yaakub selain sebuah badan bukan kerajaan (Ngo) pada Ogos tahun lalu yang turut menyantuninya.
Kepada mereka yang ingin berkongsi rezeki untuk meringankan beban Makdo , boleh salurkan sumbangan ke akaun miliknya
Bank Simpanan Nasional
0302 1411 0002 6711
Siti Nur Esah Junoh.
Monday, May 24, 2021
Kembali Kerahmatullah Penulis Hazama Harun
Kembali kerahmatullah Hazama Harun pada 03 Mei 2021 Isnin malam Selasa lebih kurang jam 11:20 malam di Hospital Kuala Krai. Beliau dari Kampung Dusun Buluh dan dilahirkan di Kuala Balah Jeli Kelantan semasa ayahnya seorang guru yang mengajar disana. Ayahnya Cikgu Harun Pak Cik Mat Mak Cik Sari berasal dari Kampung Dusun Buluh. Allahyarhamah mempunyai dua orang anak. Terdahulu suaminya yang berasal dari Melaka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan menetap disana. Selepas kematian suami Allahyarhamah menetap di Kelantan. Allahyarhamah seorang penulis. Kini kedua anak yatim piatu tersebut difahamkan tinggal bersama neneknya (Kak Nab) di Kampung Dusun Buluh. Ketika meninggal usianya lebih kurang lima puluh tahun. Semoga Allahyarhamah diampuni semua dosa dosanya.
Sunday, February 7, 2021
Jam Rolex
Semasa saya transit di Pulau Labuan selama lebih kurang dua minggu disuatu masa dulu ada satu kisah. Labuan difahamkan ketika itu hanya satu satu nya pulau bebas cukai di Malaysia. Ketika saya disana saya sempat ke komplek membeli belah. Barangan yang menarik bagi saya ialah barangan pakaian seperti jam, kasut, baju dan lainnya. Disebuah kedai jam saya tertarik dengan jam jam jenama rolex dan yang paling murah ketika itu harganya RM600. Lama juga saya memikir dan melihatnya samada ingin membeli atau tidak kerana pada masa itu saya memang mampu membelinya kerana wang saya masih ada berbaki lebih dari itu. Akhirnya saya tidak jadi membeli kerana memikirkan harganya yang saya rasa agak mahal dan memikirkan saya boleh membeli jam lain yang lebih murah. Selepas beberapa tahun saya rasa menyesal pula tidak membelinya kerana sehingga kini saya belum lagi berpeluang membeli jam rolex baru yang tulin kerana harganya yang mahal dan jika ada wang sekali pun ada lagi komitmen perbelanjaan yang lain yang lebih penting. Ibarat kata orang apa apa peluang itu hanya datang sekali sahaja dan untuk memujuk hati atas tidak mengambil peluang itu kita akan selalu berfikir selepas ini peluang itu datang lagi dan tidak lari gunung dikejar.
Saturday, February 6, 2021
Berziarah
Disuatu ketika dulu saya banyak juga pergi ketempat saudara mara dan sudah jadi adat diketika itu bila cuti sekolah akan pergi kerumah emak saudara dua tiga hari. Diketika itu acara utama ialah bermain bersama dengan saudara mara yang sebaya sepanjang hari disamping pergi melihat tempat baru disekitarnya. Setelah balik semula kerumah situasi itu seakan dilupakan dan tidak diingati lagi kerana dipenuhi dengan aktiviti lainnya yang padat. Setelah masa berganti masa ingatan itu muncul kembali dan menjadi detik indah pula. Tetapi untuk mengulangi perkara itu tidak mungkin lagi. Cuma yang mampu dibuat cuma dikenang dan kemudian jika rajin akan ditulis sahaja atau dikongsi cerita secara verbal.
Monday, February 1, 2021
Berita Awal - Kembali kerahmatullah Abdul Rashid Hassan (58/59 tahun) Kampung Dusun Buluh pada 30 Januari 2021 (Sabtu)
Berita sedih diterima sahabat kita diatas telah berpulang kerahmatullah jam lebih kurang 2 petang lebih. Salam takziah semoga diampuni dosa dosa nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Kilawan Emas 50 an . Ku teringat masa ku berusia 7 tahun , bapa ku membawa ku ke Sekolah Umum Kampung Bandar , mendaftar dg guru besar Che G...
-
Stesen minyak ini ditahun 1975 adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di Pulai Chondong. Ia kepunyaan Haji Hamzah yang rumahnya i...
-
rokok daun ini dibuat dari daun tumbuhan. jika dikelantan satu masa dulu ianya banyak datang dari negara thailand. rokok ini datang dalam be...
-
sekolah ini jika dahulu tahun 70an tidaklah seperti sekarang yang mana masa ini tersergam indah. dulu ia setingkat sahaja dan ada dua blok s...